BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

Nasi Kerabu 3 Dara

cara membuat Nasi Kerabu 3 Dara.
kenapa dipanggil sebegitu kerana 3 Dara yang buat.

Bahan-bahan:

pergi pasar tani pagi-pagi. dan sila dapatkan bahan-bahan seperti berikut.
amaran : semua sepatutnya hanya berjumlah RM30. kalau lebih, adalah kamu kena tipu tu.

1. 6 ekor ikan kembung
2. 1/2 ayam potong kecil (nak potong besar pun takper)
3. bawang merah
4. halia
5. serai
6. lengkuas
7. daun samak (tapi kami tukar dengan pucuk udang)
8. daun kesum
9. bunga kantan
10. lada hitam + cili api
11. kelapa parut sebelah (putih sahaja)
12. kelapa parut sebiji (campur putih hitam pun takper)
13. santan
14. limau nipis
15. cili hijau yang lagi besar lagi bagus
16. budu botol kecil (yang botol kecil lah sedap, kata chef (kak akma)
17. telur masin + telur
18. periuk, kuali
19. 3 dara (paling penting)


kenapa tak diletakkan exact amount of bahan-bahan tu,
sebab masak guna hati, lagi trill.



jadi, mari mengembara bersama 3 dara.



ikan kembung tu dah fresh dari pasar, terus rebus jalah. lagi sedap.
lihat. direbus dengan bawang dan garam. lagi best kalau ada asam gelugur.
pergi cari eh. kitorang lupa nak beli.






ayam pula mintak abang kat pasar tu potong kalau malas nak buat kat umah.
just peram dengan kunyit hidup saja.
buh dalam peti ais.
kalau ada resepi sendiri, boleh buat.
ayam tu, perap dengan (sos tiram, bawang merah + bawang putih yang ditumbuk) pun best.

lepas tu, boleh kemas rumah, tido tengahari 2 jam.





dalam jam 4.30, dah boleh mula start buat Nasi Kerabu ni ye.
masak nasi macam biasa. yang luar biasa ialah campurkan pewarna.
disebabkan warna biru takder, kami pilih kuning.
tak effect apa pun, warna merah pun boleh.






kalau rasa tak puas hati, buh lagi pewarna tu.
ikotlah, kan kite buat sendiri, bukan nak buat jual.
kalau nak buat jual pun, mesti laku.
warna lain dari yang lain ho!








ikan yang direbus tadi, kita amik isi ja eh.
tulang boleh buang.
*tangan chef*







ha, ini isi ikan yang dah diasingkan tadi.







isi ikan tadi ditumbuk.
*tangan chef*









tada. hasilnya. isi ikan yang dah ditumbuk.
oh,yah! isi ikan ni akan digunakan untuk buat kerabu dan solok lada.







sementara chef tengah tumbuk isi ikan, boleh lah goreng kelapa.
ini guna kelapa yang campur putih hitam tu.
sentiasa kacau kat kuali. takot hangit.
chef tumbuk isi ikan, pembantu chef kacau kelapa, lagi sorang tangkap gambar.
kami sangat bekerjasama *gelak*







seterusnya, tumbuk bawang merah, lengkuas dan serai.
ramuan ini untuk kerabu ye.
kena tumbuk sampai lumat selumatnya.
*tangan chef*







sambil itu, pembantu chef perlulah menghiris pucuk udang, daun kesum dan bunga kantan.
kena hiris halus-halus, kata chef.







macam ni.
kena lipat, lipat dan potong.
boleh imagine tak?







kelapa yang dah digoreng tadi, dah boleh angkat bila garing.
kelapa ni untuk kerabu.








tumbuk cili api lak.
perah limau nipis kat cili api yang ditumbuk tu.
*tangan chef*







sekarang boleh start buat kerabu.
campurkan kelapa yang digoreng, (bawang merah + lengkuas + serai) yang ditumbuk, (cili api + limau nipis) yang ditumbuk dalam bekas.
dan buh jugak isi ikan tadi.
*tangan dan seluar chef*








(pucuk udang + daun kesum + bunga kantan) yang dihiris tadi digaul.
*ha, ini tangan lala, tangan lala*







masukkan hirisan daun-daun tadi dalam bekas yang
macam-macam benda kita gaul tadi.







sekarang kita buat solok lada pula na.
tumbuk bawang merah + halia + lada hitam sampai lumat.
*tangan gzehans*







sambil chef menggaulkan isi ikan bersama (bawang merah + halia + lada hitam) yang ditumbuk tu, telur dan kelapa putih sahaja, gzehans pulak perah santan. boleh ja nak beli santan siap-siap. tapi ni, fresh punya.
*tangan chef dan gzehans*








isi ikan yang digaul-gaul tu, boleh lah dimasukkan dalam cili hijau.
tu sebab lagi best kalau dapat cili hijau yang besar, sebab akan dapat banyak isi.
*tangan chef*







letakkan solok lada tu satu persatu macam ni.
letakkan santan jugak. dan garam sikit, gula sikit.
letak satu satu macam ni, supaya santan tu nanti boleh serap
dalam solok tu dengan ratanya.
jadi jangan letak solok bertindih pulak.








ha, hasilnya begini.
dapat bayang betapa lemaknya.
*leleh*






boleh goreng ayam yang diperap tadi.






lepas tu, amik nasi yang dah siap tu.
*tangan chef*







hidangkan atas lantai (sebab banyak sangat benda),
bersama telur masin dan budu (yang diperah limau nipis dan dipotong lada)
*tangan chef*

oh, ada terselit gambar cokodok hangit.
cokodok pisang.
lagi hangit lagi sedap tahu?





telur masin.







Nasi Kerabu 3 Dara.
pastikan anda makan bila azan berkumandang (bulan puasa saja)



sangat puas hati!

terima kasih kak akma sebab ajar kami masak.
terharu!terharu!
dan tangan kak akma paling banyak.


p/s : maaf. entri panjang lagi.

oh, kalau tak paham, atau perlukan maklumat lanjut, sila hubungi chef.

2 who cares:

rosesderoja said...

sedapnyer...bila lala nak masak sepenuhnya.?.nak merasa air tangan lala

Lala said...

kak ros: nasi kerabu ni pun lala masak tau!hehe

ada rezeki, ada lah nasi kerabu!heh

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)