BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

kau boleh simpan rahsia tak?

kau boleh simpan rahsia tak?



dah nama pun RAHSIA. patut simpan lah!


biasalah bila ada orang bercerita dan beritahu kamu yang 'Ini rahsia tau. Jangan bagi tahu sapa-sapa'. dan makhluk tuhan ini sama ada:

1. memang memerlukan perhatian dan melalui cerita, dia dikenali!
2. memang menggunakan cerita sebagai satu bahan penyedap dalam perbualan harian!
3. memang suka bercerita perihal orang supaya orang lain tahu yang dia mengetahui!
4. memang suka bergosip!

memang juga tak boleh lari dari menceritakan hal orang lain.

ngee, pelik dan hairan kenapa perlu cerita perihal orang kepada orang lain. dan paling best, bila orang lain menceritakan kembali cerita kepada orang lain kedua, ketiga dan seterusnya. mestilah akan berlanjutan. sehingga tuan/puan punyer hal dapat tahu hal dia disebarkan.


nak tahu siapa yang ceritakan, memang payah lah. dan jangan harap lah sesiapa pun nak mengaku kan. tapi kita sendiri sangat suka menjadi salah seorang yang mengetahui dan ada juga tanpa niat menyebar.


tapi penat lah bila terkena pada sendiri kan. bayangkan kamu membayangkan tiada siapa tahu rahsia kamu walaupun kamu hanya berkongsi dengan beberapa orang, dan walhal semua orang tahu mengenai kamu.


kalau rahsia yang menyusahkam, membebankan atau memalukan, pasti rasa susah hati. rasa tak senang duduk. pasti penat fikir macam mana nak pertahankan diri sendiri.


tapi kalau rahsia yang menyenangkan, membanggakan atau mebunga-bungakan, pasti rasa rendah diri sikit + bangga sikit. dan pasti penat fikir macam mana nak tutup rasa malu-malu suka tu walaupun muka dah merah-merah.


hmm..
rahsia lala?
yang tahu, suka membuli.
yang tidak tahu, kerut dahi.

7 who cares:

awin said...

saya tahu..saya tahu....;p

Lala said...

disebabkan awak tahu, jgn buli ha..!hehe

awin said...

akan dipertimbangkan...hehe...;p

Lala said...

waa....!bgtau org MQA tu..!

awin said...

ohh....jangannnn....nanti telinga sakit....;p

N a d i a said...

lala,
saya kategori mana satu?
hehehehe..

=p

Lala said...

awin: baik, rahsia disimpan!ngee..

nadia: awak pastilah penyimpan rahsia besar!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)