BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 31, 2009

pendidikan itu penting.



pendidikan itu penting.
mak selalu cakap kena belajar sampai PhD.
dengan syarat, KALAU BOLEH.
tiada paksaan.


masa kecik dulu, jangan harap nak ponteng kelas.
ponteng kelas dalam mimpi pun kena marah.
mak suruh pegi tuntut ilmu sebab dulu mak tak berkesempatan belajar.
belajar sampai darjah enam.
pastu atuk tak bagi mak belajar dah.
takder duit.
family kami pun susah.
mana ader duit sendiri nak belajar.
semuanya duit kerajaan.
jadi dah ada kemudahan, mak suruh belajar sampai Degree.
sekurang-kurangnya.
mungkin disebabkan along lelaki dalam family,
dan sangat lah bersemangat belajar,
sampai kini,
sekarang along tengah buat PhD.
bangga.
buat PhD sebab minat belajar.
bangga lagi.

kakma lak lain.
dia kata sampai degree ja.
dia dah tak lalu nak pegi belajar.
disebabkan family kami selalu berpindah randah dulu,
maka pelajaran kakma selalu terganggu.
maklum lah kakak sulung, selalu kene jaga adik-adik.
dari diploma, kerja 2tahun, dan sambung degree.
dan dalam-dalam menyumpah taknak belajar dah,
kakma kene mengajar lak.
sekarang ajar Sains kat sekolah menengah.


kaknit untung.
dari degree, dapat sambung master.
sebab dia lecturer.
sekarang pun sambung PhD, atas tanggungan Universiti.
best betul.
betul-betul rezeki dia.


kak intan paling bijak dalam family.
tapi dia sambung sampai degree ja.
sebab dia banyak penyakit.
jantung lemah.
jangan risau.
dia memang banyak alasan sikit.


lala pulak sampai degree gak.
entri ini ditulis sebab terfikir dan terasa macam nak sambung Master.
dan pasti seronok dapat jadi Dr. Hasila.
satu hari nanti,
pasti.
sekurang-kurangnya Master.
selain itu, entri ini ditulis kerana sekolah dah nak bukak.
IPTA dan IPTS pun dah nak mula semester baru.
maka, sebagai penjawat awam yang berkecimpung dalam bidang pendidikan,
dan memegang kata-kata mak yang juga berpendapat pendidikan itu penting,
lala menanam semangat baru bagi tahun 2009,
untuk terus memastikan kualiti pendidikan negara terjamin.

sekarang mak lala akan bising pada cucu-cucu dia yang malas
nak pegi tadika.haha


lala gelong!


eh,lupe.


selamat hari lahir ayahanda.
En Sapiri Hasim.
ke 62!


tahu tak?tahu tak?
kebetulan hari lahir ayahanda si jejaka pun 1 januari.
ke 60!
selamat hari lahir juga ye!

Wednesday, December 30, 2009

mahu bercinta

tajuk entri macam ape ntah.

ok.

lala memang dah terjatuh.

ini serius.

jap.

naper macam berdebar-debar nak tulis nih,we?

ok.

sambung.


kalau ikotkan nak aja tulis nama si jejaka terus,tapi slow2 lah kan.
tapi lala dah suka ni.
ingat senang ke nak suka.
dah suka, family tak suka macam mana?
dah suka, ada girlfriend macam mana?
dah suka, buat perangai lak macam mana?
kali ini, tiada yang menghalang.
mungkin boleh diteruskan.

lala cerita sikit ja pasal si jejaka kat HAZILINA SAPIRI.
tiba-tiba sampai ke telinga adik beradik yang lain.
part paling best, mak sendiri pun dah tahu ni.
haish. macam seram ja.

takper. takpe.
berlagak cool.

hey, kami tak bercinta lagi.
tunggu tarikh best kot.
tunggu si jejaka melamar.
tunggu lala betul-betul ready.

eee,
malu!

31hb Dis 2009? MESTI TULIS!


hari ini 31hb. Dis 2009.
blog2 lain, mesti mahu mencerita apa dah jadi dengan 2009.
2009?
best year beb best year!
nak imbas apa yang jadi, macam tak berapa ingat.
dan macam banyak juga yang jadi.
tak penting, janji tahun 2009 memang tahun best untuk lala.
ok.
cuma lala nak ingat mana yang best sahaja.
yang pahit, erm.
lala kene lah lupe.
dan berharap tahun 2010,
bawa cerita yang lagi best untuk lala.
bawa JODOH untuk lala kot.
haha.
hey, kamu.
mari bercinta.

