BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 4, 2010

banyaknyer duit dia.


kan seronok kalau banyak duit.
selalu kite banyak duit, bila kita dilahirkan dari keluarga yang banyak duit.
ada juga yang kaya dengan usaha sendiri, pastinya dengan penat lelah dan risiko dan sikap yang berani.


kalau family banyak duit, boleh beli kereta dengan downpayment yang banyak. boleh beli barang tanpa menggunakan credit card. tak perlu susah kumpul duit bila nak beli handbag Coach.


dan disebabkan banyak duit jugak, family telah mensponsor segala jenis perbelanjaan perkahwinan. dari photography, kenduri kendara, dan segala lagi. wah, seronoknya! tak perlu fikir-fikir atau membuat sesi mengira budget kan.


bila banyak lagi duit, beli rumah. investment yang sangat tepat sekali. maka, rumah dijadikan hadiah perkahwinan kepada anak mungkin. ada jugak pakej bersama kereta idaman. dan peralatan rumah dilengkapi. wah, bahgianya.


tapi ni, tak. nak beli kasut Vincci pun kena kira budget. siap mintak izin. supaya budget tidak melebihi dari apa yang perlu, pendek kata untuk mengelakkan pembaziran dan dapat mengamalkan pembelanjaan yang berhemah dan teratur.


tapi itu lebih baik. mengajar mengawal pengeluaran wang dari ATM mesin. dan pasti bila dah kahwin nanti (walaupun segala benda dah ditanggung), kita tetap hidup sendiri. cari duit sendiri untuk masa depan. tak baik ya asyik bergantung pada ibu bapa. sekarang masa untuk membalas.


moral of the story : lala beli kasut bulan ni setelah hampir 3 bulan tak beli kerana mengamalkan sistem penjimatan wang.
syabas, lala!

0 who cares:

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)