yang sedang membaca ni, ada blog tak?
kenapa kau tulis blog? adakah sebab-sebab di bawah?
Cerita Peribadikau cite yang kau buat apa seharian.
cite yang kau makan, jalan-jalan, tengok wayang, kerja kau, mood kau, sakit kau dan segala hal tentang kau yang kau anggap orang lain nak tau.
Cerita Familykau cite tentang keluarga kau.
cite kakak kau kawen, kau baru dapat anak buah, nenek sakit dan segala lagi lah yang kau rasa orang nak berkenalan jugak dengan keluarga kau.
Cerita Kawan-kawankau cite kau sayang kawan kau, kau marah, benci dengan kawan kau. cite yang korang hangout sama-sama dan segala lagi yang kau rasa macam kau sorang ada bff.
Cerita Cintakau cite kau sayang rindu dekat kekasih kau. cite yang ibu bapa dah kenal dan restu, cite kau dating, cite apa yang kau dapat masa birthday, impian kau dan dia, dan segala bagai lagi yang kau rasa sweet bila orang lain baca atau kau rasa memang itulah jodoh kau nanti. ada juga yang cite pasal putus cinta. yang lelaki tidak adil, yang perempuan tidak bijak.
Cerita Kahwinkau cite tentang suami dan family kau. cite apa yang kau buat dengan suami dan anak-anak. cite betapa bahgia kau dengan family, cite bergaduh manja dan segala bagai lagi yang kau rasa boleh share dengan orang lain.
Cerita Perjalanan Kahwinkau cite tips-tips nak berkahwin dari hujung rambut ke hujung kaki, dari mula merisik hingga majlis bertandang selepas perkahwinan, cite tentang door gifts, baju nikah, baju bersanding, pelamin dan segala yang kau rasa boleh jadikan petua pada orang lain yang bakal berkahwin pula.
Cerita Jual-Belikau cite barangan yang kau jual. cite segala yang kau jual untuk tarik perhatian orang lain untuk membeli yang kau rasa dapat bantu orang membeli dengan lebih mudah.
Cerita Lain-lainkau cite review filem @ tv yang kau suka, kau cite tentang pandangan tentang sesuatu yang penting untuk dikongsi, kau cite gosip-gosip artis dan segala hal lagi yang kau rasa orang lain excited nak baca.
kenapa tulis blog?
tulis blog sebab semua cerita seronok diluahkan tanpa perlu bercakap..
dan oyyes, lala suka baca semua jenis cerita-cerita kat atas ni.