BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Day 03 - A picture of you and your friends


tiba-tiba semangat nak sambung balik challenge ni
walaupun dah tak jadi 30 days challenge,
sekarang jadi "bila-bila free aku buat" challenge!


sepatutnya 'A pictures'
tapi dah jadi 'Pictures' sebab nak berlaku adil dengan kawan-kawan.
*wee*



gambar ini yang sepatutnya menjadi A Picture.
Puteri, Irma, Lala, Aifa, Caca
ke Majlis Berkahwin Alin.







pasti Alin tak puas hati kalau takder gambar dia.
kan Majlis dia.






haip, kalau gambar Alin ada,
gambar Nadia wajib lah ada.



Macam baru semalam pegi Johor,
sekarang lagi 1 bulan, 2 minggu untuk mereka-mereka ini datang Ipoh lak.

Monday, July 19, 2010

Entri Lapuk


entri lapuk.
sebab kenduri kawen sepupu Abg Saiful
dah hampir sebulan.

sorry sorry na, lala terlalu banyak benda kena settle.
ya, lala juga sedang memberi alasan kenapa jarang bukak di sini.
ngee!


wedding yang sangat simple
dekat kepong
buat kat masjid ja
pergi dengan family lala
dan hommies kesayangan, Nur Akhmal


pembukaan entri dengan gambar
cik punya blog.


*baju tahun lepas baru nak pakai,
sebab baru muat*




*nur akhmal dengan eryna dan hana*




*eryna yang asyik nak berdukung dengan maksu!*




*hasil tangkapan dari tangan hana*




*eryna yang manja*
maksu dah cayang manja dengan eryna sebab
eryna dah ngam dengan maksu!




*gambar kami*




*ini sepupu kesayangan ho, norazam afazli!*
oh, yah! congrats, kamu sudah bertunang!
tunggu lala punya turn lak!



dan akhirnya gambar yang sepatutnya paling penting,
gambar abg saiful dan wifey nya..~
congrats, abg saiful!





p/s: makin handsome tengok abg saiful nih!


Thursday, March 4, 2010

mengantuk lah pulak!

merujuk kepada perkara di atas,
draft sebenarnya bertajuk "terasa jatuh cinta"
tapi dah tak jadi tulis.

dan jadi benda lain.
sebab.
mengantuk.












semua pasal tengok benda di bawah ini.
dari tengahari.
ke petang.
ke 1230 mlm.




support CARLO from RED TEAM.
yeeehhaaaa.
mari kita lihat siapa pemenang The Biggest Loser Asia yang pertama!

Wednesday, February 24, 2010

asyik-asyik GLEE.


memang pun!
macam orang lain punyer blog, yang ada komen GLEE,
yang sangat fun,
kat star world semalam,
ada competition between girls and boys in the glee club.
compete to perform a mix-up two songs
and totally blowned away!
boys = it's my life + confession.
girls = halo + walking on sunshine.

tau tak? memang best giler!
even they're under drug's control while performing.

oh, rabu depan!
cepat datang.
menunggu dan dapat menonton, sangat puas.

Sunday, December 27, 2009

SHERLOCK HOLMES lagi best dari AVATAR


rase macam dah malas nak luah apa-apa.
disebabkan ada SILENT READER yang cuba menurunkan ego
dan menaikkan rase kurang senang,
mulai SAAT ini, HASILA tidak mahu berkata apa-apa.
kalau nak tulis macam-macam di ruang-ruang tertentu
kononnya PERLIAN,
yang KONONNYA satu ayat universal tapi directly ditujukan,
SILAKAN.
Dan,
TERUSKAN.



Oyah!

Nak cerita tentang SHERLOCK HOLMES
Dan DR. JOHN WATSON.
Mereka sangat menghiburkan.
Sorry dengan tajuk.
Mestilah SHERLOCK HOLMES lagi best,
Sebab lala tak tengok lagi AVATAR.
Lagipun, terasa macam ramai sangat yang berebut nak menonton.

