BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label gembira. Show all posts
Showing posts with label gembira. Show all posts

Wednesday, October 27, 2010

Dulu pun ada Facebook ke?

dapat emel dari budak-budak office,
dan lala gelak depan PC.
sekarang, turn korang.
amaran: klik kasi besar, kasi nampak.


ini lagi satu.

Friday, October 8, 2010

Menikmati Senyap






lama tak menaip kat blog ini.
selalu sangat takder mood.
ntah cite apa nak cite.


hey, tahu tak?
arini cukup 2 bulan cik lala dan en shahril bertunang.
tinggal 3 bulan 4 minggu ja tinggal nak kahwin.
dan mulai semalam juga, dah start gelabah apa nak buat dulu.


orang lain banyak bagi pandangan untuk apa nak dibuat.
wah, stress!
tapi takper, dengan adanya en mohd shahril, cik lala yakin pasti dapat tempuh!
*macam iklan mustajab dah bunyinya*



Thursday, August 19, 2010

Hadiah Birthday Lala!


mood menaip tengah ada.
dan rasa menunjuk pun ada sikit.


ala, just nak sharing all the birthday present yang lala dapat this year.
my best year.




yang pertama dan bakal mencairkan mulut anda ialah
merupakan sebuah kek seberat 2.1 kg from Secret Recipe
dihadiahkan pada lala oleh en shahril sempena birthday (08.08.10)
sedap tahu? kek coklat yang cair di mulut.
wing boleh makan, ekor boleh makan, mata pun boleh makan.
bekas plastik kat luar tu ja tak boleh makan.






kita mula dengan kad birthday.
ini dari kak akma.
tiap tahun kak akma tidak pernah terlepas bagi lala kad birthday.
pasti kata-kata kak akma akan naikkan semangat lala sentiasa.






ini pula dari gzehans.
tulisan kau buruk, gzehans!
*gelak*







ha, ni hadiah dari Biro Penerbitan.
lala menang peraduan Kuiz Word Search Deluxe.
no 1 we!
peraduan rasenya dah berzaman lala masuk, ingatkan kalah.
rupanya dapat no 1.
dan bukan dapat air 100 plus ye. tapi dapat RM30.
dalam air tin ni ada 150 keping duet 20sen.
tidak ke jadi RM30.00?
*dalam tu dah takder airnye, paham?






ni hadiah pertama lala dapat.
dari nurazlin amir.
shawl buatan nurazlin sendiri.
wah..terharu bangat.
sebab lala dah tempah suh alin buatkan, sekali alin bagi sebagai hadiah!
*air mata bertakung*





ini dari puteri.
beg dalam beg.
dalam beg kecil ni ada beg besar yang bercorak comey jugak.
beg diimport dari indonesia, tahu?







ni dari MQA.
memang semua orang pun dapat bila birthday.
tahun ni dapat jam dan notepad.
nampak tak ada notepad tu terselit sikit gambarnya kat tepi atas kiri?







seterusnya ialah dari Jia.
ada frame gambar dan tempat letak pensil.
comey lah.
sweet lah jia ni. selalu ingat lala!







toing!toing!
ini hadiah dari gzehans.
kalau namanya hommies, kad itu wajib.
hadiah itu sunat.
maka, gzehans bagi juga hadiah kat lala.
*gelak lagi*
tabung hello kitty tau!
jeleslah puteri.








kak akma bagi lala hadiah tahun ni!
lala dapat handbag!
weeee...sukanye!







ha, en shahril pun pastilah bagi hadiah untuk lala.
lala dapat Samsung!
*tidak perlu guna tangan lagi*
besar hadiah lala tahun ni.
agaknya dapat washing machine ni sebab en shahril risau bila lala
ngadu yang tangan dah kasar kena basuh baju dengan tangan kot.
*pengaduan sukses!sukses!*







dan hadiah paling besar lala dapat pula ialah,
Mohd Shahril Samad!
*gelak*
my fiance!



terima kasih kepada :
1. yang wish happy birthday kat lala
2. yang beri hadiah kat lala
3. yang dapat Bertunang Day lala yang merangkap Hari Lahir Day.

