BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 23, 2009

penangan FACEBOOK

kalau nadia cerita seperkara tentang FACEBOOK yang tidak menyenangkan,
lala rase dua tiga minggu ni, FACEBOOK telah menemukan lala
dengan kawan-kawan yang hampir 11 tahun tak jumpa.
pendek kata, kawan-kawan masa DARJAH 6.

mestilah ada yang tak kenal.
yang tak cam.
yang kenal, hanya pada NAMA.
sebab masa DARJAH 6, lala tak pakai tudung.
daripada DARJAH 1 sampai DARJAH 6, tak pakai tudung.
anak bongsu memang taknak pakai tudung kot masa sekolah rendah,
supaya kakak-kakak dapat buat macam fesyen ikat rambut kat adik dorang.

sekarang dah rasa macam nak imbas dulu kala pulak.

teringat dulu masuk kelas pandai, namanya kelas TERATAI.
sejak dari DARJAH 1 sampai DARJAH 6.
kiranya,
1 teratai, 2 teratai, 3 teratai, 4 teratai, 5 teratai, dan 6 teratai.
teringat juga dulu minat kat abang senior.
teringat juga dulu pandai matematik.
teringat juga dulu buatkan latihan matematik untuk NURIB HAIDAR sampai terkantoi
dengan CIKGU HAFIZAH.
teringat pernah janji dengan CIKGU YONG nak dapatkan 5A.
teringat juga dulu pandai lumba lari. wakil rumah sukan KUNING ja.
teringat juga dulu ada kawan baik nama NUR AININA.selalu rehat sama.
teringat juga dulu ada geng nama SEVEN GIRLS.
Aishah, Shikin, Nadia, Nurazlin...siapa lagi ye?
lala tak ingat sangat membernya, sorry.
kalau baca ni, sila nyatakan k.

teringat juga dulu, kawan-kawan semua nak tengok lala pakai tudung
bila acara baca YASIN (sebab nak UPSR)
teringat juga dulu, masing-masing mula cerita PERIOD tu macam mane.
teringat juga dulu, saling pinjam meminjam kaset untuk dengar kat umah.
yang lala ingat, lala pernah pinjam dengan KAMARUL HAIRI.
teringat juga dulu berebut nak kumpul abang dan kakak angkat.
teringat juga dulu main-main ejek nama ayah.
ayah lala, SAPIRI jadi MINYAK SAPI.
ayah nurazlin, KARTUBI jadi UBI lah.haha

teringat juga dulu, bersaing pandai dengan budak pandai kat kelas.
ABDUL RAHMAN, FAHMI, budak-budak lelaki kan selalu pandai.
teringat juga dulu, dapat JAM dari pihak sekolah sebab DAPAT 5A.
tapi jam tu hilang dalam panggung wayang.

teringat juga dulu, bercinta monyet dengan anak cikgu sekolah yang satu kelas.
teringat dulu MOHD RAHMAT bagi frame gambar TITANIC.
teringat dulu MOHD RAHMAT bagi lagu MISS YOU LIKE CRAZY, dari THE MOFFATTS.
masuk FORM 1, putus contact sebab MOHD RAHMAT pindah sarawak.
part sedihnye, MOHD RAHMAT meninggal dunia sebab lemas dekat SARAWAK.
ok.
sedih jap.
teringat juga dulu, lala menangis juga bila dapat tahu dari WAN.
menangis dalam bilik air.
pedih rupanya bila kehilangan.

dah lah imbas.

yang penting, kalau ada REUNION DARJAH 6 nih,
lala nak pergi lah!

6 who cares:

A i d a n i said...

dah tahu ur memories masa kecik²..
ade part yg kelakar
ade gak yg sayu bila baca
*Al-Fatihah to Mohd Rahmat*

ape² pon,
segala kenangan yang ada kita simpan
buat hiburan kala sunyi di masa depan..

nice entry. i'm ♥ it!

~miss-lala-comot~ said...

masa menulis, tetibe teringat arwah. huhu

ok. amik kenangan manis.

anak laut said...

salam....singgah,


teknologi satu kebaikan jika digunakan dengan baik..salam singgah..

mohon izin follow..

~miss-lala-comot~ said...

iye.teknologi juga best.
my pleasure kerana sudi baca lala merepek di sini.

nurib said...

kahkahkah...ak br bc...siot..
al fatihah untuk rahmat..
hmm...kalo xde fb mmg ak xjumpe la kwn2 mase darjah 6

Lala said...

al-fatihah jugak. ko baru baca eh! sweet gak cite masa darjah 6 kan! we, nak alamat! aku nk bagi kad kawen!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)