BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 31, 2010

irfan dan gaya


mama irfan : irfan, irfan ni comel lah.
irfan : ee, mana ada.

baru umur 2.75 bulan, dah tau nk react macho. and pemalu juga. tapi bila dah biasa semula, baru tak tahu malu.

gambar-gambar kamu, irfan!
sepanjang maksu berada di ipoh!


setelah hampir 3 bulan tidak bertemu.



















































sepandai-pandai tupai melompat,
akhirnya tertido jua.

hasil tangan budak tak professional.

hasil tangan irfan yang mencuba permainan baru.
camera digital maksu.

sekian.


























hmm...irfan kene praktiskan lagi.
lagipun, maksu penat nak betulkan keterbalikkan irfan memegang camera.

yang terbongsu dan tersombong!

Nurin Farihah a.k.a peya.
cahaya keriangan maknanye.
tapi sangat tidak riang bila tengok maksu.
riangnya hanya pada orang lain. sabar ja!
giler sombong.
takper, nasib baik irfan yang pemalu pada mulanya (lama tak jumpa maksu kot), menjadi sangat tidak malu kecuali masa irfan nk tukar pampers.

diuploadkan gambar tidak riang peya!









sampai sudah taknak kat maksu.
waaaa!

Tuesday, May 25, 2010

cemerlang kali kelima!

bulan kelima ni agak mencabar rasanya. dengan rasa nak balik ipoh sentiasa ja ada!
tambah-tambah minggu terakhir ni.
tiap-tiap hari celik mata, terasa macam nak EL. susah betul nak bangun.
tapi tabahkan hati dan hati juga bangun!


bulan Mei, kekal dengan kecemerlangan tiada MC.
masih tidak menjejakkan kaki di klinik panel itu.
cuti? 27 & 31 Mei. 5 hari dapat bersuka ria di ipoh, oyay!
irfan, tunggu maksu balik ye. kita naik moto, irfan bawak.

oh, datang lewat ada sekali. disebabkan rapidkl punya masalah.
lambat 10min, dan telah diqadhakan pun kelewatan itu.

dilampirkan wajah cemerlang diri sendiri.
cemerlang kerana gambar ditangkap di Universiti Teknologi Malaysia,
universiti impian dulu.
walaupun hanya di asrama perempuan, jadilah.abaikan baju-baju di belakang object.



gambar terupload besar.



oops, sengaja.


Quotes

mari membaca bersama.
and opens up!



No matter how confusing or screwed up life got, the game always made sense.
It was mine, you know.
And in a lot of ways it's who I am.
But I can't be that person in their gym, or in their uniforms, or... in their world.




Did you ever look at a picture of yourself and see a stranger in the background?
It makes you wonder how many people have pictures of you.



Ever wonder how long it takes to change your life?
What measure of time is enough to be life-altering?
Is it four years, like high school?
One year?
An eight-week walking tour?
Can your life change in a month, or a week, or a single day?
We're always in a hurry to grow up, to go places, to get ahead...
but when you're young,
one hour can change everything.



They're afraid people might find out who they are before they find it out themselves.



Happiness comes in many forms -- in the company of good friends,
in the feeling you get when you make someone else's dream come true,
or in the promise of hope renewed.
It's okay to let yourself be happy
because you never know
how fleeting that happiness might be.




bila nak keluar baru kat 8tv ni?

Sunday, May 23, 2010

bertemu orang baru yang poyo!

pada hari yang baru, bila bertemu dengan orang yang pasti baru kenal, janggalnya. malas nak bertanya khabar dari mana, keje mana, dah ada pasangan ke. semua soalan bosan nak jawab. jadi, dengan sopan santun sahaja duduk di sudut tengah. bersebelahan gadis agak daring. berselendang tipu macam Siti. lagi malas.


kalau orang tak tanya, memang tak teringin nak cerita. tapi entah lah kenapa gila menyampah kat orang sebelah, bila dia mengambil masa kini untuk checking her flight schedule. poyonyer..!fine, stewardess. pakai iPhone, so what?beg LV? who knows it is original or fake?


amik masa kini juga untuk call her darling watsoever. manjanya. tapi menyampahnya. zahir perempuan kot bila perempuan lain lebih. tapi you still look loser when you are alone there.


nasib baik mr panda ada..!itu sudah cukup untuk kata, i had more than what you have!

morning, monday!

selamat pagi, isnin!
mesti monday blues kan arini? tapi entah semangat mana datang, walaupun agak kepenatan, isnin ini terasa terisi, indahnye!!

sebab berat turun! hasil puasa seminggu berturut-turut..! yah!yah!
jadi, taknak lah benci-benci isnin arini. nak sayang-sayang isnin.
isnin, sayang kamu!

Thursday, May 20, 2010

nak tido tengahari.

tido dengan bantal se-sweet ini, pasti best kan. boleh berangan pula tu.