Tuesday, December 29, 2009

jom kahwin bulan 1 nih!



JANUARI
ramainyer lah yang nak kahwin bulan 1 ni.
mereka adalah, mengikut yang terdekat,

NATRAH RAMLI
NOORMARIANA NASIR
NURAZLIN AMIR

ape dorang ni dah giler ke kahwin awal-awal?
dah ready tunggu suami pulang dengan baju seksi?
dah ready berhadapan dengan mak mertua garang?
dah ready nak bangun malam jaga anak?
dah ready untuk bina hidup baru yang HEBAT?

anyway, good luck in your future, dear!

MANJUNG, PERAK
TEMERLOH,PAHANG
JOHOR BHARU, JOHOR
kopak duet aku, kopak!

ini belum masuk yang nak kahwin bulan FEBRUARI.
mari kita MERISIK minggu ini.

yang pasti bukan LALA.
dan LALA juga tidak akan berkahwin bulan MAC.
sebab ada KURSUS INDUKSI.
APRIL?

giler ke?


Sunday, December 27, 2009

SHERLOCK HOLMES lagi best dari AVATAR


rase macam dah malas nak luah apa-apa.
disebabkan ada SILENT READER yang cuba menurunkan ego
dan menaikkan rase kurang senang,
mulai SAAT ini, HASILA tidak mahu berkata apa-apa.
kalau nak tulis macam-macam di ruang-ruang tertentu
kononnya PERLIAN,
yang KONONNYA satu ayat universal tapi directly ditujukan,
SILAKAN.
Dan,
TERUSKAN.



Oyah!

Nak cerita tentang SHERLOCK HOLMES
Dan DR. JOHN WATSON.
Mereka sangat menghiburkan.
Sorry dengan tajuk.
Mestilah SHERLOCK HOLMES lagi best,
Sebab lala tak tengok lagi AVATAR.
Lagipun, terasa macam ramai sangat yang berebut nak menonton.

Maka, kita redakan dengan movie SHERLOCK HOLMES.
yang turut menjadi rebutan sebenarnya.
lucky to get the uncollected ticket.
At least, pelakonnya adalah normal.
Tiada mata bulat, tiada berwajah pelik.
SHERLOCK HOLMES filem yang sangat memerlukan penggunaan otak.
Tapi serius, sangat mengujakan.
Sebab HOLMES sangat bijak.
Seram jugak kalau ada orang yang bijak,
Yang pandai menafsir dengan tepat.
jalan cerita sangat HEBAT.

thumbs up to Robert Downey Jr, Jude Law (nasib baik awak tak mati).
dan GUY RICHIE.

menonton bersama seseorang.
seseorang yang sangat menyenangkan.
cukup sampai di situ.

hey,
pergilah menonton SHERLOCK HOLMES.

Wednesday, December 23, 2009

penangan FACEBOOK

kalau nadia cerita seperkara tentang FACEBOOK yang tidak menyenangkan,
lala rase dua tiga minggu ni, FACEBOOK telah menemukan lala
dengan kawan-kawan yang hampir 11 tahun tak jumpa.
pendek kata, kawan-kawan masa DARJAH 6.

mestilah ada yang tak kenal.
yang tak cam.
yang kenal, hanya pada NAMA.
sebab masa DARJAH 6, lala tak pakai tudung.
daripada DARJAH 1 sampai DARJAH 6, tak pakai tudung.
anak bongsu memang taknak pakai tudung kot masa sekolah rendah,
supaya kakak-kakak dapat buat macam fesyen ikat rambut kat adik dorang.

sekarang dah rasa macam nak imbas dulu kala pulak.

teringat dulu masuk kelas pandai, namanya kelas TERATAI.
sejak dari DARJAH 1 sampai DARJAH 6.
kiranya,
1 teratai, 2 teratai, 3 teratai, 4 teratai, 5 teratai, dan 6 teratai.
teringat juga dulu minat kat abang senior.
teringat juga dulu pandai matematik.
teringat juga dulu buatkan latihan matematik untuk NURIB HAIDAR sampai terkantoi
dengan CIKGU HAFIZAH.
teringat pernah janji dengan CIKGU YONG nak dapatkan 5A.
teringat juga dulu pandai lumba lari. wakil rumah sukan KUNING ja.
teringat juga dulu ada kawan baik nama NUR AININA.selalu rehat sama.
teringat juga dulu ada geng nama SEVEN GIRLS.
Aishah, Shikin, Nadia, Nurazlin...siapa lagi ye?
lala tak ingat sangat membernya, sorry.
kalau baca ni, sila nyatakan k.

