BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 28, 2010

bulan pertama berjaya!



perjalanan untuk mengekalkan ketidakgunaan MC
dan mengekalkan kesihatan diri sendiri,
berjalan lancar sepanjang bulan Januari.



muka cemerlang.
dan
nak pergi kejar budak baju merah tu jap.


bagaimana untuk menyelamatkan kehidupan?

ditranslate menjadi,
HOW TO SAVE A LIFE

this is what THE FRAY says,
in their video,
bagaimana untuk menyelamatkan kehidupan,
which i think most of the list,
is totally make sense.

1. LOVE
2. FORGIVE
3.RELEASE
4.REMEMBER
5.LISTEN
6.HOLD STILL
7.LET IT GO
8.TALK TO SOMEONE
9.TOUCH
10.CRY
11.BREATHE
12.HAVE FAITH
13.ACCEPT
14.OPEN UP
15.HUG





for those who needed.

pergi ke jalan yang hati anda mahukan



kenduri kahwin yang dinanti-nanti juga,
johor, here i come!
Nurazlin, here i come jugak!





pergilah mana-mana yang anda inginkan,
selagi ia sangat membahagiakan!

pergi ke jalan yang hati anda mahukan?
pastilah ke jalan DIA berkati,
dan
bersama kamu!


Wednesday, January 27, 2010

definisi bilik sendiri


sila lihat gambar di bawah.
dan benarkan lala terangkan.
satu per satu.
mengikut nombor.



1. almari miskin dan rendah diri dan masih tidak goyang macam almari kak akma.
kadang-kadang baju yang dilipat dicampak ke dalam almari itu.
oh, ini almari abg ajib yang sedekahkan kat lala.

2. flip flap yang iming bagi kat kak akma, yang selalu ada kat tingkap, yang bila nak tutup tingkap pada malam hari, kene letakkan kat tepi, yang lady birdnya dah jatuh ke bawah.

3. tempat meletakkan barangan peribadi, wangian dan segala getah rambut dan segala sepit rambut, dan segala alatan makeup. cermin pun kecil, akan mencari lebih besar nanti.

4. karpet kesayangan di mana bila seminggu tak sapu, rambut dan habuk jadi banyak.

5. lantai menjadi agak bersih apabila rambut keguguran tidak berada di situ, agak-agak ar!
memang teruk penyakit rambut gugur kami.

6. pasu Sarawak yang telah berjaya dibawa balik IPOH, dan menyemak kat umah taman meru lak.

7. kipas kak akma beli setelah kipas yang lala beli rosak, setelah tak boleh direpair, setelah Carre**** kata tak boleh guna warranty.bengong!

8. almari ala-ala TV3, yang lala beli menggunakan first gaji bekerja- duit gaji Maybank.

9. koleksi komik-komik kak akma, dan buku-buku inggeris yang lala beli. berlagak.

10. tisu, penting di saat hingus mengalir keluar dan tak sempat pergi toilet.

11. tak perlu lah lala cerita, hanya yang tahu sahaja akan tersenyum atau tersengih.

12. tabung-tabung kami. duit dalam tabung kak akma dah masuk ASB, duit tabung lala dah hilang, lala curi.

13. kotak astro dilindungi oleh kertas keras berwarna purple.

14. losyen-losyen kami. losyen untuk melicinkan kulit. losyen untuk menghaluskan kulit dan losyen untuk menguruskan badan.

*kalau tak berapa nampak nombornya, boleh enlarge..

berita terkini: akan menghadiri kenduri terakhir pada bulan Januari ini.

menjadi seorang yang pemalu

hey, you!
did you know that



pesanan dibawa oleh HASILA

kepada Mr Os.
hahaha

malu.
kene cakap tak tunjuk muka ni.

pasti SUKA.


pasti pernah dengar lagu-lagu THE FRAY kan?

relaxing.
calm.
meaningful.
touch the HEART.

iye,
sometimes mereka agak ke arah agama mereka,
dalam menulis,
tapi ambil yang positif sudah.

yang pertama suka,
HOW TO SAVE A LIFE
melalui Grey's Anatomy the series.
and seterusnya, lagu-lagu THE FRAY
sangat menaikkan rase
TENANG.

yang lain,
lala try download,
dan cuba-cuba dengar.

kak akma (hommies),
mula suka dengan THE FRAY,
sejak mereka buat HEARTLESS,
selepas Kanye West.

YOU FOUND ME.

NEVER SAY NEVER.

LOOK AFTER YOU.