*senyum lebar-lebar*



Sambutan birthday bersama terakhir ke?

masa Bday kak akma yang lalu,
kami pergi makan dekat Kunang-kunang Restaurant.
ni gzehans punya idea.
dan kak akma kena ikot saja.
sebab dia Bday girl.




best jugak makan kat sini.
siap berparkin.
macam berada dalam mini garden.
walaupun waktu ada promosi buffet, kami tetap pilih western food.
*gedix*
supaya nanti budak kecik lalu kat sebelah meja kami, boleh jerit
"mama, ada tiga orang mat salleh* - slang macam dalam iklan astro HD Messi dan Lampard.




disebabkan lala yang bayor, maka lala yang order, paham?
*muka serius nak pilih appetizer, makan, minum dan desert*
sampai desert order, macam fine dining.
tamak.
padahal terang-terang kek secret recipe (yang gzehans beli) tu pun banyak dah.








gambar tumpang dengan hadiah Bday girl.
hadiah ni untuk kak akma.
akan direveal sebentar lagi.
jangan kemana-mana dan teruskan membaca, paham?






jadi, sementara tunggu makanan sampai,
upacara nyanyi lagu dan bukak hadiah lah.





berdebar tak? berdebar tak?








kak akma dah tutup muka bila nampak hadiah apa.
walaupun kotak kasut, lala siap-siap kata, jangan expect kasut.
sebab tiap-tiap tahun pun hadiah untuk kak akma, lala guna kotak kasut.






tapi tahun ni, kak akma betul-betul dapat kasut!
yay!
kak akma terharu!
oyyes! sangat puas hati.
act, lala beli kasut tu petang sebelum nak pegi makan dekat klcc.
kelam kabut dan mencari masa untuk mencari hadiah kak akma.
and i know she loved shoes very much now.





dah. time makan lak!
lapor!






kami order semua western food, tahu?
kak akma dah gelojoh.
tapi lamb rack kak akma kena bawak balik, sebab banyak sangat.






ini appetizer.
fried calamari.
class nama, padahal sotong goreng tepung ja.
dan tidak recommend sangat,sebab kat gerai tepi jalan lagi sedap
*oops, celupar*








ini air lala order.
rose fruit juice.
dan sangat-sangat recommended.
ini baru best, baru berbaloi abiskan duet.






Bday girl.
sorry eh, baru nak tampal gambar-gambar kita kat sini.
sibuk nak tunang.
*alasan riak*





ok.ok.
tampal gambar gzehans jugak.
sebab gambar dia, ada desert kami iaitu blue milk jelly ape ntah.
dah lupa, tu pun tengok resit.






ini resitnya.
bukan nak tunjuk bil, tapi menu kami.
*double meaning*






yang penting, kak akma sangat puas hati.
dia first time makan chocolate indulgence.
*gambar blur, sengaja lagi*





ha, gambar cantek kamu!





gambar pahape kami.





dan ini yang terakhir.


hope ini bukan yang terakhir kita sambut birthday kamu eh, kak akma!

Tuesday, March 2, 2010

coffee of love

malam-malam macam ni, rasa kepingin ais lak.




sedap juga kalau dapat minum coffee ais.
favorite!

berita terkini: tahu tak macam mana nak tulis kata-kata yang panjang untuk kata yang kita sangat-sangat bahagia.
tak tertulis lah!

Tuesday, February 9, 2010

kalau gembira, buat apa?



kalau anda gembira,
TEPUK TANGAN.

clap, clap, clap!

kalau anda gembira,
TEPUK TANGAN.

clap, clap, clap!

kalau anda gembira,
beginilah caranya,
kalau anda gembira,



clap, clap, clap!
YEAH!


