BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 30, 2010

cemerlang lagi! bangga lagi!

bulan ketiga. bulan mac tanpa MC. terus sihat. dan cuti sehari dipohon 2minggu awal kerana yakin dan pasti akan terbukang letih akibat berkursus 11 hari.

macam biasa, muka cemerlang diupload.



gembira!gembira!

Monday, March 29, 2010

pergi mane hilang 2 minggu..?


ini gambar kami versi sopan!

kami pergi kursus induksi!
di Esset, Bangi!
terima kasih KWSP.
gambar tidak lah banyak mana, cuma tak sempat sangat bergambar.
maklumlah, banyak kerja nak dibuat.
didoakan agar semua lulus!

dilampirkan gambar-gambar untuk tatapan diri sendiri.
(ayat nak jugak ala-ala skema)

Farah masam mencuka sebab hafifi tak bilang satu, dua, tiga sebelum tangkap gambar.

gambar kami bila hafifi kira pulak.


inilah gambar kami semua.


aksi kedua.serius gambar lala sangat kecil.


ini pula gambar KWSP, sebab institut latihan KWSP lah kami menuntut.abaikan muka nadia begitu, kerana sepatutnya muka lala macam tu sebab kamera jatuh atas tar dan membuatkan kamera lala berlubang.siapa suruh berlari macam kanak-kanak!


ini pula gambar ala-ala manja dari my best friend di MQA.


ini gambar BFF betul-betul dan gila-gila.


ini lagi gila-gila.


memang kami gila-gila.


ini muka roomates.bilik 312 ok? baru lah terasa nak tangkap gambar semula bila exam dan buku kerja dah settle.


tengok, terus camhore dan macam-macam.


dan camhore lagi.


seperti taknak lepaskan kamera, sampai dalam lif perlu diabadikan.


promote no bilik 312.


bilik yang wangi. abg KWSP, kalau extension comey saya ada disini lagi, boleh pulangkan tak?


gambar bilik kami.


erm, ni roomate (Diana) yang overtake pictures.



wassalam..!
yang gambar-gambar aktiviti selepas abis kursus, lain cite!

meluangkan masa itu perlu untuk mengeratkan silaturrahim.

walaupun masing-masing punya agenda dan cinta, namun kami masing-masing masih mempunyai masa untuk diluangkan dan bercerita berdua. maka, dengan makan bersama, melihat FORTE bersama, melihat MILA sedang uji bakat, dan menjadi separuh hari itu hari kita.

lihat saja gambar-gambar kami.
dan jangan mengharapkan gambar lelaki. no boys during girls activity!



gambar ayam yang sangat menyelerakan. abis naik berat!muka pun berselera!



muka kak akma bercampur aduk, antara lapar, mengantuk dan penat menunggu.



lamanyer tidak camwhore bersama anda!



kamu.



dan lala minum mocha kamu.



bakal kereta ke?



atau bakal kereta kamu?



atau bakal kereta saya?



katakan YA!
kepada angan-angan!



cepat berangan, kumpul duit.


maaf jika ada yang nak tengok gambar mila nyanyi lagu christina aguilera, malas nk upload. ini gambar hasila dan nur akhmal dan forte dan ayam sahaja.

kenal tak zahiril adzim?


DALAM TELAPAK HATI KAU

kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.

sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?

Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?

Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".

Biasalah
23 Mac 2010
2.10pagi
ZAHIRIL ADZIM

http://zahiriladzim.blogspot.com/

dia sangat pandai berkata.
setiap kata, sangat menyentuh.
baca karya dia.
terkesima.
indah.
jujur.
berjiwa.

pelakon. aktivis. unik.

serius dah jatuh cinta. dengan kata-kata sahaja ya.
bukan dia.

