BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 13, 2010

macam mana nak pujuk lelaki

kaum adam pun ada perasaan. bila terasa atau risau atau marah, mestilah memerlukan pujukan kaum hawa untuk kembali tenang.

Bagaimana nak pujuk?

mengikut kata-kata orang hebat yang telah digoogle.

1. Terangkan perkara sebenar
Ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada kamu.Berterus teranglah. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana kamu mengambil berat tentang dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kamu haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya dia merajuk dan kamu tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kamu kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika dia tengah merajuk, cuba kamu bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power kamu dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti tadi.


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak kamu menyanyikan lagu untuk kekasih kamu? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. kalau dia tergelak, maka kamu ok. kalau dia kata kamu se---------wel, kamu perlu terus usaha.


dan sebenarnya banyak lagi cara-cara yang ada untuk bagi dia kembali ok.

contohnya, kamu tertinggal handphone di office, dan menyebabkan ramai orang risau, kamu hilang ke mana ntah. maka, dia pun turut risau hingga hampir sampai di Wangsa Maju dari PJ, dan pulang ke rumah (30km away lagi). walaupun pelbagai ayat-ayat comel dan segala maaf dipohon atas kecuaian, kamu tetap tidur tanpa nite wishes.

cara terbaik untuk pujuk? senang. Cornetto Show Love atau Cadbury Fruit & Nut kerana itu kegemarannya. dan tips di atas boleh diabaikan.


2 who cares:

Ms Heartbreaker. said...

hahaha
itula
kadang2 ssh juga btemu dia
yg sgt snsetif n kuat mrajuk
smpai konfius jd nya
aku ni gf or bf..;p

Lala said...

ha, mmg pun..
dpt yg kuat merajuk, kene lah ader byk idea utk pujuk.hehe

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)