BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 8, 2010

cara-cara melawan kesepian.

senang sahaja.
cara-cara melawan kesepian dengan melihat gambar-gambar yang boleh buat anda senyum seindah-indahnya, tapi masih kena buat muka ketat untuk mengelakkan bos nampak anda tersenyum-senyum depan PC bila bos lalu.


























Thursday, March 4, 2010

mengantuk lah pulak!

merujuk kepada perkara di atas,
draft sebenarnya bertajuk "terasa jatuh cinta"
tapi dah tak jadi tulis.

dan jadi benda lain.
sebab.
mengantuk.












semua pasal tengok benda di bawah ini.
dari tengahari.
ke petang.
ke 1230 mlm.




support CARLO from RED TEAM.
yeeehhaaaa.
mari kita lihat siapa pemenang The Biggest Loser Asia yang pertama!

Wednesday, March 3, 2010

susah sangat ke rasa putus cinta?

walaupun pada dasarnya nampak biasa,
kadang-kadang orang yang putus cinta ni,
pandai menyembunyikan perasaan kan.




ada juga yang memang terpancar sinar kekecewaan di muka.

ok.
ini bukan kisah lala.
kisah orang lain.

kalau putus cinta ja,mesti nak sedih-sedih.nak meraung-raung.yang paling best, baru nak menyesal, kan?

katakan sudah bercinta dalam 2 tahun. ok lah, 2 bulan. pastu putus. pastu akan keluarlah ayat-ayat emo yang konon dapat melegakan hati. pelbagai lagu atau puisi atau kata pendorong dan konon (sekali lagi konon) dapat menguatkan semangat.

susah ya rasa putus cinta? berat ya rasa sedih? penat ya rasa sendiri?

nak ulang masa pasti mustahil. nak kembali pada si dia pasti lah ego perlu dijaga.
macam mana kalau salah sendiri?boleh menyesal dan meraung-raung.
macam mana kalau salah si dia?boleh marah dan maki hamun si dia.

tapi perlu ke semua tu?tak boleh ke ambil yang positif?tak boleh ke ambil yang indah?

lebih baik beri masa pada diri sendiri dan si dia.
kalau sekarang rasa sakit, rasa bahagia akan dibayar setimpal di kemudian harinya.
janganlah terfikir nak cari pengganti. lagi penat hati sendiri nanti.

tak susah kalau putus cinta, tahu?
yang penting, belajar untuk senangkan hati.

siapa kata lala tak pernah putus cinta?hampir 2 tahun baru boleh terima yang lain.sekarang, bahagia itu 23 kali ganda (23 dipilih berdasarkan no kegemaran).

p/s : hey, princess! saya tahu awak sedang membaca. iya, entri ini untuk anda! love you. muah-muah!bahagiakan diri sendiri dahulu.

Tuesday, March 2, 2010

sudah besar lagi.

semalam hari lahir Dedek
NURIN FATIHAH.




dedek yang di sebelah kanan itu.




selamat hari lahir dedek.
yang ke 5!


al-kisah dedek ni,
dia sangat banyak idea untuk mengelak atau mempertahankan diri.
pandai bercakap juga orang nye.

al-kisah 1.

Hazilina : dedek, baca ABC. mama nak dengar.
Dedek : B C D E F G, H I J
Hazilina : Hai, maner A?
Dedek : A takder lah mama. betul mama. cikgu kata A takder dah. betul mama.
Hazilina : terdiam.


al-kisah 2.

Hazilina : Dedek, maner keje sekolah kamu?kan nak hantar esok.
Dedek : Tak jumpa lah mama. Dedek dah cari, tapi tak jumpa.
Hazilina : abis tu, macam mane ni?
Dedek : Kalau macam tu, Dedek kena cuti panjang lah.
Hazilina : terdiam lagi.

al-kisah 3.

Entah apa yang dibualkan antara Dedek dan Nurin,
Dedek datang ke arah maksu dan lelaki itu,
dan berkata,
Dedek : Maksu, betul ke kakak kata maksu nak kahwin dengan laki ni?
Maksu : a'ah, tak boleh?
Dedek : hehehe. Boleh.
dan terus malu.

coffee of love

malam-malam macam ni, rasa kepingin ais lak.




sedap juga kalau dapat minum coffee ais.
favorite!

berita terkini: tahu tak macam mana nak tulis kata-kata yang panjang untuk kata yang kita sangat-sangat bahagia.
tak tertulis lah!

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)