Thursday, December 31, 2009

pendidikan itu penting.



pendidikan itu penting.
mak selalu cakap kena belajar sampai PhD.
dengan syarat, KALAU BOLEH.
tiada paksaan.


masa kecik dulu, jangan harap nak ponteng kelas.
ponteng kelas dalam mimpi pun kena marah.
mak suruh pegi tuntut ilmu sebab dulu mak tak berkesempatan belajar.
belajar sampai darjah enam.
pastu atuk tak bagi mak belajar dah.
takder duit.
family kami pun susah.
mana ader duit sendiri nak belajar.
semuanya duit kerajaan.
jadi dah ada kemudahan, mak suruh belajar sampai Degree.
sekurang-kurangnya.
mungkin disebabkan along lelaki dalam family,
dan sangat lah bersemangat belajar,
sampai kini,
sekarang along tengah buat PhD.
bangga.
buat PhD sebab minat belajar.
bangga lagi.

kakma lak lain.
dia kata sampai degree ja.
dia dah tak lalu nak pegi belajar.
disebabkan family kami selalu berpindah randah dulu,
maka pelajaran kakma selalu terganggu.
maklum lah kakak sulung, selalu kene jaga adik-adik.
dari diploma, kerja 2tahun, dan sambung degree.
dan dalam-dalam menyumpah taknak belajar dah,
kakma kene mengajar lak.
sekarang ajar Sains kat sekolah menengah.


kaknit untung.
dari degree, dapat sambung master.
sebab dia lecturer.
sekarang pun sambung PhD, atas tanggungan Universiti.
best betul.
betul-betul rezeki dia.


kak intan paling bijak dalam family.
tapi dia sambung sampai degree ja.
sebab dia banyak penyakit.
jantung lemah.
jangan risau.
dia memang banyak alasan sikit.


lala pulak sampai degree gak.
entri ini ditulis sebab terfikir dan terasa macam nak sambung Master.
dan pasti seronok dapat jadi Dr. Hasila.
satu hari nanti,
pasti.
sekurang-kurangnya Master.
selain itu, entri ini ditulis kerana sekolah dah nak bukak.
IPTA dan IPTS pun dah nak mula semester baru.
maka, sebagai penjawat awam yang berkecimpung dalam bidang pendidikan,
dan memegang kata-kata mak yang juga berpendapat pendidikan itu penting,
lala menanam semangat baru bagi tahun 2009,
untuk terus memastikan kualiti pendidikan negara terjamin.

sekarang mak lala akan bising pada cucu-cucu dia yang malas
nak pegi tadika.haha


lala gelong!


eh,lupe.


selamat hari lahir ayahanda.
En Sapiri Hasim.
ke 62!


tahu tak?tahu tak?
kebetulan hari lahir ayahanda si jejaka pun 1 januari.
ke 60!
selamat hari lahir juga ye!

Sunday, December 6, 2009

hey NATRAH, hey REMY ISHAK

ini pengalaman kedua tengok teater di IB.
of coz best.
kalau dulu disponsor oleh Datuk S, kini duit tiket dikeluarkan sendiri.

ok jugak cerita NATRAH ni.
kalau nak tahu sinopsis cerita, boleh tengok sini.
pendek sikit entri lala.hehe

dan macam mane pulak perkenalan lala dan REMY ISHAK?
mulanya, cerita AWAN DANIA.
REMY tak menarik pun.
keduanya, SINDARELA.
pun lala rase REMY tak berapa menarik.
tapi boleh juga suka sikit.
cuma waktu tu, lala lebih suka BRONT.
dan seterusnya, pasti lah NUR KASIH.
menjadi ADAM HASSAN dalam cerita arahan KHABIR tu sangatlah best.
lala rasa orang lain pun cam tu.
lala rasa PEREMPUAN lain pun cam tu.
tengok aja yang mintak tandatangan REMY,
semuanya PEREMPUAN.
eh, lala tak termasuk eh.
menjadi yang excited nak tangkap gambar dan intai-intai REMY sahaja.
serius katakan, nak tengok NATRAH ni sebab REMY ISHAK semata-mata.
tapi fun jugak.
sangat puas hati dapat tengok REMY dekat.