Sunday, March 28, 2010

yang penting, kau baca!

hampir 11 hari berjauhan.
berjauhan dengan blogspot.

kaseh tak jauh, cuma terasa jauh.


erm ader satu sesi motivasi,
kami kena buat bulatan, untuk memberikan pandangan masing-masing.
sama ada setuju atau tidak. dan ingin cerita mengenai satu pendapat.
adakah anda memaafkan pasangan anda yang curang.
of coz, kita akan ambil konteks 'suami isteri' ok? kalau kekasih, atau tunang, tak perlu fikir panjang jika pasangan anda curang, tinggalkan aja.


jadi, menjadi salah seorang yang tidak akan memaafkan, terfikir sejenak. kenapa tak mampu nak maafkan? sebab kecemburuan yang melampau? ketidakpuasan hati kerana kesetiaan tidak dibalas dengan kesetiaan? kemeranaan jiwa bila kasih itu tidak dihargai? atau ketidakmampuan untuk terima kelemahan diri sehingga dicurangi? haha
salah, salah!


sebab kalau aku boleh setia, tak pandang lelaki lain, kenapa kau boleh pandang perempuan lain. sendiri angkat tangan untuk beri pendapat.simple.
'saya lebih rela dimadukan, dari suami saya curang'
haha, abis!
perempuan lain kata aku bengong, lelaki lain nyesal tak ngorat awal-awal.


pendapat masing-masing kan. tapi hati perempuan mana yang kuat untuk terima jika suami sendiri telah bahagikan hati dia yang separuh lagi kepada perempuan lain. sanggup ke bayangkan suami berada di pangkuan orang lain? bermanja-bermanja.
ok, tentu lah tidak. tapi entah semangat mana, yang buat lala boleh kata macam tu.


tapi si cinta banyak kali kata INSYAALLAH, hanya lala seorang nanti. dan lala percaya! hehe (gelak malu sekarang) dan si cinta menyambung 'mungkin kasih itu berbahagi kepada anak-anak yang bakal ramai di dalam kereta toyota wish'. ok, (gelak malu banyak lagi).


hati banyak lega, hati banyak suka, hati banyak senang.
hati sudah percaya. mari sama-sama menjaga.


p/s : as i said before somewhere, my love's life is exclusive, P&C, and not for public YET. for those who knows, doa-doakan. for those who don't , teruskan meneka...!

Monday, March 8, 2010

Assalammualaikum Cik Nooriha & Eryna

sekali lagi celaru.
sepatotnya tajuk entri ' konflik betul lah'
tak jadi sebab bila-bila fikir balik, nak cerita tentang itu pun dah malas.

jadi, ditukar kepada 'Assalammualaikum Cik Nooriha & Eryna'
terimalah.


Assalammualaikum Cik Nooriha,

Semasa ingin menulis, saya mengambil masa yang agak dan sangat lama kerana perlu mengerah otak supaya mengingati perkara-perkara lepas untuk awak mengagumi saya, dan berasa terharu akan kesungguhan saya dalam cuba mengingat.


Pertama kali jumpa bila waktu kita masa satu bilik di Kolej Bank Muamalat di Universiti Utara Malaysia pada Julai 2005, bilik bawah dan tepi sekali.(sorry sorry memang tak ingat no bilik). 1st Impression, Ceh budak ni tinggi giler! Dalam 4 orang dalam bilik itu, awak sorang yang single (Tiada kekasih).


Oh, bilik kita dekat dengan telefon, dan sayalah orang yang rajin guna, maklum lah tengah bercinta. Walaupun, awak tak bercinta waktu tu, tapi awak berkasihan dan bermanjaan dengan idola-idola.(Jay Chou, Cristino Ronaldo, Rafael Nadal, dan tidak lupa Syawal, Didi,(jangan malu lak, kita sama ja gelong waktu tu minat artis AF) itu belum termasuk yang kita sama-sama minat pulak (Tan Boon Heong & Koo Kien Kiat). Bangga mereka berasal dari Kedah & Perak, kononnya macam kita yang berasal dari negeri yang sama.


