BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 14, 2011

Short update sebab bosan giler

cake seperti gambar di bawah,
sedap!



ok.
gambar kat atas dah terupload lama giler.
tapi tak tau nak update apa.


boleh ke kalau nak kata dalam hati,
"bila nak dapat gambar kahwin aku ni?"

Wednesday, April 6, 2011

Bayi paling comel! (updated)

dulu, aku rasa anak sedara aku lah yang paling comel!
cakap lah apa pun, anak sedara aku yang sembilan orang tu jugak,
aku kata yang paling comel untuk aku!


tapi bila dah ada sikit naluri keIBUan ni, 
aku dah buat gambar budak kecik ni
as desktop background! HAHA


Mason Mun namanya!
berlakon dalam movie apa ntah.























mati-mati aku ingat baby ni baby girl.
dah tengok gambar terakhir ni,
baru tau baby boy!
so cuteeeeeee!




updated!
cari-cari kat Facebook,
rupenyer budak ni dah besor!




Monday, April 4, 2011

9 weeks ++!

arini 5 April.
ulangbulan ke-2!


tu semangat letak gambor suami sendiri bakar biskut.
gambor lama ni, baru seminggu kahwin ni,
semangat buat biskut untuk suami.

ok. sambung cerita.

Baby's condition
sekarang dah nak masuk 10 minggu. kahwin baru 2 bulan, baby dah nak 10 minggu. korang kire ar sendiri. jangan fikir bukan-bukan. rezeki awal. alhamdullillah. aku suka. suami pun lagi ler suka. tunggu minggu ke 12 (3bulan) baru nak pegi checkup lagi. tengah fikir-fikir nak deliver kat mana. InsyaALLAH.


Mama's condition
kalau orang tanya, dah start muntah? 
aku jawab, takder muntah pun. Alhamdullillah.
ini juga dikira sebagai permainan minda. HAHA. padahal, pagi-pagi ada gak rase nak munnn tu!
dari apa yang aku belajar, perempuan pregnant ni banyak angin, jadi makanan yang berangin diharamkan sementara waktu. yang panas atau sejuk pun tak leh makan. pergh, macam-macam!
contoh ubi, pisang, teh, durian, nenas, sayur yang menjalar, nangka, pulut, jagung, rebung, pucuk paku. ish, macam -macam lah! google!

semua makanan ni boleh dimakan tapi dalam kuantiti yang maha sedikit oleh perempuan pregnant pada awal-awal ni. kalau elak terus, lagi bagus! pantang lah sikit sekarang. 
nanti bila baby dah besor (5++ bulan ke), pantang jugak. PANTANG TAK MAKAN!

kalau nak makan sesuatu, mesti call and tanya mak dulu.

selera makan masa tahap ni pun tak menentu. walaupun tak lalu makan dan berat agak menurun, aku tetap kena paksa makan. siang boleh lah telan nasi. malam, perut nak western ja! jangan gelak bila aku cite yang malam aku makan cornflakes + susu + strawberry! very mat salleh baby ni!
malam memang baby taknak nasi!


Mama's Health
Aku rasa yang masalah besar ialah ANGIN. bila angin, memang senang rasa nak muntah. doctor ada bagi ubat tahan muntah yang hanya perlu dimakan bila perlu. tapi aku rase sentiasa perlu. jadi, untuk elak muntah. ada tips yang aku dah buat dan kaji keberkesanannya sendiri.
Tips Kurangkan Rasa muntah
- Hisap gula-gula / Lollipop 
- Minum 100 Plus (air isotonik) seteguk dua (pastikan buang gasnya untuk lebih selamat, buka penutup semalaman)
- Minum Air masak banyak, at least 8 gelas sehari (ni aku tak lalu, munn air balik ada)
- Telan ubat tahan muntah!

tu yang aku selalu buat. aku tulis sebab berkesan!
aku kena pastikan lollipop atau gula-gula sentiasa ada dengan aku!

oh,yah. mama perlu start makan Acid Folic! doctor kata, "sebenarnya, when you planning to having a baby, you need to take Acid Folic" itu lebih bagus. so, mama-wannabe out there, watch out ha!
Acid Folic sangat penting untuk mengelakkan kecacatan bayi.

this is how the baby looks like, i guest!
cinonet, tapi cuteeeeee!


ok. aku nak post entri ni dulu. aku dah rasa mual tulis banyak-banyak. bai.

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)