teringat juga dulu, kawan-kawan semua nak tengok lala pakai tudung
bila acara baca YASIN (sebab nak UPSR)
teringat juga dulu, masing-masing mula cerita PERIOD tu macam mane.
teringat juga dulu, saling pinjam meminjam kaset untuk dengar kat umah.
yang lala ingat, lala pernah pinjam dengan KAMARUL HAIRI.
teringat juga dulu berebut nak kumpul abang dan kakak angkat.
teringat juga dulu main-main ejek nama ayah.
ayah lala, SAPIRI jadi MINYAK SAPI.
ayah nurazlin, KARTUBI jadi UBI lah.haha

teringat juga dulu, bersaing pandai dengan budak pandai kat kelas.
ABDUL RAHMAN, FAHMI, budak-budak lelaki kan selalu pandai.
teringat juga dulu, dapat JAM dari pihak sekolah sebab DAPAT 5A.
tapi jam tu hilang dalam panggung wayang.

teringat juga dulu, bercinta monyet dengan anak cikgu sekolah yang satu kelas.
teringat dulu MOHD RAHMAT bagi frame gambar TITANIC.
teringat dulu MOHD RAHMAT bagi lagu MISS YOU LIKE CRAZY, dari THE MOFFATTS.
masuk FORM 1, putus contact sebab MOHD RAHMAT pindah sarawak.
part sedihnye, MOHD RAHMAT meninggal dunia sebab lemas dekat SARAWAK.
ok.
sedih jap.
teringat juga dulu, lala menangis juga bila dapat tahu dari WAN.
menangis dalam bilik air.
pedih rupanya bila kehilangan.

dah lah imbas.

yang penting, kalau ada REUNION DARJAH 6 nih,
lala nak pergi lah!

Tuesday, December 22, 2009

nak luah.2 minit je.

terasa perlu diluahkan.
tetapi perlu sangat hati-hati.
kerana ada hati yang perlu dijaga.
bimbang akan terguris.
jahat sangat agaknya bila kenang semula.
apa aku buat salah ya?
apa aku kata silap ya?

mungkin terlalu mengata, sampai ada yang berkecil hati.
adoi.
penat nak menjaga hati orang.
padahal hati kita pun entah ke mana.

ok.
aku memang ada suka seseorang.
dan orangnyer tidak akan baca entri ini.
jujur nya, hanya NUR AKHMAL yang tahu siapa.
owh, dan SHABANUN SALWA.
dan aku ada cerita sikit tentang dia dekat kakak aku.
siapa-siapa yang baca dan terbaca entri ini juga pasti tidak tahu.

ok.
kalau ada yang nak tahu, sila tanya terus pada tuan badan.
dan silalah jangan terkejut.
saya ini pemalu.
mungkin saya taknak cakap pun.

ok.
sekarang kau bagitahu.
aku buat salah?
aku dah suka kat orang lain.
aku suka kat kau.
memang kita pernah mesra.
tapi semesra mane, dan sekuat mana perjanjian kita,
entah macam mane, aku fikir aku lemah untuk terima kau.
entah macam mane, aku fikir aku takut untuk terima kau.
entah macam mane, aku LARI.

aku tulis bukan untuk kau benci.
aku tulis untuk kau fahami.

pelik kan.

aku ingin terima dia.
kami mula merancang.

macam maner aku boleh suka orang lain?
kalau betul aku lemah.
kalau betul aku takut.


* untuk menekan -publishpost- itu, fikir panjang juga.*

berapa banyak kau dah abis?


entri kali ini.
nak sembang dengan blog sendiri.

la, kenapa kau abiskan banyak duet masa dapat gaji haritu?
giler lah ko ni.

