BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 18, 2010

best sangat ke suami orang?

ramai orang terjebak atau senang jatuh cinta dengan suami orang. kenapa lah suka suami orang kan? macam suka kat norman hakim? suka-suka saja takper kan. sekadar memberi senyuman sebelum tido. beza kalau rampas dengan suami orang. macam rampas norman hakim.


tapi perempuan yang memilih untuk suka dengan suami orang selalunya berfikiran sanggup untuk bermadu (yang mulia sahaja). yang tak sanggup, pastilah memaksa suami orang tu berpisah dengan isteri pertama tu kan.


pendapat anda? mahu menjadi isteri pertama atau merampas kedudukan isteri pertama atau jadi saja yang kedua, ketiga dan keempat?


orang hebat pernah berkata (my fellow friend)
suami orang ni machonye lain. nampak matang. nampak pandai mengambil hati . pandai mencairkan wanita lah kirenye. penampilan pun makin mempersonakan.


kakak lala pernah kata, lelaki ini memang masa bercinta lain, dah kahwin lain. bila bercinta, susah betul tengok dia bertindak mengikut kesedaran, kebudak-budakan dan tak tunjukkan kelakuan sendiri yang sebenar (perempuan pun). tapi bila dah kahwin, lelaki ini barulah nampak matangnya juga. sebab masa nilah, baru ada pengalaman susahnya hidup bila orang lain bergantung pada dia. tu sebab lelaki yang dah berkahwin lebih matang kot.


kakak la lagi sorang pulak kata, setiap lelaki mesti teringin nak beristeri dua. (perempuan yang bersuamikan yang setia, bertuah!). bila lelaki minta izin untuk menghadiahkan kita madu, terima lah. kan akan dapat payung emas. jangan gundah gulana, walau macam mana pun, lelaki akan kembali juga kepada isteri pertama. kalau sakit, suami nakkan isteri pertama jaga kan. mesti punya. sebab isteri pertama lah yang hadapi susah senang.sebab isteri pertama itu adalah orang yang paling dia sayang, bukan yang kedua, ketiga atau keempat. biasalah lelaki, bila kemampuan, baru rasa teringin beristeri lagi tu muncul kan.


kalau fikir-fikir balik, kalau jadi isteri pertama dan dimadukan, boleh dapat payung emas dan disayangi lebih. malah,boleh tempuh susah payah bersama. untungnya jadi isteri pertama. kalau bukan jadi isteri pertama, anda boleh dibuang bila tidak diperlukan.


pendapat anda? mahu menjadi isteri pertama atau merampas kedudukan isteri pertama atau jadi saja yang kedua, ketiga dan keempat?




*gambar hiasan yang
oopps, terupload!*

0 who cares:

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)