BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

kata-kata yang menyenangkan hati

through out this week, terdapat kata-kata yang menggembirakan!

hari pertama.
perbualan antara lala dan dua orang.


PM Dr M : lala, bila nak kahwin ni ha?
Lala : lala tak tahu lah Dr. (muka ala tersengih busuk)
Dr S : lala dah set tu nak kahwin chinese new year next year. (macam mendoakan)
PM Dr M : ha, apa tunggu lagi.

kesimpulan hari pertama - lala mengiyakan aja doa-doa itu. mana lah tahu. kalau tak pun, lala still HAPPY. golongan PEPSI rocks!

hari kedua.
perbincangan antara lala dan berorang-orang.


kebetulan duduk berhadapan dengan mereka, terduduk di bahagian yang ada tanda nama DATIN L***.

PM Dr M : iya, Datin Lala. Kita mula bincang ya.
Lala : hehehe.terima kasih Dr. Doa lagi tu.

kesimpulan hari kedua - terfikir. perlukah lala mencari Datuk untuk mendapatkan title itu. heh!berangan. sekali lagi. iyakan saja.

hari-hari yang lalu.
perbezaan lala dan seorang panel.


Cik S : muka lala ni macam Datin H****** lah.
orang-orang lain: a'ah!meh, meh, kita tangkap gambar dorang sama-sama.
Pn N : nanti lala pun jadi macam Datin H******.

kesimpulan hari-hari yang lalu - bila ada kesempatan, pasti cik S membandingkan muka lala dengan panel ni.
hehehe.
lagi seronok.
p/s: nama penuh beliau - Prof Madya Datin Dr. H****** [dirahsiakan kerana kerja tidak boleh dicampur aduk dalam blog]
pakai handbag LV ok. ori atau tidak, belakang kira!
maka, lala perlu sambung belajar sehingga Doctorate, sehingga dapat Prof Madya, tidak lupa seorang Datuk perlu dicekup!


mungkin entri ini ditukar dari 'kata-kata yang menyenangkan hati' kepada 'KATA-KATA YANG SANGAT MENYENANGKAN HATI TAPI ENTAHLAH'.

oyah!
arini balik ipoh!
tak sabar nak tengok irfan!!!



ok.
dan anak buah yang LAPAN lagi!

dan menonton episod AKHIR Nur Kasih bersama kakak-kakak ku.



ok. mungkin kami akan menangis bersama.
paling kurang menahan perit di tekak kerana malu nak nangis depan kakak-kakak.

dan akhirnya, baru lala terfikir, yang nak balik kali ni,
tak belikan apa-apa pun untuk anak-anak buah lala.
kat ipoh nanti, MAKSU bawak KAMU SEMUA jalan2!!!

2 who cares:

N a d i a said...

datin lala.
erk.
hehe.
baik.

amin~

bukan amin rodi ek.
sbb die bukan dato' / datuk.
haha.

laaarrrriiiiikkk..

semput jap.
selamat pulang bercuti bersama keluarga tersayang!

:)

Lala said...

tq, dear nadia!
hehe
seakan tidak mahu pulang!
saya tenang di ipoh!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)