Maka, kita redakan dengan movie SHERLOCK HOLMES.
yang turut menjadi rebutan sebenarnya.
lucky to get the uncollected ticket.
At least, pelakonnya adalah normal.
Tiada mata bulat, tiada berwajah pelik.
SHERLOCK HOLMES filem yang sangat memerlukan penggunaan otak.
Tapi serius, sangat mengujakan.
Sebab HOLMES sangat bijak.
Seram jugak kalau ada orang yang bijak,
Yang pandai menafsir dengan tepat.
jalan cerita sangat HEBAT.

thumbs up to Robert Downey Jr, Jude Law (nasib baik awak tak mati).
dan GUY RICHIE.

menonton bersama seseorang.
seseorang yang sangat menyenangkan.
cukup sampai di situ.

hey,
pergilah menonton SHERLOCK HOLMES.

Tuesday, December 22, 2009

berapa banyak kau dah abis?


entri kali ini.
nak sembang dengan blog sendiri.

la, kenapa kau abiskan banyak duet masa dapat gaji haritu?
giler lah ko ni.

799 for digital camera.(ala, orang lain semua berebut beli DSLR)
95 for baju PDI ( diskaun 20%, ok ape)
89.90 for converse (eleh, dapat murah sebab kaki kau saiz kanak-kanak, saiz 2)
59.90 for jeans (diskaun 50%, kene grab!)
60 for 3 pasang baju ( beli kat times square, best o)
25 for skirt labuh (apehal nak pakai skirt pulak, saja suka-suka)
25 for tudung (ini untuk mak)
yang lain, tak ingat dah.

sekarang kau fikir, kau nak makan apa bulan ni.

gambar di bawah menunjukkan satu-satunya gambar,
masa kami keluar hari tu.
oyah, iyha ada dalam fitting room belakang cermin ni.
dia cuba baju yang dia tak beli.


Sunday, December 6, 2009

hey NATRAH, hey REMY ISHAK

ini pengalaman kedua tengok teater di IB.
of coz best.
kalau dulu disponsor oleh Datuk S, kini duit tiket dikeluarkan sendiri.

ok jugak cerita NATRAH ni.
kalau nak tahu sinopsis cerita, boleh tengok sini.
pendek sikit entri lala.hehe

dan macam mane pulak perkenalan lala dan REMY ISHAK?
mulanya, cerita AWAN DANIA.
REMY tak menarik pun.
keduanya, SINDARELA.
pun lala rase REMY tak berapa menarik.
tapi boleh juga suka sikit.
cuma waktu tu, lala lebih suka BRONT.
dan seterusnya, pasti lah NUR KASIH.
menjadi ADAM HASSAN dalam cerita arahan KHABIR tu sangatlah best.
lala rasa orang lain pun cam tu.
lala rasa PEREMPUAN lain pun cam tu.
tengok aja yang mintak tandatangan REMY,
semuanya PEREMPUAN.
eh, lala tak termasuk eh.
menjadi yang excited nak tangkap gambar dan intai-intai REMY sahaja.
serius katakan, nak tengok NATRAH ni sebab REMY ISHAK semata-mata.
tapi fun jugak.
sangat puas hati dapat tengok REMY dekat.


oh yah!
tepukan untuk EIRMA FATIMA.
tepukan untuk REMY ISHAK.
tepukan untuk MAYA KARIN, UMIE AIDA dan SOFIA JANE.
dan yang lain-lain.

ok, disertakan gambar-gambar di sekitar aktiviti kami menonton NATRAH.

*excited dah dapat tiket*
mari kejar REMY ISHAK.



*kami dan kami*




*saya dan natrah duk jauh sikit*
nama hommies lala sorang ni, namanya NATRAH juga.


*kan best kalau kita dapat tempat best sikit*

*bravo-bravo*



*hanya dapat pegang tuan punyer badan kat poster sahaja*


awak..foundation awak tebal.
tapi takper, saya memahami.awak memerlukannya.


