BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 8, 2010

Assalammualaikum Cik Nooriha & Eryna

sekali lagi celaru.
sepatotnya tajuk entri ' konflik betul lah'
tak jadi sebab bila-bila fikir balik, nak cerita tentang itu pun dah malas.

jadi, ditukar kepada 'Assalammualaikum Cik Nooriha & Eryna'
terimalah.


Assalammualaikum Cik Nooriha,

Semasa ingin menulis, saya mengambil masa yang agak dan sangat lama kerana perlu mengerah otak supaya mengingati perkara-perkara lepas untuk awak mengagumi saya, dan berasa terharu akan kesungguhan saya dalam cuba mengingat.


Pertama kali jumpa bila waktu kita masa satu bilik di Kolej Bank Muamalat di Universiti Utara Malaysia pada Julai 2005, bilik bawah dan tepi sekali.(sorry sorry memang tak ingat no bilik). 1st Impression, Ceh budak ni tinggi giler! Dalam 4 orang dalam bilik itu, awak sorang yang single (Tiada kekasih).


Oh, bilik kita dekat dengan telefon, dan sayalah orang yang rajin guna, maklum lah tengah bercinta. Walaupun, awak tak bercinta waktu tu, tapi awak berkasihan dan bermanjaan dengan idola-idola.(Jay Chou, Cristino Ronaldo, Rafael Nadal, dan tidak lupa Syawal, Didi,(jangan malu lak, kita sama ja gelong waktu tu minat artis AF) itu belum termasuk yang kita sama-sama minat pulak (Tan Boon Heong & Koo Kien Kiat). Bangga mereka berasal dari Kedah & Perak, kononnya macam kita yang berasal dari negeri yang sama.


Dari Sem pertama sampai Sem akhir lah, kita bersama. Dari bilik berempat (tapi rasa macam duduk berdua jugak), sehinggalah kita duduk berdua sahaja masa Semester 4 dan 6. Bahagia dowh. Boleh buat hal sendiri.


Yang terperasan, saya dan awak punye jadual sama sahaja tiap-tiap hari. Bangun pagi, pergi kelas, janji beli makan sama kalau habis kelas sama, makan malam (jam 6 @ 7 mlm) sama, solat sama, study sama (tapi awak kene start study dulu), gosok baju sama ( ini pun awak kena start dulu), gosok gigi dulu, dan tido sama ( ini pun kalau saya tak tertido sambil nota atas muka).


Sekarang, masing-masing dah konvo, dah kerja. Saya dah kerja government, awak masih mencuba. Takper, saya selalu doa awak dan Nur Akhmal dapat government cepat-cepat supaya kita boleh pakai baju batik sama-sama tiap ari khamis. Hampir 5 tahun dah kita bersama kan. Fuh, giler. Cepatnya tua.


Ok, cerita part best sikit.

CINTA.

Dulu awak hanya cintakan idola sukan dan pelbagai orang-orang yang bawa inspirasi. Masa saya bercinta, awak tiada kekasih. Jadi, awak menjadi seorang pendengar yang bagus (good listener). Tiap cerita awak tahu. Dari kisah cinta yang konon bakal membahagiakan, sehinggalah ditinggalkan. Thanks for being there of coz. (k.akma, anda pun sama membantu saya, nanti saya buat entri, jangan bising-bising)


Sekarang awak ada Mr Rainbow. Maka tugas saya menjadi pendengar pula. Takper, dengarkan sahaja. Yang penting, kita sama-sama bahgia. Kiralah bilangan warna di pelangi. Saya tahu awak bahagia. Saya pun suka.


Oh, ya.

Mungkin semalam saya mengigau. Terjaga jam 530, tengok jam, tengok tarikh. 10 MAC 10. Dan terkejut. Eh, hari lahir awak! Maka, terus hantar message (walaupun bilik awak dekat) hari lahir. Saya selalu lewat wish kan?


Hari ini, mengarang tentang awak.harap awak suka.

Oh,yah lagi. Semalam saya mimpi. Kita bergaduh tentang siapa nak kahwin dulu. Awak kata awak nak kahwin dulu dengan Mr Rainbow. Saya pun kata saya nak kahwin jugak lah sebab taknak kena tinggal sorang-sorang nanti. Tengah gaduh-gaduh, tiba-tiba kak akma kuar bilik dan beritahu kita, dia nak kahwin bulan 5 ni. Senyap seketika, dan saya terjaga dah.


Ok lah, ucapan serius pulak.

SELAMAT HARI LAHIR.
Yang ke 24.
Moga bahagia selalu.
Moga cepat dapat kerja baru.
Moga cepat kahwin.
Sayang awak, my besties!




ini Cik Nooriha bersama Lala Comot.


DAN SETERUSNYA....


Assalammualaikum, Eryna!

maksu macam dah tak larat nak karang banyak-banyak.
tapi maksu nak kamu tahu, maksu love, love, rindu, rindu dengan kamu.
sila buat bunyi ayam lebih bersungguh lagi.

SELAMAT HARI LAHIR yang PERTAMA!
nanti maksu bawak present!


0 who cares:

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)