Dari Sem pertama sampai Sem akhir lah, kita bersama. Dari bilik berempat (tapi rasa macam duduk berdua jugak), sehinggalah kita duduk berdua sahaja masa Semester 4 dan 6. Bahagia dowh. Boleh buat hal sendiri.


Yang terperasan, saya dan awak punye jadual sama sahaja tiap-tiap hari. Bangun pagi, pergi kelas, janji beli makan sama kalau habis kelas sama, makan malam (jam 6 @ 7 mlm) sama, solat sama, study sama (tapi awak kene start study dulu), gosok baju sama ( ini pun awak kena start dulu), gosok gigi dulu, dan tido sama ( ini pun kalau saya tak tertido sambil nota atas muka).


Sekarang, masing-masing dah konvo, dah kerja. Saya dah kerja government, awak masih mencuba. Takper, saya selalu doa awak dan Nur Akhmal dapat government cepat-cepat supaya kita boleh pakai baju batik sama-sama tiap ari khamis. Hampir 5 tahun dah kita bersama kan. Fuh, giler. Cepatnya tua.


Ok, cerita part best sikit.

CINTA.

Dulu awak hanya cintakan idola sukan dan pelbagai orang-orang yang bawa inspirasi. Masa saya bercinta, awak tiada kekasih. Jadi, awak menjadi seorang pendengar yang bagus (good listener). Tiap cerita awak tahu. Dari kisah cinta yang konon bakal membahagiakan, sehinggalah ditinggalkan. Thanks for being there of coz. (k.akma, anda pun sama membantu saya, nanti saya buat entri, jangan bising-bising)


Sekarang awak ada Mr Rainbow. Maka tugas saya menjadi pendengar pula. Takper, dengarkan sahaja. Yang penting, kita sama-sama bahgia. Kiralah bilangan warna di pelangi. Saya tahu awak bahagia. Saya pun suka.


Oh, ya.

Mungkin semalam saya mengigau. Terjaga jam 530, tengok jam, tengok tarikh. 10 MAC 10. Dan terkejut. Eh, hari lahir awak! Maka, terus hantar message (walaupun bilik awak dekat) hari lahir. Saya selalu lewat wish kan?


Hari ini, mengarang tentang awak.harap awak suka.

Oh,yah lagi. Semalam saya mimpi. Kita bergaduh tentang siapa nak kahwin dulu. Awak kata awak nak kahwin dulu dengan Mr Rainbow. Saya pun kata saya nak kahwin jugak lah sebab taknak kena tinggal sorang-sorang nanti. Tengah gaduh-gaduh, tiba-tiba kak akma kuar bilik dan beritahu kita, dia nak kahwin bulan 5 ni. Senyap seketika, dan saya terjaga dah.


Ok lah, ucapan serius pulak.

SELAMAT HARI LAHIR.
Yang ke 24.
Moga bahagia selalu.
Moga cepat dapat kerja baru.
Moga cepat kahwin.
Sayang awak, my besties!




ini Cik Nooriha bersama Lala Comot.


DAN SETERUSNYA....


Assalammualaikum, Eryna!

maksu macam dah tak larat nak karang banyak-banyak.
tapi maksu nak kamu tahu, maksu love, love, rindu, rindu dengan kamu.
sila buat bunyi ayam lebih bersungguh lagi.

SELAMAT HARI LAHIR yang PERTAMA!
nanti maksu bawak present!


cara-cara melawan kesepian.

senang sahaja.
cara-cara melawan kesepian dengan melihat gambar-gambar yang boleh buat anda senyum seindah-indahnya, tapi masih kena buat muka ketat untuk mengelakkan bos nampak anda tersenyum-senyum depan PC bila bos lalu.


























