BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 1, 2009

percutian 4D4N termurah. sila rasa sangsi.

memanglah perlu rasa sangsi.
sebab percutian sempena Aidiladha atau AIDILzafuan zaquanADHA.
di Taman Meru 3C, Ipoh.

tiket keretapi ke ipoh : RM 22.00
choc untuk kanak-kanak di rumah : RM 7.90 X 9 = RM 55.30
CLEO dan air mineral : RM 7.00
bayaran tambahan ke Zoo Taiping : RM 20.00
potong rambut : RM 49.00
KFC : RM 28.20
monthly fee kepada ibu bapa : sorry, tidak dapat dikongsi.

maka, kesemua bernilai RM 181.50, tidak termasuk monthly fee tadi.

yang tak perlu bayar,

penginapan.
makan dan minum kecuali lala belanja.
tiket balik kl pun disponsor oleh kakak.

makan minum yang sangat sedap seperti,
ikan siakap goreng tiga rasa.
ikan siakap stim.
ayam goreng perap halia dan sos tiram.
laksam pada hari raya pertama.
ikan keli bakar.
pucuk paku masak lemak.
pucuk ubi dan sambal mempelam.
sup tulang.
dan.
teh tarik setiap masa.
tak kira pagi, tengahari, petang atau malam.
lala tetap minum yang berais.
habis!

tak kisah.
janji gembira.

*senyum banyak*
ibu bapa : seronok bercerita tentang kerjaya, cinta dan bakal kereta.
abang : seronok mendengar cerita tentang cinta juga.
kakak-kakak : seronok sangat-sangat bergosip-gosip. tentang macam-macam.
anak-anak menakan : seronok, mereka pandai menyelerakkan rumah dan maksu seronok mengemas hampir 4 kali sehari. terima kasih kamu semua.
handphone : seronok tanpa handphone berbunyi banyak-banyak kali. kalau bunyi pun, sorry kalau lala buat tak tahu.

semua nya PRICELESS.
PRICELESS.
sungguh.

nota kaki : entri kali ini tiada gambar, gambar kami hanya di Zoo Taiping.

2 who cares:

A i d a n i said...

wahhhhh..
Detox hari tu maseh berkesan lagi ker idak?
Heheehehe...

Memang sgt² best dpt spend masa ngan family..

:)

~miss-lala-comot~ said...

dah tak reti nk menghargai detox dah nadia!hehe

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)