HEARTLESS.

cubalah dengar lagu-lagu ini.
cubalah baca lirik-liriknya.
sangat best.




mereka adalah seperti di bawah,
penyanyi yang bertopi.
sekarang pun mendengar lagu-lagu
yang disenaraikan.



make more songs.
please.


aksi terlampau dan biadap.


merindukan mereka-mereka yang pandai membuat
aksi terlampau dan biadap!
perkataan biadap digunakan kerana melebihi aksi maksu yang sememangnya
atau sepatutnya lebih biadap dalam menangkap gambar.




kakak terlebih aktif sehingga gambar blur.
didik di sebelah kanan sekali berlagak tenang.




muka terlampau 2 oleh kakak.
dan didik sekali lagi tenang.....



muka terlampau 3 oleh kakak.
dan didik tak tertahan lagi untuk menjadi biadap.



muka terlampau 4 oleh kakak.
didik agak terkawal semula.




muka agak terkawal semuanya.
dan sorry sorry didik, sebab gambar kamu tak termasuk.

jika, dilihat semua gambar semula,
maksu dan irfan agak menyembunyikan
keBIADAPan kami.

oh,ya.
waktu ni irfan tak boleh berdiri dengan betul lagi.
cepatnya kamu membesar!


secret recipe hot chocolate ke, hot chocolate secret recipe?


sedap juga kalau dapat minum
hot chocolate pagi-pagi nih.
hmmm.....

Monday, January 25, 2010

mengantuk tak?mengantuk tak?

cara menghilangkan MENGANTUK.



Keratan Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah Ayat 255)

Maksudnya:
Yang tidak mengantuk usahkan tidur

Tatacara

Jika anda berasa mengantuk amalkan membaca ayat diatas. Di baca selama 3 kali sambil di usap dan ditekan dipangkal hidung (di antara kedua belah mata).


berkesan lah jugak.


berita terkini : nampak sangat kau mengantuk masa buat kerja depan PC kan, lala?

Thursday, January 21, 2010

statistik FACEBOOK


ada 519 friends dekat facebook lala.

kira-kira 237 friends yang langsung lala tak kenal dan mereka sekadar membanyakkan friends mereka di facebook. lala pun tak tahu kenapa lala 'confirm' as a their friends.

kira-kira 143 friends yang betul-betul lala kenal dan rapat dan cinta.

kira-kira 88 friends yang lala kenal tapi tidak langsung bertanya khabar atau 'hai' lala kat facebook.

kira-kira 24 friends yang kawan-kawan lama yang masih berhubung dan cinta.

kira-kira 14 friends yang betul-betul sentiasa bertegur dan rajin nak tahu hal lala.

kira-kira 8 friends yang lala sayang dan cinta dan rindu dan kasih.

kira-kira 4 friends yang merupakan adik-beradik dan ipar duai yang lala sayang.

kira-kira 1 friends yang merupakan friends yang paling banyak komen kat facebook lala.

eh, statistik tu bukan betul pun,
lala tibai ja.
takkan nak kire satu-satu pulak.
519 itu sebab benar.
237 itu sebab birthday orang.
143 itu sebab 'i love you'
88 itu sebab harijadi lala-8ogos
24 itu sebab umur lala tahun ini.
14 itu sebab no rumah lala.
8 itu sebab lala memang suka nombor 8.
4 itu sebab nak mencukupkan 519 tadi.
1 itu sebab hanya ada SATU la.


maka, lala macam tersepit, rase macam nak 'delete' friends yang hanya menggunakan account facebook lala untuk membanyakkan friends dekat account facebook dia.



.lala tersepit macam di atas.


gambar di bawah ini pula,
muhammad irfan,
o-we-yo-we-yo,
kite berdua,
bersama,
gegar dunia!
irfan nyanyi dalam kereta.



kalau irfan dekat, maksu dah bawak irfan ke johor minggu depan.

berita terkini: pegi ke johor beramai-ramai dan
duduk ramai-ramai dalam satu bilik, lagi best.
jadi, sape nk ikot?
perempuan sahaja!

Wednesday, January 13, 2010

entri terpendek


"i want nobody, nobody but YOU.
i want nobody, nobody but YOU.
How can I be with another, I don't want any other"

lagu yang sangat comey.

korang-korang, tak payah nak malukan lala eh.
tak maksud apa-apa.
memang lala suka lagu ni.


dan
sorry.
sebab sebenarnya ada lagi entri lagi pendek.

berita terkini: lala akan ringkaskan semua majlis perkahwinan
yang telah dan akan lala pergi sepanjang bulan Januari.

