BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 4, 2011

9 weeks ++!

arini 5 April.
ulangbulan ke-2!


tu semangat letak gambor suami sendiri bakar biskut.
gambor lama ni, baru seminggu kahwin ni,
semangat buat biskut untuk suami.

ok. sambung cerita.

Baby's condition
sekarang dah nak masuk 10 minggu. kahwin baru 2 bulan, baby dah nak 10 minggu. korang kire ar sendiri. jangan fikir bukan-bukan. rezeki awal. alhamdullillah. aku suka. suami pun lagi ler suka. tunggu minggu ke 12 (3bulan) baru nak pegi checkup lagi. tengah fikir-fikir nak deliver kat mana. InsyaALLAH.


Mama's condition
kalau orang tanya, dah start muntah? 
aku jawab, takder muntah pun. Alhamdullillah.
ini juga dikira sebagai permainan minda. HAHA. padahal, pagi-pagi ada gak rase nak munnn tu!
dari apa yang aku belajar, perempuan pregnant ni banyak angin, jadi makanan yang berangin diharamkan sementara waktu. yang panas atau sejuk pun tak leh makan. pergh, macam-macam!
contoh ubi, pisang, teh, durian, nenas, sayur yang menjalar, nangka, pulut, jagung, rebung, pucuk paku. ish, macam -macam lah! google!

semua makanan ni boleh dimakan tapi dalam kuantiti yang maha sedikit oleh perempuan pregnant pada awal-awal ni. kalau elak terus, lagi bagus! pantang lah sikit sekarang. 
nanti bila baby dah besor (5++ bulan ke), pantang jugak. PANTANG TAK MAKAN!

kalau nak makan sesuatu, mesti call and tanya mak dulu.

selera makan masa tahap ni pun tak menentu. walaupun tak lalu makan dan berat agak menurun, aku tetap kena paksa makan. siang boleh lah telan nasi. malam, perut nak western ja! jangan gelak bila aku cite yang malam aku makan cornflakes + susu + strawberry! very mat salleh baby ni!
malam memang baby taknak nasi!


Mama's Health
Aku rasa yang masalah besar ialah ANGIN. bila angin, memang senang rasa nak muntah. doctor ada bagi ubat tahan muntah yang hanya perlu dimakan bila perlu. tapi aku rase sentiasa perlu. jadi, untuk elak muntah. ada tips yang aku dah buat dan kaji keberkesanannya sendiri.
Tips Kurangkan Rasa muntah
- Hisap gula-gula / Lollipop 
- Minum 100 Plus (air isotonik) seteguk dua (pastikan buang gasnya untuk lebih selamat, buka penutup semalaman)
- Minum Air masak banyak, at least 8 gelas sehari (ni aku tak lalu, munn air balik ada)
- Telan ubat tahan muntah!

tu yang aku selalu buat. aku tulis sebab berkesan!
aku kena pastikan lollipop atau gula-gula sentiasa ada dengan aku!

oh,yah. mama perlu start makan Acid Folic! doctor kata, "sebenarnya, when you planning to having a baby, you need to take Acid Folic" itu lebih bagus. so, mama-wannabe out there, watch out ha!
Acid Folic sangat penting untuk mengelakkan kecacatan bayi.

this is how the baby looks like, i guest!
cinonet, tapi cuteeeeee!


ok. aku nak post entri ni dulu. aku dah rasa mual tulis banyak-banyak. bai.

3 who cares:

a L i N said...

Best3x... Like 500x.. =)

GoJeS said...

waa...thniah lala...beshnye cdgr cte awk...ni kire bunting pelamin la ni kan...hope xlame lg kte pn dpt rs pnglmn yg same...aminn...:)
take care yea...

k.ros -irfan-fatin said...

klau irfan tengok gambr baby in progress- dia kata macam ALIEN..hihi..mmng betul

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)