Thursday, March 4, 2010

mengantuk lah pulak!

merujuk kepada perkara di atas,
draft sebenarnya bertajuk "terasa jatuh cinta"
tapi dah tak jadi tulis.

dan jadi benda lain.
sebab.
mengantuk.












semua pasal tengok benda di bawah ini.
dari tengahari.
ke petang.
ke 1230 mlm.




support CARLO from RED TEAM.
yeeehhaaaa.
mari kita lihat siapa pemenang The Biggest Loser Asia yang pertama!

Wednesday, March 3, 2010

susah sangat ke rasa putus cinta?

walaupun pada dasarnya nampak biasa,
kadang-kadang orang yang putus cinta ni,
pandai menyembunyikan perasaan kan.




ada juga yang memang terpancar sinar kekecewaan di muka.

ok.
ini bukan kisah lala.
kisah orang lain.

kalau putus cinta ja,mesti nak sedih-sedih.nak meraung-raung.yang paling best, baru nak menyesal, kan?

katakan sudah bercinta dalam 2 tahun. ok lah, 2 bulan. pastu putus. pastu akan keluarlah ayat-ayat emo yang konon dapat melegakan hati. pelbagai lagu atau puisi atau kata pendorong dan konon (sekali lagi konon) dapat menguatkan semangat.

susah ya rasa putus cinta? berat ya rasa sedih? penat ya rasa sendiri?

nak ulang masa pasti mustahil. nak kembali pada si dia pasti lah ego perlu dijaga.
macam mana kalau salah sendiri?boleh menyesal dan meraung-raung.
macam mana kalau salah si dia?boleh marah dan maki hamun si dia.

tapi perlu ke semua tu?tak boleh ke ambil yang positif?tak boleh ke ambil yang indah?

lebih baik beri masa pada diri sendiri dan si dia.
kalau sekarang rasa sakit, rasa bahagia akan dibayar setimpal di kemudian harinya.
janganlah terfikir nak cari pengganti. lagi penat hati sendiri nanti.

tak susah kalau putus cinta, tahu?
yang penting, belajar untuk senangkan hati.

siapa kata lala tak pernah putus cinta?hampir 2 tahun baru boleh terima yang lain.sekarang, bahagia itu 23 kali ganda (23 dipilih berdasarkan no kegemaran).

p/s : hey, princess! saya tahu awak sedang membaca. iya, entri ini untuk anda! love you. muah-muah!bahagiakan diri sendiri dahulu.

Tuesday, March 2, 2010

sudah besar lagi.

semalam hari lahir Dedek
NURIN FATIHAH.




dedek yang di sebelah kanan itu.




selamat hari lahir dedek.
yang ke 5!


al-kisah dedek ni,
dia sangat banyak idea untuk mengelak atau mempertahankan diri.
pandai bercakap juga orang nye.

al-kisah 1.

Hazilina : dedek, baca ABC. mama nak dengar.
Dedek : B C D E F G, H I J
Hazilina : Hai, maner A?
Dedek : A takder lah mama. betul mama. cikgu kata A takder dah. betul mama.
Hazilina : terdiam.


al-kisah 2.

Hazilina : Dedek, maner keje sekolah kamu?kan nak hantar esok.
Dedek : Tak jumpa lah mama. Dedek dah cari, tapi tak jumpa.
Hazilina : abis tu, macam mane ni?
Dedek : Kalau macam tu, Dedek kena cuti panjang lah.
Hazilina : terdiam lagi.

al-kisah 3.

Entah apa yang dibualkan antara Dedek dan Nurin,
Dedek datang ke arah maksu dan lelaki itu,
dan berkata,
Dedek : Maksu, betul ke kakak kata maksu nak kahwin dengan laki ni?
Maksu : a'ah, tak boleh?
Dedek : hehehe. Boleh.
dan terus malu.

coffee of love

malam-malam macam ni, rasa kepingin ais lak.




sedap juga kalau dapat minum coffee ais.
favorite!

berita terkini: tahu tak macam mana nak tulis kata-kata yang panjang untuk kata yang kita sangat-sangat bahagia.
tak tertulis lah!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)