Tuesday, January 12, 2010

tidur tengahari satu kewajipan

nikmat kan kalau dapat tido tengahari?
hujan lebat.
selimut tebal.
perut kenyang.
mr cloudy.

bila lagi nak dapat tido tengahari yang berkualiti nih?
selalu setiap sabtu dari 2 sampai 5 petang,
adalah kemestian.
dan itu kenikmatan tido yang paling nikmat.
tanpa memikirkan baju dalam bakul tak basuh.
eh, baju yang dalam bakul lah..
kain bertimbun tak lipat.

yah!
hanya hari sabtu tengahari paling best.

sepanjang sabtu JANUARI,
ada ja gangguan yang menyebabkan tidur tengahari ini
tidak dapat dilakukan.
minggu ini pun tak dapat.
mungkin cuba minggu depan.
ye!
23 Januari 2009.
waktu terluang untuk tidur.
akan ku counting!

updated on 18/01/10: hm, tak jadi lagi tido tengahari on 23/01, ader hal lain lak.
tengah buat muke cebik!

berita terkini: hujung Januari, mahu ke Kedah atau Johor?dan dengan siapa?heeee

Thursday, January 7, 2010

Bakal isteri mana paling teruk?

kejadian ini sebenarnya dah lama berlalu.
teringat semasa mencari-cari sesuatu untuk diingat dalam LRT.
practice daya ingatan supaya lebih kuat.

bakal isteri mana yang paling teruk dalam
MASAK NASI.
menggunakan rice cooker,ok.

HASILA

dah siap basuh beras semua.
masuk periuk dalam rice cooker.
pasang plug.
ops, terlupa tekan ke bawah butang
'cook' tu.
akhirnya, beras terendam agak lama.


NUR AKHMAL

dah siap basuh beras semua.
masuk periuk dalam rice cooker.
tekan ke bawah butang 'cook' tu.
ops,tak pasang plug.
akhirnya, beras terendam agak lama.


NOORIHA

masuk periuk dalam rice cooker.
tekan ke bawah butang 'cook' tu.
pasang plug.
ops,tak basuh beras.
akhirnya, beras langsung tak berendam.



persoalannya: siapa yang paling layak jadi ISTERI? hehe


berita terkini: most of my girls, dah tahu siapa si jejaka.
malu!




gambar rice cooker ini sekadar hiasan
p/s : alin, kalau la bagi ni, kau nak tak??

Tuesday, January 5, 2010

adat perkahwinan melayu.suka!

secara tiba-tiba nak bercerita tentang perkara di atas.
ADAT PERKAHWINAN MELAYU.

MERISIK
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok.
untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh
seorang lelaki itu masih belum berpunya.
dan
menyelidik latar belakang si gadis berkaitan
kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku,
paras rupa serta pengetahuan agamanya.


Bagi pihak si gadis pula,
terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan
sebelum menerima lamaran pihak lelaki
antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama
serta mempunyai pekerjaan yang baik.


MEMINANG

Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya,
pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari
untuk menghantar satu rombongan peminangan.
Urusan peminangan akan dilakukan oleh
kaum keluarga terdekat pihak lelaki.
Adat ini dilakukan bagi menyatakan
tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi.


BERTUNANG


(saja letak rizalman ibrahim punyer hantaran's decoration)
majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut
di rumah pihak perempuan.
Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung
sebagai bingkisan utama,
sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti
bunga rampai,
buah-buahan,
kuih-muih,
pakaian
dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada
pihak perempuan.


AKAD NIKAH


satu acara paling penting.
dijalankan selepas segala perjanjian
yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan
seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain
sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Akad nikah boleh dilakukan di masjid,
di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan
dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.
Di dalam upacara akad nikah,
bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali
untuk menikahkan anaknya.
Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada
tok kadi atau imam.


ADAT BERINAI



Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi
Berinai kecil
Berinai besar
Selepas adat berinai besar dilakukan,
pengantin lelaki tidak akan bermalam di rumah pengantin perempuan,
sebaliknya akan terus pulang ke rumah
atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh,
pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak,
iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.


MAJLIS PERKAHWINAN


pastu, Majlis lah!
kalau nak baca yang betul-betul full tentang
ADAT PERKAHWINAN MELAYU
click aja
sini

ini pula contoh BUDGET.




rasenye inilah paling BUDGET.
kalau ikutkan mestilah LEBIH LAGI.
hehehe


tapi kalau TAKNAK IKUT ADAT,
atau
TAK TAHU ADAT,
anda boleh buat majlis secara SANGAT RINGKAS.
sebagai contoh,
tetapkan 5 orang sahaja untuk majlis merisik.
TAK BOLEH LEBIH,OK?
bincang dengan bakal pengantin lelaki sahaja.
TAKDE FAMILY LELAKI pun takper.
tak perlu bawak hantaran aper-aper.
kalau family lelaki bawak jugak,
MERAJUK.
SURUH ANAK GADIS MERAJUK DEKAT BAKAL SUAMI.
dan paling best,
TAK PERLU ADA DI RUMAH
bila majlis merisik terjadi.

adat-adat lain ikot lah macam mane nak buat.
janji nikah.
FAMILY tak datang pun takper.

sekian.

