BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

Hadiah Birthday Lala!


mood menaip tengah ada.
dan rasa menunjuk pun ada sikit.


ala, just nak sharing all the birthday present yang lala dapat this year.
my best year.




yang pertama dan bakal mencairkan mulut anda ialah
merupakan sebuah kek seberat 2.1 kg from Secret Recipe
dihadiahkan pada lala oleh en shahril sempena birthday (08.08.10)
sedap tahu? kek coklat yang cair di mulut.
wing boleh makan, ekor boleh makan, mata pun boleh makan.
bekas plastik kat luar tu ja tak boleh makan.






kita mula dengan kad birthday.
ini dari kak akma.
tiap tahun kak akma tidak pernah terlepas bagi lala kad birthday.
pasti kata-kata kak akma akan naikkan semangat lala sentiasa.






ini pula dari gzehans.
tulisan kau buruk, gzehans!
*gelak*







ha, ni hadiah dari Biro Penerbitan.
lala menang peraduan Kuiz Word Search Deluxe.
no 1 we!
peraduan rasenya dah berzaman lala masuk, ingatkan kalah.
rupanya dapat no 1.
dan bukan dapat air 100 plus ye. tapi dapat RM30.
dalam air tin ni ada 150 keping duet 20sen.
tidak ke jadi RM30.00?
*dalam tu dah takder airnye, paham?






ni hadiah pertama lala dapat.
dari nurazlin amir.
shawl buatan nurazlin sendiri.
wah..terharu bangat.
sebab lala dah tempah suh alin buatkan, sekali alin bagi sebagai hadiah!
*air mata bertakung*





ini dari puteri.
beg dalam beg.
dalam beg kecil ni ada beg besar yang bercorak comey jugak.
beg diimport dari indonesia, tahu?







ni dari MQA.
memang semua orang pun dapat bila birthday.
tahun ni dapat jam dan notepad.
nampak tak ada notepad tu terselit sikit gambarnya kat tepi atas kiri?







seterusnya ialah dari Jia.
ada frame gambar dan tempat letak pensil.
comey lah.
sweet lah jia ni. selalu ingat lala!







toing!toing!
ini hadiah dari gzehans.
kalau namanya hommies, kad itu wajib.
hadiah itu sunat.
maka, gzehans bagi juga hadiah kat lala.
*gelak lagi*
tabung hello kitty tau!
jeleslah puteri.








kak akma bagi lala hadiah tahun ni!
lala dapat handbag!
weeee...sukanye!







ha, en shahril pun pastilah bagi hadiah untuk lala.
lala dapat Samsung!
*tidak perlu guna tangan lagi*
besar hadiah lala tahun ni.
agaknya dapat washing machine ni sebab en shahril risau bila lala
ngadu yang tangan dah kasar kena basuh baju dengan tangan kot.
*pengaduan sukses!sukses!*







dan hadiah paling besar lala dapat pula ialah,
Mohd Shahril Samad!
*gelak*
my fiance!



terima kasih kepada :
1. yang wish happy birthday kat lala
2. yang beri hadiah kat lala
3. yang dapat Bertunang Day lala yang merangkap Hari Lahir Day.

*senyum lebar-lebar*



3 who cares:

Shahira said...

peh?
mesin basuh?
hihi untuk kegunaan masa depan ek?
tahniah sb da jadi tunangan org.
pastu happy belated bday ye cik lala.
:D

Roy Roches said...

wow de best gift ever
riri doakan lala bahagia k...
doakn riri gaks...
:)

Lala said...

sha: best! en tunang kata, boleh guna bila kawen nnt. hehe


riri: thanks! baek akan doa jugak!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)