BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

definisi bilik sendiri


sila lihat gambar di bawah.
dan benarkan lala terangkan.
satu per satu.
mengikut nombor.



1. almari miskin dan rendah diri dan masih tidak goyang macam almari kak akma.
kadang-kadang baju yang dilipat dicampak ke dalam almari itu.
oh, ini almari abg ajib yang sedekahkan kat lala.

2. flip flap yang iming bagi kat kak akma, yang selalu ada kat tingkap, yang bila nak tutup tingkap pada malam hari, kene letakkan kat tepi, yang lady birdnya dah jatuh ke bawah.

3. tempat meletakkan barangan peribadi, wangian dan segala getah rambut dan segala sepit rambut, dan segala alatan makeup. cermin pun kecil, akan mencari lebih besar nanti.

4. karpet kesayangan di mana bila seminggu tak sapu, rambut dan habuk jadi banyak.

5. lantai menjadi agak bersih apabila rambut keguguran tidak berada di situ, agak-agak ar!
memang teruk penyakit rambut gugur kami.

6. pasu Sarawak yang telah berjaya dibawa balik IPOH, dan menyemak kat umah taman meru lak.

7. kipas kak akma beli setelah kipas yang lala beli rosak, setelah tak boleh direpair, setelah Carre**** kata tak boleh guna warranty.bengong!

8. almari ala-ala TV3, yang lala beli menggunakan first gaji bekerja- duit gaji Maybank.

9. koleksi komik-komik kak akma, dan buku-buku inggeris yang lala beli. berlagak.

10. tisu, penting di saat hingus mengalir keluar dan tak sempat pergi toilet.

11. tak perlu lah lala cerita, hanya yang tahu sahaja akan tersenyum atau tersengih.

12. tabung-tabung kami. duit dalam tabung kak akma dah masuk ASB, duit tabung lala dah hilang, lala curi.

13. kotak astro dilindungi oleh kertas keras berwarna purple.

14. losyen-losyen kami. losyen untuk melicinkan kulit. losyen untuk menghaluskan kulit dan losyen untuk menguruskan badan.

*kalau tak berapa nampak nombornya, boleh enlarge..

berita terkini: akan menghadiri kenduri terakhir pada bulan Januari ini.

4 who cares:

The story of Saif Al-Hafsham said...

abg xtau nape abg baca gak entri ni..haih..lala.mcm2 kamu ni.hehe

~miss-lala-comot~ said...

hehehe.lala pun tak tau kenapa la nk post.

N a d i a said...

haha.
tv lala baru beli tu letak kat ner??
entry yg cute
=p

~miss-lala-comot~ said...

tv ader kat depan, ruang tamu, takkan nak letak kat bilik. tak muat.hehe

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)