Monday, May 17, 2010

sabtu lepas.

sabtu lepas. lepas pulang dari jalan-jalan. my hommies dua orang, mengajak pegi tengok AF kat Bukit Jalil, di mana Andi (friend of Gzehans) ada ticket extra banyak lebih. tapi dengan syarat, perlu menyokong Ain sebab duduk pun di kalangan Ain Fan CLub.

Giler kelakar Dollah Chantek menguruskan segala. sorry, Andi tak kasi tangkap gambar banyak-banyak dalam dewan kecil itu.



*tiket free*
debaran tak pergi.



*Dewan kecil Sri Putra*
ini adalah gambar-gambar sebelum konsert start dan Dollah tengah membising



*gambar gelap kami*
gzehans.hasila.nurakhmal



*beria-ria tangkap gambar masa awal-awal sahaja*



*muka penat*
dan
kami pun menghayati segala nyanyian dari semua pelajar AF malam tu.
dan baru curi-curi tangkap gambar masa iklan, Andi dah sound.
Pak guard pun laser-laser.
dah habis. kitorang tukang sorak Ain dan sorak Daus dalam hati.



*gambar menunjukkan misi pencarian subang Andi yang jatuh*



*upacara bergambar dengan gambar*



*semua orang*



*Andi.Akma*



*Cik punya blog*
aksi pasti lebih.

Sunday, May 16, 2010

senyum!


You could reach me closer than I thought.
Congratulation, you’ve almost won.


akhirnya?


iya, pastikan kita juara lagi 25 tahun.
oh, pastilah tidak. lagi 2 tahun yah!

Friday, May 14, 2010

menanglah, menanglah!

semuanya bergantung kepada kamu semua.
cepat berjuang.
















tengok. semua gambar kemenangan kamu yang lala letak. tak naik bulu roma ke ha?
bawa kami semua tonton final yah!

paling tidak pun menang tipis 3-2 ya..! supaya dapat tengok abg hafiz macho bermain sungguh-sungguh.tidak lupa pada yang lain. koo & tan (favorite all time)

Thursday, May 13, 2010

macam mana nak pujuk lelaki

kaum adam pun ada perasaan. bila terasa atau risau atau marah, mestilah memerlukan pujukan kaum hawa untuk kembali tenang.

Bagaimana nak pujuk?

mengikut kata-kata orang hebat yang telah digoogle.

1. Terangkan perkara sebenar
Ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada kamu.Berterus teranglah. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana kamu mengambil berat tentang dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kamu haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya dia merajuk dan kamu tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kamu kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika dia tengah merajuk, cuba kamu bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power kamu dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti tadi.


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak kamu menyanyikan lagu untuk kekasih kamu? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. kalau dia tergelak, maka kamu ok. kalau dia kata kamu se---------wel, kamu perlu terus usaha.


dan sebenarnya banyak lagi cara-cara yang ada untuk bagi dia kembali ok.

contohnya, kamu tertinggal handphone di office, dan menyebabkan ramai orang risau, kamu hilang ke mana ntah. maka, dia pun turut risau hingga hampir sampai di Wangsa Maju dari PJ, dan pulang ke rumah (30km away lagi). walaupun pelbagai ayat-ayat comel dan segala maaf dipohon atas kecuaian, kamu tetap tidur tanpa nite wishes.

cara terbaik untuk pujuk? senang. Cornetto Show Love atau Cadbury Fruit & Nut kerana itu kegemarannya. dan tips di atas boleh diabaikan.


Wednesday, May 12, 2010

benci dihina, sayang disanjung

selalu memang begitu. bila kamu buat salah, kamu kena marah. mesti kena buli habis-habisan. mesti kamu sedih kan bila orang lain tak hargai usaha kamu. penat lelah kamu cuba memuaskan hati semua orang. akhirnya bila kalah, orang anggap kamu memalukan sahaja.


tapi jangan risau. orang akan kenang kamu balik bila kamu berjaya mengembalikan dan memulihkan keadaan sebenar. malah, mungkin kamu dapat ganjaran besar. malah, puji-pujian yang melambung juga tidak ketinggalan. semua akan jadi indah semula.


kesian dengan kamu.







ehsan gambar dan berita dari Uncle Utusan.


Tuesday, May 11, 2010

membalas dendam, pekerti mulia.


membalas dendam sememangnya indah terutama bila kita dapat membiarkan dia merasa apa yang kita rasa dulu disebabkan dia. yah! sangat hebat perasaan itu kan. tersenyum bila karma benar-benar memuaskan hati.


iyelah.iyelah.
balas dendam tu tak elok. sepatutnya kena sabar biarlah kita sakit macam mana pun. dalam Islam pun kata, kita kena mengelakkan perbuatan yang tidak baik ini termasuklah DENDAM.


tapi percaya kepada karma adalah satu perkara lain kan. kita tak buat apa-apa pun, karma tu masih ada. yang buat baik dibalas baik, yang buat buruk dibalas buruk. jangan membalas dendam tapi nantikan karma. waktu itu adalah waktu tepat untuk tersenyum.

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)