799 for digital camera.(ala, orang lain semua berebut beli DSLR)
95 for baju PDI ( diskaun 20%, ok ape)
89.90 for converse (eleh, dapat murah sebab kaki kau saiz kanak-kanak, saiz 2)
59.90 for jeans (diskaun 50%, kene grab!)
60 for 3 pasang baju ( beli kat times square, best o)
25 for skirt labuh (apehal nak pakai skirt pulak, saja suka-suka)
25 for tudung (ini untuk mak)
yang lain, tak ingat dah.

sekarang kau fikir, kau nak makan apa bulan ni.

gambar di bawah menunjukkan satu-satunya gambar,
masa kami keluar hari tu.
oyah, iyha ada dalam fitting room belakang cermin ni.
dia cuba baju yang dia tak beli.


pernah dengar cerita NAZEERAH?

sepatutnya entri ini didahulukan pada 13hb. Disember.
tapi cik lala agak kesuntukan masa untuk
menceritakan perihal gadis ini.
13hb Disember hari lahir JIA.
wajib beb wajib, diceritakan perihal JIA kat blog.
sebab JIA dah buat entri pasal lala.

NAZEERAH AB RAZAK.
SELAMAT HARI LAHIR.
KITA SEBAYA SUDAH.
SUKA TAK?SUKA TAK?

jangan lupa untuk buat wishlist untuk hari lahir
(tapi hadiah dah bagi pulak kan.
terima lah tabung yang lala bagi tu)
lala bagi nama kat tabung tu, 'fairy but rock'
'rock fairy' pun boleh.
simpan duit tau.
menabung menjamin kesejahteraan.

cerita JIA.

kenal di tingkat 12, Menara PKNS.
JIA senyap.
tak dengar suara pun walaupun duduk belakang lala.
kalau bukan lala tegur dulu,
mungkin kami kawan biasa-biasa ja.
muka rock beb.
ganas.
pakai tudung, tapi cara duduk pun tau, budak ni ganas.
dah bersembang.
dah kenal.
dah rapat.
ya.
dia memang ganas.
tapi personaliti hyper itu diselitkan dengan sifat sayang,
manja sikit,
lembut,
dan sedikit memberontak.
ok, lembut tu kadang-kadang.
tapi JIA tak pernah berkasar pun.

seperti ada 2 personaliti.
bertudung dan tidak.
tetapi bagi lala, dia tetap orang sama.
orangnyer sangat simple.
kalau dibuat kawan, anda dihargai.
kalau dibuat kawan baik, anda disayangi.
dan lala pasti,
kalau dibuat kekasih atau isteri, anda dicintai.



*gambar terbaru kami*
tengah tunggu ambil hadiah menang BINGO*


*gambar lama kami*
cik alin di tengah


*gambar kami berdua*

JIA seorang yang rajin memberi.
dari penanda buku GENTING HIGHLANDS, chocolate
dan makanan-makanan.
sehinggalah satu persahabatan yang BEST.


waktu menulis, lala terima sekut MUNCHY'S dari JIA.
ha, yang ni satu lala tak suka tentang JIA.
suka sangat bagi lala makanan.
masa birthday, bagi chocolate.
asal datang, mesti sumbat lala dengan makanan.
haha.

*SAYANG KAMU, JIA*

Thursday, December 10, 2009

penting sangat ke REUNION?

insyaALLAH bulan March atau April 2010 akan ada satu REUNION untuk budak-budak MOT.
Bachelor Management of Technology (Hons).
menjadi antara orang yang paling tak suka REUNION, bila dengar benda ni,
rasa MALASNYA!
tapi bila glance through aktiviti, yang buat lala tertarik ialah
SNORKELING.
yang sangat-sangat lala nak try.
ok.
saya akan menghadiri REUNION itu.
NUR AKHMAL kata apa salahnya jumpa balik rakan-rakan lama kan.
HASILA kata MALAS.

maka, soalan pertama yang lala tanya NUR AKHMAL,
yang merangkap rakan secourse, sekelas, dan segala title dia rangkap,
'ada tak yang budak-budak MOT yang lala tak suka eh?'
nak belajar menyukai dari sekarang.
entah dari mana, lala tak ingat pun ada yang pernah cari pasal dengan lala.
lupa.
memang lala tak ingat.

suatu petang di library.
about 3 girls yang BUSUK datang ke lala,
sort of nak cari pasal dengan bertanya soalan.
even soalan dia macam biasa, yang lala rasa sebenarnya lala boleh jawab dengan sangat senang hati,
tapi the way MEREKA membuat kesimpulan, membuat lala BENCI.
the worst part yang lala rasa macam nak hentak dengan buku paling tebal kat library kat kepala sorang-sorang, bila MEREKA gelak sama-sama, and PRETENDING IT was JUST A JOKE.

ran off to NUR AKHMAL.
cerita apa yang terjadi.
rasa sangat marah dan BENCI.
campak apa yang lala pegang.
terpelanting buku, pencil dan handphone.
dan.
mestilah air mata keluar sekali.

masuk dalam discussion balik.
discuss macam biasa.
PRETENDING mereka tiada dalam kumpulan.

untuk hari-hari seterusnya.
lala buat MEREKA tak wujud.
tak wujud dalam kelas.
tak wujud dalam UUM.
MEREKA invisible.

