BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 28, 2010

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself



Fakta tentang Diri Sendiri

1. I'm a girl with a engagement ring.
 yah!yah! dah bertunang pada hari lahir sendiri tahun ni. oh, bahagia! InsyaALLAH, Berkahwin Day pada tahun depan. kamu, kamu dan kamu, datang nanti tau!


2. Mempunyai 1 Ibu, 1 Ayah, 1 abang, 3 kakak dan 9 anak sedara serta 1 Tunang.
Jumlah ini mencukupi setakat ini kerana setiap dari orang di atas amat menyenangkan. dan kesemua yang disenaraikan adalah amat diperlukan untuk bernafas.


3. Loveable, Childish, Kuat Makan, Little Miss Spoiled, Loud (seperti di sini)
sengaja tulis perangai yang buruk supaya kamu yang baca tahu. tidak mahu tunjuk yang bagus-bagus, biar kamu tentukan. erm, yang Loveable tu betul. *gelak*


4. Belajar di Utara, dan datang ke KL untuk bekerja dan STUCK di KL selamanya.
ingatkan akan mengabdikan diri di belah-belah utara saja. rupanya rezeki di sini. dapat pula bakal hubby orang sini jugak. memang lala akan stuck dengan JAM lah setiap hari. mesti balik ipoh nanti, tibe-tibe akan tercakap, "eh, apehal tak banyak kete, mane pergi kete lain??"


5. Pernah Bekerja di Maybank Midvalley for 3 months sebelum kerja sekarang.
Best kerja Maybank sebab kena maki aja dengan customer. Terima Kasih, Maybank! Eh, Maybank best lah.. betul.


6. Loves my job now!
Loves bukan sebab en shahril pun ada kat sini. tapi sebab betul-betul cinta ini kerja. Floor 11B yang mengamalkan prinsip kau-jagalah-bila-time-birthday-nanti, pasti korang tidak akan terlepas dari tepung mahupun kek. 


7. Ada 2 Blog


8. Tidak lagi naik LRT, hanya LILUT
mungkin akan naik LRT bila nak bagi anak naik dalam 2, 3 tahun lagi nanti.


9.Suka Bercerita yang best-best. yang best, malas nak share.
Cerita yang dikongsi, semuanya yang seronok supaya bila baca boleh senyum. bukan cerita yang buat rasa nak mengumpat ja. contoh: bergaduh dengan orang yang tidak matang.


10. Mengemas.
tipu lah kalau kata suka mengemas. kalau kata suka mengemas dengan Kak Akma, ok tak?


11. My tunang tak tau ini blog.
En shahril tak tau lala ada blog ini. dan blog ini. jadi, jangan bising-bising yah. nanti, nak kasi en shahril baca bila dah kawen.


12. Pertama kali naik Flight atas dasar kerja.
kan dah kata loves my job. boleh-boleh jalan-jalan.


13. Blogwalking
ini aktiviti seharian.


14. Pelupa.
yang buruknya, semua orang akan marah bila lala lupa. yang baiknya, semua orang akan lala lupa kalau buat jahat dengan lala.
15. Ada mole di bahu yang bermaksud disayangi Mak Mertua. Bukti: Mendapat bekalan breakfast dari FMIL (future mother in law) setiap hari bekerja. *gelak malu*
sejak kejadian itu, memang mama En Shahril telah membekalkan sarapan untuk lala. best ho!


p/s: penat juga nak senaraikan eh!

2 who cares:

amare amor said...

wahh.
dapat bekal dari bakal mak mertua
jeles ni..
so sweet

Lala said...

memang best lah!hehe smp skrg dpt!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)