
DALAM TELAPAK HATI KAU
kau pegang sehelai kertas,
bentuknya hati,
kau gambarkan ia milik kau.
dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
kau hulurkan.
sehingga puas atas telapakku.
lalu aku lopong pandang,
layan, sengih, riang.
rupanya aku tertanya?
Benar ini hati kau,
yang berada dalam telapakku,
penuh?
Jawab kau,
"Aku tak pernah beri".
Biasalah
23 Mac 2010
2.10pagi
ZAHIRIL ADZIM
http://zahiriladzim.blogspot.com/
dia sangat pandai berkata.
setiap kata, sangat menyentuh.
baca karya dia.
terkesima.
indah.
jujur.
berjiwa.
pelakon. aktivis. unik.
serius dah jatuh cinta. dengan kata-kata sahaja ya.
bukan dia.
0 who cares:
Post a Comment