MEREKA ada send msg pada lala dan NUR AKHMAL.
to apologize.
maaf.
lala tak balas.
i'm JUST fine.

boleh ke pergi reunion ni?
macam mana kalau MEREKA ada.
NUR AKHMAL kata, lala pasti tak ingat dah.
maka, have fun ja.

jadi, penting sangatkah REUNION?
pasti ada yang pernah tersalah faham masa dulu-dulu kan.
tapi kita selalu ambil yang positif.
REUNION untuk share apa yang berlaku dalam hidup sekarang.
REUNION untuk buat aktiviti sama-sama setelah lama tak jumpa.
REUNION untuk mengenang kembali kenangan.yang indah saja,ok!
REUNION juga kadang-kadang tempat mencari jodoh.
ha,itu BEST.

secara terus terang.
lala tak pernah jejak mana-mana REUNION.
lala tak tahu macam mana rasanya bila jumpa balik rakan-rakan lama.
mungkin selepas REUNION pertama ni, lala akan lebih hadir dalam mana-mana REUNION.
mungkin juga selepas REUNION pertama ni, lala takkan hadir dalam mana-mana REUNION.
kita tengok saja nanti.

kepada MEREKA.
korang untung sebab lala tak ingat.
sebab lala akan lupa.
even kejadian itu pun NUR AKHMAL remind.
korang untung juga sebab lala pandai buat tak tahu.
jadi, nanti bila kita jumpa,
kita buat-buat seperti tiada yang berlaku eh.
excitednye nak jumpa korang.

dan.
akhir sekali.
sepanjang cerita NUR AKHMAL kepada lala tentang itu.
LALA : kak akma rasa la akan kahwin dengan siapa?
AKMA : masalah lah budak ni.

Wednesday, December 9, 2009

Selamat Datang ke Kerajaan Malaysia

ingat lala akan mengutuk Kerajaan Malaysia ke?
tidak sama sekali.
sayang beb sayang.
ada suara berbisik, (lala, jangan sentuh hal politik di sini)
lala berbisik kembali, (baik!)

entri untuk mengucapkan tahniah kepada MUNIRAH AAYUNI,
kerana memasuki arena Penjawat Awam.


*gambar waktu ni kak ira dah tahu yang dia dapat kerja dengan Kerajaan*
di bawah Kementerian apa ntah.
sorry, lala tak ingat.
dia termenung gembira kot.
sebab dia happy sangat sebab tiga tahun baru dapat kerja Kerajaan.
berbanding dengan lala, rezeki datang bila 3 bulan lala kerja.

jadi, untuk ANDA.

Bekerja lah elok-elok.
Jangan biarkan orang kata Penjawat Awam malas.
Diorang bukan tahu kebenarannya.
Ambil macam mana kita kerja swasta dulu (she was a JUSCO's employee, and I was a MAYBANKER) sebagai panduan kita kerja keras.
Jangan ambil alasan 'RELEKS LAH, KITA KAN KERAJAAN'
Iyakan aja kalau ada yang kata 'KALAU KERAJAAN MESTI LAMBAT KAN'
MEREKA tidak tahu kecuali MEREKA merasainya kan!

dan nasihat yang lain juga,

Selamat masuk jam 8, pulang jam 5.
Selamat rehat panjang setiap hari JUMAAT.
Selamat berINTERNET.
Selamat pakai BAJU BATIK SETIAP HARI KHAMIS (arini ari khamis)
Selamat Datang Ke Kerajaan Malaysia




*Sayangilah Kuala Lumpur*

Tuesday, December 8, 2009

tahu tak apa yang ada dalam handbag?

entah datang angin ahmar maner yang menyebabkan lala nak kemas sikit handbag nih?

bila bukak-bukak, macam-macam benda rupernya ada.
haiyok!