oh yah!
tepukan untuk EIRMA FATIMA.
tepukan untuk REMY ISHAK.
tepukan untuk MAYA KARIN, UMIE AIDA dan SOFIA JANE.
dan yang lain-lain.

ok, disertakan gambar-gambar di sekitar aktiviti kami menonton NATRAH.

*excited dah dapat tiket*
mari kejar REMY ISHAK.



*kami dan kami*




*saya dan natrah duk jauh sikit*
nama hommies lala sorang ni, namanya NATRAH juga.


*kan best kalau kita dapat tempat best sikit*

*bravo-bravo*



*hanya dapat pegang tuan punyer badan kat poster sahaja*


awak..foundation awak tebal.
tapi takper, saya memahami.awak memerlukannya.


*remy ishak a.k.a Mansur Adabi*


*mari makan*



*oops, order dulu*

sangat seronok hari jummat lala.
dari keje separuh hari.
tengok NEW MOON dengan puteri.
tengok NATRAH dengan hommies.
balik jam 1pg.
tido.

BULAN BARU

ok.
lala tengok dengan puteri afidah ler.
tau macam maner la ajak puteri tengok?
sepatutnya puteri pergi gunting rambut dengan kaksu aritu.

message dihantar oleh puteri kepada kaksu.
'kaksu, esk xjd lh nk ptong rmbt..lala mintak tman tgk wayg lak..
dia kata dia sendiri, tak berteman, xd sape syg dia dh..
jd, ats dsar syg jg kat lala, puteri teman lala esk.
oh, ni msg dtaip oleh lala'





*enlarge gambar*
dan baca luahan edward.
jiwang kan?jiwang kan?

i'm in TEAM EDWARD.
haha

Thursday, December 3, 2009

dengan siapa patut tengok NEW MOON

ada dua tiket NEW MOON.
hey, SIAPA-SIAPA.
jom teman lala tengok!



nantikan siapakah insan bertuah itu in the next entri.
pada siapa yang tahu dengan siapa lala tengok NEW MOON,
sila jangan komen lagi.
biarkan rahsia sekejap.

Wednesday, December 2, 2009

the secret that cannot be told

Follow the notes upon a journey
At first sight marks one's destiny
Once the vojage comes to an end
Return lies within hasty keys


1. tajuk entri merupakan sebuah lagu dalam filem SECRET.directed by Jay Chou.
2. qoute di atas merupakan kata-kata yang menerangkan bahawa satu rhythm boleh bawa kita ke suatu 'destiny'

sangat mengujakan juga kalau dapat mengembara ke masa hadapan, bertemu dengan bakal kekasih hati kan?

macam filem SECRET ni pula, hanya Ye XiangLun nampak LuXiao Yu.
YeXiangLun - played by Jay Chou.
LuXiao Yu - played by Kwai Lun-Mei
(maklumat hanya digoogle)


kalau nak tengok movie ni, boleh pinjam dengan Nooriha.
dia ada DVD original.
tengok dah movie ni.
menarik.
rugi tak tengok.

ok.
kembali kepada khayalan.
kalau lala boleh jumpe bakal kekasih,
lala nak bagitahu yang lala akan tunggu KAMU.
jiwang.
blahlah hasila.
tapi ini serius.
kalau betul lala jumpa, lala nak KAMU tahu,
yang lala nak jadi CINTA terakhir KAMU,
dan KAMU akan jadi CINTA terakhir LALA.

betul kata seorang sahabat,
"WAITING FEEL IS FINE"

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)