pendidikan itu penting.
mak selalu cakap kena belajar sampai PhD.
dengan syarat, KALAU BOLEH.
tiada paksaan.
masa kecik dulu, jangan harap nak ponteng kelas.
ponteng kelas dalam mimpi pun kena marah.
ponteng kelas dalam mimpi pun kena marah.
mak suruh pegi tuntut ilmu sebab dulu mak tak berkesempatan belajar.
belajar sampai darjah enam.
pastu atuk tak bagi mak belajar dah.
takder duit.
family kami pun susah.
mana ader duit sendiri nak belajar.
semuanya duit kerajaan.
jadi dah ada kemudahan, mak suruh belajar sampai Degree.
sekurang-kurangnya.
mungkin disebabkan along lelaki dalam family,
dan sangat lah bersemangat belajar,
sampai kini,
sekarang along tengah buat PhD.
bangga.
buat PhD sebab minat belajar.
bangga lagi.
kakma lak lain.
dia kata sampai degree ja.
dia dah tak lalu nak pegi belajar.
disebabkan family kami selalu berpindah randah dulu,
maka pelajaran kakma selalu terganggu.
maklum lah kakak sulung, selalu kene jaga adik-adik.
dari diploma, kerja 2tahun, dan sambung degree.
dan dalam-dalam menyumpah taknak belajar dah,
kakma kene mengajar lak.
sekarang ajar Sains kat sekolah menengah.
kaknit untung.
dari degree, dapat sambung master.
sebab dia lecturer.
sekarang pun sambung PhD, atas tanggungan Universiti.
best betul.
betul-betul rezeki dia.
kak intan paling bijak dalam family.
tapi dia sambung sampai degree ja.
tapi dia sambung sampai degree ja.
sebab dia banyak penyakit.
jantung lemah.
jangan risau.
dia memang banyak alasan sikit.
lala pulak sampai degree gak.
entri ini ditulis sebab terfikir dan terasa macam nak sambung Master.
dan pasti seronok dapat jadi Dr. Hasila.
satu hari nanti,
pasti.
sekurang-kurangnya Master.
selain itu, entri ini ditulis kerana sekolah dah nak bukak.
IPTA dan IPTS pun dah nak mula semester baru.
maka, sebagai penjawat awam yang berkecimpung dalam bidang pendidikan,
dan memegang kata-kata mak yang juga berpendapat pendidikan itu penting,
lala menanam semangat baru bagi tahun 2009,
untuk terus memastikan kualiti pendidikan negara terjamin.
sekarang mak lala akan bising pada cucu-cucu dia yang malas
nak pegi tadika.haha
sekarang mak lala akan bising pada cucu-cucu dia yang malas
nak pegi tadika.haha
lala gelong!
eh,lupe.
selamat hari lahir ayahanda.
En Sapiri Hasim.
ke 62!
tahu tak?tahu tak?
kebetulan hari lahir ayahanda si jejaka pun 1 januari.
ke 60!
selamat hari lahir juga ye!
0 who cares:
Post a Comment