1.purse merah (B.U.M dan terdapat poster NATRAH yang dilipat-lipat kecil sampai nampak muka MANSUR ADABI sahaja)
2.purse kelabu kecil (pin tudung,getah rambut, sepit rambut, perfume saiz kecil Givenchy, lipgloss Mary Kay & Revlon,eyeliner Maybelline)
3.USB Sony Ericsson
4.Lotion Givenchy
5.Hand Sanitizer Eskulin (tigger pooh punyer gambar)
6.The Face Shop's Compact Powder (cermin perlu)
7.Kad nama Kolej bagi dan Kad Nama sendiri (agak berterabur sikit dalam poket kecil)
8.Tiket wayang (Papadom, The Proposal, New Moon & 2012)
9.Kepit kuku
10.Laurier (penting beb penting)
11.Pen
12.Pendrive Kingston 4GB
13.Payung (payung pun ko letak,lala???)
14.Panadol Uphamol 650 (sangat penting)
15.Nametag MQA (kadang-kadang terlupa nak pakai pun waktu kerja)
16.Tag RapidKL (entah biler nak keluarkan dari handbag)




*tolonglah kemas handbag ini*
dan buat masa sekarang juga,
ada ubat batuk BREACOL,
batuk beb batuk!

Monday, December 7, 2009

ciri-ciri menantu yang dikehendaki

hanya tiga perkara yang akan disenaraikan untuk menjadi menantu yang baik.
terutama untuk family PAKCIK SAPIRI.
tak kira lah lelaki atau perempuan.
disebabkan hanya lelaki ja yang ada di dalam FAMILY kami,
maka ada tiga juga ciri.
berpandukan juga kepada tiga kriteria terbaik menantu terbaik ini.

1. biasa bangun pagi agar dapat mencari makanan di waktu pagi untuk penghuni.
- ini sangat penting agar mak mertua (MAKCIK MISHAH) buat air panas kegemaran untuk menantunya sendiri sewaktu breakfast.
- kalau tidak pun, makcik tu akan bising kat isteri menantunya agar buatkan air panas untuk suami sendiri.
- bukti terbaik, lelaki dibawah ini rajin bangun pagi.
dan membeli sesuatu di kedai untuk breakfast kami.




2. pandai bermain dengan kanak-kanak.
- elemen ini juga sangatlah penting kerana elemen ini dapat memperkuatkan silaturahim antara pasukan SAPIRI.
-masakan tidak, budak-budak yang berdaftar di pasukan SAPIRI kini ada 9 orang.
jadi, jika anda menantu lelaki dan ingin selamat, rapatkan diri dengan budak lelaki kerana ada seorang budak lelaki saja di rumah itu.
namun, jika anda menantu perempuan pula dan ingin selamat, rajin-rajin kemas rumah atau selalu lah berada di dapur.
namun jika anda mengambil keputusan untuk mengurungkan diri dalam bilik.
anda silap.
diulang.
anda benar-benar silap.
tak kira menantu PEREMPUAN mahupun LELAKI.
tengok gambar di bawah.
pandai kat abg ri bermain dengan budak-budak.





3. walaupun busy bagaimana pun anda, jangan abaikan budak-budak.
- juga merupakan elemen penting. kalau benar sibuk dan ada perkara yang perlu dibuat, lekakan budak-budak dengan perkara lain.
- seperti bagi budak-budak ni makan ke, mainan ke.
janji budak-budak tidak terdedah dengan benda-benda yang berbahaya.
- kalau bukan MAKCIK MISHAH mengamuk sebab budak-budak nangis cedera ke ape, tak pasal-pasal PAKCIK SAPIRI sendiri yang tegur.
- PAKCIK SAPIRI jarang nak bersuara.
gambar di bawah, contoh beri budak mainan bila ada sesuatu yang perlu dilakukan.





itu sahaja.
babai.
boring kat tempat kerja.
terbuat kerja kat blog.

tragedi Disember

ala.
bukan tragedi sangat pun.
terbangun lewat ja pun.
tapi, kenapa bila kita terbangun lewat, dan terlewat nak pergi kerja,
kita akan dilewatkan dengan perkara yang lebih akan melewatkan.

selalu bangun 545.
kunci jam selalu dua kali.
satu jam 430, satu jam lagi 530.
dua-dua boleh tak sedar.
memang lah selalu tido dengan handphone vibrate.
tapi, no matter what, pasti boleh terjaga.
tapi tidak kali ini.

bila dah siap, tudung pulak terbalik.
bila dah keluar rumah, pas kerja pulak tertinggal.
bila dalam tren, tren pulak benti dan lambat nak jalan semula.
bila tengah tunggu teksi, teksi pula takde.
bila dah sampai ofis, tiba-tiba pula ramai orang berebut nak naik lif.
bila dah dalam lif, setiap orang dalam lif tu keluar ke tingkat yang berbeza.
kenapa kene jadi benda-benda gitu waktu lambat ye?

akhirnya, sampai jam 8.02.
kalau lah semua boleh dielak, mst tak lewat kan.
haish!