*remy ishak a.k.a Mansur Adabi*


*mari makan*



*oops, order dulu*

sangat seronok hari jummat lala.
dari keje separuh hari.
tengok NEW MOON dengan puteri.
tengok NATRAH dengan hommies.
balik jam 1pg.
tido.

BULAN BARU

ok.
lala tengok dengan puteri afidah ler.
tau macam maner la ajak puteri tengok?
sepatutnya puteri pergi gunting rambut dengan kaksu aritu.

message dihantar oleh puteri kepada kaksu.
'kaksu, esk xjd lh nk ptong rmbt..lala mintak tman tgk wayg lak..
dia kata dia sendiri, tak berteman, xd sape syg dia dh..
jd, ats dsar syg jg kat lala, puteri teman lala esk.
oh, ni msg dtaip oleh lala'





*enlarge gambar*
dan baca luahan edward.
jiwang kan?jiwang kan?

i'm in TEAM EDWARD.
haha

Thursday, December 3, 2009

dengan siapa patut tengok NEW MOON

ada dua tiket NEW MOON.
hey, SIAPA-SIAPA.
jom teman lala tengok!



nantikan siapakah insan bertuah itu in the next entri.
pada siapa yang tahu dengan siapa lala tengok NEW MOON,
sila jangan komen lagi.
biarkan rahsia sekejap.

Tuesday, December 1, 2009

percutian 4D4N termurah. sila rasa sangsi.

memanglah perlu rasa sangsi.
sebab percutian sempena Aidiladha atau AIDILzafuan zaquanADHA.
di Taman Meru 3C, Ipoh.

tiket keretapi ke ipoh : RM 22.00
choc untuk kanak-kanak di rumah : RM 7.90 X 9 = RM 55.30
CLEO dan air mineral : RM 7.00
bayaran tambahan ke Zoo Taiping : RM 20.00
potong rambut : RM 49.00
KFC : RM 28.20
monthly fee kepada ibu bapa : sorry, tidak dapat dikongsi.

maka, kesemua bernilai RM 181.50, tidak termasuk monthly fee tadi.

yang tak perlu bayar,

penginapan.
makan dan minum kecuali lala belanja.
tiket balik kl pun disponsor oleh kakak.

makan minum yang sangat sedap seperti,
ikan siakap goreng tiga rasa.
ikan siakap stim.
ayam goreng perap halia dan sos tiram.
laksam pada hari raya pertama.
ikan keli bakar.
pucuk paku masak lemak.
pucuk ubi dan sambal mempelam.
sup tulang.
dan.
teh tarik setiap masa.
tak kira pagi, tengahari, petang atau malam.
lala tetap minum yang berais.
habis!

tak kisah.
janji gembira.

*senyum banyak*
ibu bapa : seronok bercerita tentang kerjaya, cinta dan bakal kereta.
abang : seronok mendengar cerita tentang cinta juga.
kakak-kakak : seronok sangat-sangat bergosip-gosip. tentang macam-macam.
anak-anak menakan : seronok, mereka pandai menyelerakkan rumah dan maksu seronok mengemas hampir 4 kali sehari. terima kasih kamu semua.
handphone : seronok tanpa handphone berbunyi banyak-banyak kali. kalau bunyi pun, sorry kalau lala buat tak tahu.

semua nya PRICELESS.
PRICELESS.
sungguh.

nota kaki : entri kali ini tiada gambar, gambar kami hanya di Zoo Taiping.