SELAMAT BERKAHWIN KEPADA SEMUA.


berita terkini: nak kahwin gak!!

Sunday, January 3, 2010

lain nak, lain dapat.


selalu kan.
kita mintak lain, tapi dapat lain.
kita harap kita dapat apa yang kita nak,
tapi selalunya tidak lah dapat sangat.
bergantung kepada kemampuan dan rezeki.
dan duit lebih.
dan pelbagai faktor-faktor lain lagi.

kalau lala.
apa yang lala nak,
tapi dapat lain.

1. MINYAK WANGI


berangan tahap langit untuk minyak wangi ini.
BVLGARI GREEN JADE.
kene jugak lah kumpul duit baru dapat.
mintak ini, sekarang dapat RAPLH LAUREN ja.
dan BODY SHOP.

2. MAKE-UP



berangan tahap langit sungguh nak pakai BOBBI BROWN.
tapi hanya mampu beli MAYBELLINE.
ader duit lebih sikit, baru lah dapat beli LOREAL.

3. JAM TANGAN



berangan tahap langit jugak nak pakai TISSOT.
tak kire lah model macam mana,
janji TISSOT.
very-very nice.
tapi hanya mampu SWATCH SWISS.

4. HANDBAG



berangan tahap langit lagi nak
Coach - Signature Leah Black 13139

memang idaman.
kat online pun masih tak mampu.
memang MINTAK, tapi lain yang dapat.
sebab hanya mampu CLEEF.
yang up skit, CARLO RINO.
MNG.kakak yang bagi pinjam.

5. KASUT


berangan tahap langit masih dengan kasut JIMMY CHOO.
konon mintak pakai untuk ke pejabat.
tapi masuk kedai kasut VINCCI jugak.
nak lebih hebat, pegi VINCCI KLCC.


6. MOVIE


kalau nak mintak, memang nak selalu tengok wayang kat tgv.
supaya orang lain tak payah tanya,
"dah tengok AVATAR?, BEST GILER"
tapi tak berkesempatan lagi pun.


tapi seronok berangan.
dan sangat seronok kalau dapat aper yang kita nak kan.
dengan usaha sendiri, lebih bermakna.

tapi ada orang juga kata,
'APA YANG KITA PALING NAK, ITULAH YANG KITA TAKKAN DAPAT'
hmm?
tapi usaha beb usaha.
jangan putus asa.

berita terkini: alin dan nadia paksa lala bagitahu siapa si jejaka. lala buat tak tahu.



5 budak hitam.


kami adalah 5 budak hitam.
selalu bersama.
meluangkan masa bersama.
pergi sunway lagoon.
pergi putrajaya.
pergi tengok wayang.
pergi kacau anak teruna orang.
pergi makan kat kopitiam.
pergi beli barang dapur kat jusco.
pergi beli 'barang' kat cosway carrefour.
pergi pasar hari ahad pagi.
pergi mengumpat pasal artis-artis yang kita tak suka.
pergi tulis blog hari-hari dan baca blog orang hari-hari.
pergi update facebook dan komen facebook.

kalau boleh nak selalu buat semua perkara sama-sama.
tapi salah sorang dah nak kahwin.
jadi, kami harus mengerti.
NATRAH RAMLI.
akhirnya anda bakal jadi isteri orang.
bakal jadi mama orang.
bakal jadi menantu orang.
maka, jagalah title-title itu sebaik-baiknya.

pasni turn NUR AKHMAL kahwin.



to NATRAH,
yang kami panggil ADEK,

have fun dengan kehidupan baru nanti,
kitorang akan menjelma di kenduri anda 9hb Jan 2010,
MANJUNG!
tunggu di sana.

anda pasti rindu kami.
dan
kami pasti rindu anda.

dan kami berjanji.
gosip-gosip artis itu masih boleh diteruskan,
dengan bacaan OH,BULAN!
dan berkongsi di emel, facebook, ym,
mahupun handphone.

sayang kamu, NATRAH!



hmm.
dah rindu.
=(

5 budak hitam.
kini tinggal 4.


Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)