Sunday, December 6, 2009

hey NATRAH, hey REMY ISHAK

ini pengalaman kedua tengok teater di IB.
of coz best.
kalau dulu disponsor oleh Datuk S, kini duit tiket dikeluarkan sendiri.

ok jugak cerita NATRAH ni.
kalau nak tahu sinopsis cerita, boleh tengok sini.
pendek sikit entri lala.hehe

dan macam mane pulak perkenalan lala dan REMY ISHAK?
mulanya, cerita AWAN DANIA.
REMY tak menarik pun.
keduanya, SINDARELA.
pun lala rase REMY tak berapa menarik.
tapi boleh juga suka sikit.
cuma waktu tu, lala lebih suka BRONT.
dan seterusnya, pasti lah NUR KASIH.
menjadi ADAM HASSAN dalam cerita arahan KHABIR tu sangatlah best.
lala rasa orang lain pun cam tu.
lala rasa PEREMPUAN lain pun cam tu.
tengok aja yang mintak tandatangan REMY,
semuanya PEREMPUAN.
eh, lala tak termasuk eh.
menjadi yang excited nak tangkap gambar dan intai-intai REMY sahaja.
serius katakan, nak tengok NATRAH ni sebab REMY ISHAK semata-mata.
tapi fun jugak.
sangat puas hati dapat tengok REMY dekat.


oh yah!
tepukan untuk EIRMA FATIMA.
tepukan untuk REMY ISHAK.
tepukan untuk MAYA KARIN, UMIE AIDA dan SOFIA JANE.
dan yang lain-lain.

ok, disertakan gambar-gambar di sekitar aktiviti kami menonton NATRAH.

*excited dah dapat tiket*
mari kejar REMY ISHAK.



*kami dan kami*




*saya dan natrah duk jauh sikit*
nama hommies lala sorang ni, namanya NATRAH juga.


*kan best kalau kita dapat tempat best sikit*

*bravo-bravo*



*hanya dapat pegang tuan punyer badan kat poster sahaja*


awak..foundation awak tebal.
tapi takper, saya memahami.awak memerlukannya.


*remy ishak a.k.a Mansur Adabi*


*mari makan*



*oops, order dulu*

sangat seronok hari jummat lala.
dari keje separuh hari.
tengok NEW MOON dengan puteri.
tengok NATRAH dengan hommies.
balik jam 1pg.
tido.

BULAN BARU

ok.
lala tengok dengan puteri afidah ler.
tau macam maner la ajak puteri tengok?
sepatutnya puteri pergi gunting rambut dengan kaksu aritu.

message dihantar oleh puteri kepada kaksu.
'kaksu, esk xjd lh nk ptong rmbt..lala mintak tman tgk wayg lak..
dia kata dia sendiri, tak berteman, xd sape syg dia dh..
jd, ats dsar syg jg kat lala, puteri teman lala esk.
oh, ni msg dtaip oleh lala'





*enlarge gambar*
dan baca luahan edward.
jiwang kan?jiwang kan?

i'm in TEAM EDWARD.
haha

Thursday, December 3, 2009

dengan siapa patut tengok NEW MOON

ada dua tiket NEW MOON.
hey, SIAPA-SIAPA.
jom teman lala tengok!



nantikan siapakah insan bertuah itu in the next entri.
pada siapa yang tahu dengan siapa lala tengok NEW MOON,
sila jangan komen lagi.
biarkan rahsia sekejap.

Wednesday, December 2, 2009

the secret that cannot be told

Follow the notes upon a journey
At first sight marks one's destiny
Once the vojage comes to an end
Return lies within hasty keys


1. tajuk entri merupakan sebuah lagu dalam filem SECRET.directed by Jay Chou.
2. qoute di atas merupakan kata-kata yang menerangkan bahawa satu rhythm boleh bawa kita ke suatu 'destiny'

sangat mengujakan juga kalau dapat mengembara ke masa hadapan, bertemu dengan bakal kekasih hati kan?