Sunday, November 29, 2009

aku rindu kamu

sungguh!
aku betul-betul rindu kamu.
rindu nak tengok blog sendiri.
senyum.

hampir setiap hujung tahun, lala potong rambut.
jadi, semalam, potong rambut jugak.
untuk mengelakkan rasa menyesal kerana potong rambut pendek sangat,
this time hanya repair sikit ja.
mengambil keputusan untuk potong rambut di kedai melayu, itu adalah perubahan drastik.
ok, kita kena berubah kepada yang lebih baik.

komen-komen lala:
1. kakak tu tak tanya, lala nak belah rambut mana. patut tanya, mana tahu customer nak buat belah kiri lak.
2. pembantu kakak tu sangat lah membuat lala jerit dalam hati.
" oi, sakit lah rambut gua, lu tarik gitu!"
3. kakak tu kata lala tak percayakan orang melayu sebab lala terus terang taknak assistant dia potong rambut lala.panjang juga dia bebel.tak nak sokong orang melayu lah.apa punyer tuan kedai lah kata gitu.
4. kakak tu siap bising-bising dan umpat 'ca ya nun alif' sebab lala kata dulu 'ca ya nun alif' yang potongkan rambut lala. dia kata "patot lah buruk potongan rambot kamu dik!".terasa macam nak kuar terus dari kedai tu. takkan nak mengaku lala potong rambut sendiri. ca ya nun alif potong dulu lagi teruk. macam rambut Kristen Stewart dalam premier New Moon, tahu!tapi versi straight, tidak divolume ok.
5. dah siap potong, tak diletakkan pelembap pulak.haish!macam mana nih? apa lagi, sendiri ambik lah!lala sendiri bubuh kat rambut lala.

nasib baik lala boleh terima keadaan rambut lala bila kakak tu potong even servicenya sangat lah tidak puas hati!
oh.
lala beli pelembap rambut yang lala rasa agak wangi itu.
siapa kata lala tak sokong orang melayu.



*contoh rambut buruk dulu*

Sunday, November 22, 2009

apa hasilnya bila dah diet..

ini diet masa kini.
7 Days DETOX.
telah mencuba.
mari dan terus membaca!

DAY ONE
All fruits except bananas. Your first day will consists of all fruits you want. It is suggested you consume lost of watermelon and cantaloupe.

start ari sabtu.
tak terasa sangat sebab cuti.
buah-buahan nya ialah jambu, lai, pear.
wah, sungguh bersemangat!


DAY TWO
All vegetables. You are encouraged to eat until you are stuffed with all the new and cooked vegetables of your choice. There is no limit on the account or type. Avoid oil and coconut while cooking vegetables. Have large boiled potato for breakfast.

hari kedua dah main tipu sikit.
perlukan karbohidrat.
gila nak hidup dengan sayuran sahaja!

DAY THREE
Any mixture of fruits and vegetables of your choice. Any amount, any quantity. No bananas yet and No potatoes today.

lala rasa lala suka hari ketiga.
nice.
lala bawak bekal ke ofis.
buah lai, kiwi, jambu dan salad.

DAY FOUR
Bananas and milk. Today you will eat as many as 8 bananas and drink 3 glasses of milk. You can also have I bowl of vegetables soup.

excited untuk hari keempat.
sebab beli pisang pun kat avenue k, klcc!
tapi sangatlah penat arini!
perut berangin.cover dengan susu pun tak cukup.
tambah pulak petang nya, pegi tengok 2012.
bagaikan perut sakit dalam wayang.hilang konsentrasi.

DAY FIVE
Today is a feast day. You will eat 1 cup of rice. You also have to eat 6 whole tomatoes and drink 12 glasses of water today to cleanse your system of the excess uric acid you will be producing.

hari ni pun mencabar.
lala ganti dengan bihun sup.
pagi tu dah telan sebiji tomato.
ueeiiiww..!
macam dah tak larat nak teruskan.
sebenarnya nak putuskan, tapi diberi semangat oleh rakan-rakan sekerja.
huhuhu..lala, teruskan!


DAY SIX
Today is another all vegetables day. You must eat 1 cup of rice today and eat all the vegetables you want cooked and uncooked to your heart’s content.

still makan bihun sup.
malamnya, makan sup sayur.
ok, pagi nya, lala dah makan karipap goreng.
lala!anda langgar pantang!

DAY SEVEN
Today your food intake will consist of 1 cup rice, fruit juice and the vegetables you care to consume.

masih bihun sup.
giler boring.
buah-buahan.
tak tahan!!
itu sahaja yang saya mampu.
pagi nya, lala makan dua kuih berpulut.
hehe


kesimpulan: lala turun 2kg sahaja!
kalau betul-betul ikut 7days DETOX ini, sepatutnya anda hilang 5-6kg.
dengan syarat, ikot betul2 hari demi hari.
jangan luper minum air lebih kurang 8 gelas sehari.

selamat mencuba!

Saturday, November 14, 2009

maner lagi BORING?

hari minggu yang boring tapi dipenuhi dengan tidur!
sendiri bosan tengok facebook!
rasa macam nak pencen tengok facebook sekejap..
dua minggu ke, lapan minggu ke..



ok, memang tengah melayani misha omar!semoga abadi!
heeee...!



friendster?lagi lah..lama tak update!
ok, little miss spoiled, i get what i want!
maybe 'ya' untuk little miss spoiled..
tapi 'no' untuk i get what i want!


lebih baik, cuci muka, buh toner.
kira duit dalam tabung, sambil dengar lagu badarsila!
gila bahagia!

oh, lala dan kak akma bercakap mengenai seorang lelaki yang sangat
kami berebutkan untuk mimpi malam itu.
pagi-paginya, lelaki itu tidak berjaya masuk dalam mimpi siapa-siapa pun.
sangat memuaskan.

like!like!like!

Monday, November 2, 2009

ini bukan kisah nooriha che lah..

kan dah kata, ini bukan kisah nooriha che lah..bukan cerita gadis di atas ini..
gambar diambil hanya untuk memperbanyakkan koleksi muka comel dia..

apa yang kami buat hari sabtu!
tak perlu masak, tak tido tengahari, tak layari internet.



makan kenduri depan rumah.


sebelum memulakan perantauan hari sabtu
bagi mengelakkan perlu memasak pada hari cuti.
muka senyum dapat tunaikan kempunan makan nasi minyak.

perjalanan diteruskan pergi times square, untuk
penuhi permintaan bermain bowling.



boleh serius sikit tak, maner kasut bowling?



ok, dah bersedia!



gaya sangat menyakinkan!
ambil feel untuk menikmati strike!



erk!
boleh bayangkan sakitnya lane bowling tu
bila kak akma menghempaskan bola?



gaya macam terror.
bola macam straight.
terasa macam strike.
akhirnya macam longkang.

keputusan
game 1:
nooriha - 78
hasila - 68
nur akhmal - 45

game 2:
nooriha - 88
hasila - 47
nur akhmal - 59

siapa kata kami pandai main bowling?
kami hanya pandai mencari entertainment untuk menggembirakan hati!

kak akma: nanti kita main lagi, nak?
nooriha: jom..iyha nak try dapat 100 lebih mata!
hasila: jom, makan!lapor!

disebabkan masih kenyang nasi minyak,
lepak dekat buaian marrybrown saja.



cukup ke ni?



takper, nooriha tak makan.
dia bermessage!
alif sibuk!



biar kami yang makan!



sekadar hiasan!



saja ambil gambar.
boring tunggu nooriha membayar setelah hampir bape lama
membuat keputusan membeli!

nota kaki: nampak kurus!yay!



boring lagi!
tangkap gambar lagi!
guna sony ericsson ja!



sekarang muka boring menunggu nur akhmal membeli kasut!



muka lagi boring!
tuan punya kedai ja tak boring layan nur akhmal!



muka sangat boring!



muka happy sekejap.

nur akhmal tak beli pun kasut tu.

perjalanan lagi diteruskan bila perut lapar.



iming sibuk!



jemput makan tiramisu.
gambar brownies tak sempat ditangkap.
sudah diusik oleh nur akhmal.



hasila: iyha, jom gaduh!
nooriha: aku nak layari facebook.



nur akhmal: kan kita dah ada p1.kat umah kita main facebook.
makan dulu ni.



kenapa kak akma nak minum air la??



jom pulang!


BABAI

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)