macam filem SECRET ni pula, hanya Ye XiangLun nampak LuXiao Yu.
YeXiangLun - played by Jay Chou.
LuXiao Yu - played by Kwai Lun-Mei
(maklumat hanya digoogle)


kalau nak tengok movie ni, boleh pinjam dengan Nooriha.
dia ada DVD original.
tengok dah movie ni.
menarik.
rugi tak tengok.

ok.
kembali kepada khayalan.
kalau lala boleh jumpe bakal kekasih,
lala nak bagitahu yang lala akan tunggu KAMU.
jiwang.
blahlah hasila.
tapi ini serius.
kalau betul lala jumpa, lala nak KAMU tahu,
yang lala nak jadi CINTA terakhir KAMU,
dan KAMU akan jadi CINTA terakhir LALA.

betul kata seorang sahabat,
"WAITING FEEL IS FINE"

Tuesday, December 1, 2009

percutian 4D4N termurah. sila rasa sangsi.

memanglah perlu rasa sangsi.
sebab percutian sempena Aidiladha atau AIDILzafuan zaquanADHA.
di Taman Meru 3C, Ipoh.

tiket keretapi ke ipoh : RM 22.00
choc untuk kanak-kanak di rumah : RM 7.90 X 9 = RM 55.30
CLEO dan air mineral : RM 7.00
bayaran tambahan ke Zoo Taiping : RM 20.00
potong rambut : RM 49.00
KFC : RM 28.20
monthly fee kepada ibu bapa : sorry, tidak dapat dikongsi.

maka, kesemua bernilai RM 181.50, tidak termasuk monthly fee tadi.

yang tak perlu bayar,

penginapan.
makan dan minum kecuali lala belanja.
tiket balik kl pun disponsor oleh kakak.

makan minum yang sangat sedap seperti,
ikan siakap goreng tiga rasa.
ikan siakap stim.
ayam goreng perap halia dan sos tiram.
laksam pada hari raya pertama.
ikan keli bakar.
pucuk paku masak lemak.
pucuk ubi dan sambal mempelam.
sup tulang.
dan.
teh tarik setiap masa.
tak kira pagi, tengahari, petang atau malam.
lala tetap minum yang berais.
habis!

tak kisah.
janji gembira.

*senyum banyak*
ibu bapa : seronok bercerita tentang kerjaya, cinta dan bakal kereta.
abang : seronok mendengar cerita tentang cinta juga.
kakak-kakak : seronok sangat-sangat bergosip-gosip. tentang macam-macam.
anak-anak menakan : seronok, mereka pandai menyelerakkan rumah dan maksu seronok mengemas hampir 4 kali sehari. terima kasih kamu semua.
handphone : seronok tanpa handphone berbunyi banyak-banyak kali. kalau bunyi pun, sorry kalau lala buat tak tahu.

semua nya PRICELESS.
PRICELESS.
sungguh.

nota kaki : entri kali ini tiada gambar, gambar kami hanya di Zoo Taiping.

my boifie dah membesar lagi

kini Muhammad Irfan sudah boleh bercakap!
malah, menggunakan ayat 'bercakap banyak' pun boleh!

antara kata-kata irfan sepanjang cuti dan melekat dengan irfan.

- maksu, maksu, maksu shila!!! (tiap kali nampak maksu)
- maksu, peya tido. (lala tanya peya mana)
- maksu, nak tengok wonderpets. (irfan pandai nyanyi juga)
- maksu, sehati berdansa. (bila sehati berdansa di tv)
- maksu, nak air jap.
- maksu, sakit perut.
- maksu, minyak mana?
- adoi, licin lah lantai ni (irfan jatuh)
- uit, tisu koyak. (main-main tisu sampai koyak)
- bear?tak nampak pun. (masa pergi zoo)
- maksu, gi tido. (bila irfan nak masuk tido)

dan di bawah, gambar-gambar irfan yang dah besar.
dan pandai bergambar sekarang..!
gambar pula sengaja dibesarkan.
supaya lala sendiri boleh tengok irfan puas-puas.


*konon tolong maksu lipat kain tapi sibuk tengok tv*


*tengok ni bila dah dapat kamera*


*kakak nurin cuba menginterframe di antara kami*


*hanya peace yang irfan tahu buat*


*irfan dah besar!jangan besar cepat sangat eh*


*main bedak lak budak nih*


*habis putih badan kamu, irfan!*


*muka bangun tido dan kaco maksu tido pulak*


*aksi paling hot dan seksi dari boifie lala*



maaf.
sebab maksu ter'bias' pada yang lain.
nak buat macam mana, irfan seorang ja nephew.

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)