BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Nasi Kerabu 3 Dara

cara membuat Nasi Kerabu 3 Dara.
kenapa dipanggil sebegitu kerana 3 Dara yang buat.

Bahan-bahan:

pergi pasar tani pagi-pagi. dan sila dapatkan bahan-bahan seperti berikut.
amaran : semua sepatutnya hanya berjumlah RM30. kalau lebih, adalah kamu kena tipu tu.

1. 6 ekor ikan kembung
2. 1/2 ayam potong kecil (nak potong besar pun takper)
3. bawang merah
4. halia
5. serai
6. lengkuas
7. daun samak (tapi kami tukar dengan pucuk udang)
8. daun kesum
9. bunga kantan
10. lada hitam + cili api
11. kelapa parut sebelah (putih sahaja)
12. kelapa parut sebiji (campur putih hitam pun takper)
13. santan
14. limau nipis
15. cili hijau yang lagi besar lagi bagus
16. budu botol kecil (yang botol kecil lah sedap, kata chef (kak akma)
17. telur masin + telur
18. periuk, kuali
19. 3 dara (paling penting)


kenapa tak diletakkan exact amount of bahan-bahan tu,
sebab masak guna hati, lagi trill.



jadi, mari mengembara bersama 3 dara.



ikan kembung tu dah fresh dari pasar, terus rebus jalah. lagi sedap.
lihat. direbus dengan bawang dan garam. lagi best kalau ada asam gelugur.
pergi cari eh. kitorang lupa nak beli.






ayam pula mintak abang kat pasar tu potong kalau malas nak buat kat umah.
just peram dengan kunyit hidup saja.
buh dalam peti ais.
kalau ada resepi sendiri, boleh buat.
ayam tu, perap dengan (sos tiram, bawang merah + bawang putih yang ditumbuk) pun best.

lepas tu, boleh kemas rumah, tido tengahari 2 jam.





dalam jam 4.30, dah boleh mula start buat Nasi Kerabu ni ye.
masak nasi macam biasa. yang luar biasa ialah campurkan pewarna.
disebabkan warna biru takder, kami pilih kuning.
tak effect apa pun, warna merah pun boleh.






kalau rasa tak puas hati, buh lagi pewarna tu.
ikotlah, kan kite buat sendiri, bukan nak buat jual.
kalau nak buat jual pun, mesti laku.
warna lain dari yang lain ho!








ikan yang direbus tadi, kita amik isi ja eh.
tulang boleh buang.
*tangan chef*







ha, ini isi ikan yang dah diasingkan tadi.







isi ikan tadi ditumbuk.
*tangan chef*









tada. hasilnya. isi ikan yang dah ditumbuk.
oh,yah! isi ikan ni akan digunakan untuk buat kerabu dan solok lada.







sementara chef tengah tumbuk isi ikan, boleh lah goreng kelapa.
ini guna kelapa yang campur putih hitam tu.
sentiasa kacau kat kuali. takot hangit.
chef tumbuk isi ikan, pembantu chef kacau kelapa, lagi sorang tangkap gambar.
kami sangat bekerjasama *gelak*







seterusnya, tumbuk bawang merah, lengkuas dan serai.
ramuan ini untuk kerabu ye.
kena tumbuk sampai lumat selumatnya.
*tangan chef*







sambil itu, pembantu chef perlulah menghiris pucuk udang, daun kesum dan bunga kantan.
kena hiris halus-halus, kata chef.







macam ni.
kena lipat, lipat dan potong.
boleh imagine tak?







kelapa yang dah digoreng tadi, dah boleh angkat bila garing.
kelapa ni untuk kerabu.








tumbuk cili api lak.
perah limau nipis kat cili api yang ditumbuk tu.
*tangan chef*







sekarang boleh start buat kerabu.
campurkan kelapa yang digoreng, (bawang merah + lengkuas + serai) yang ditumbuk, (cili api + limau nipis) yang ditumbuk dalam bekas.
dan buh jugak isi ikan tadi.
*tangan dan seluar chef*








(pucuk udang + daun kesum + bunga kantan) yang dihiris tadi digaul.
*ha, ini tangan lala, tangan lala*







masukkan hirisan daun-daun tadi dalam bekas yang
macam-macam benda kita gaul tadi.







sekarang kita buat solok lada pula na.
tumbuk bawang merah + halia + lada hitam sampai lumat.
*tangan gzehans*







sambil chef menggaulkan isi ikan bersama (bawang merah + halia + lada hitam) yang ditumbuk tu, telur dan kelapa putih sahaja, gzehans pulak perah santan. boleh ja nak beli santan siap-siap. tapi ni, fresh punya.
*tangan chef dan gzehans*








isi ikan yang digaul-gaul tu, boleh lah dimasukkan dalam cili hijau.
tu sebab lagi best kalau dapat cili hijau yang besar, sebab akan dapat banyak isi.
*tangan chef*







letakkan solok lada tu satu persatu macam ni.
letakkan santan jugak. dan garam sikit, gula sikit.
letak satu satu macam ni, supaya santan tu nanti boleh serap
dalam solok tu dengan ratanya.
jadi jangan letak solok bertindih pulak.








ha, hasilnya begini.
dapat bayang betapa lemaknya.
*leleh*






boleh goreng ayam yang diperap tadi.






lepas tu, amik nasi yang dah siap tu.
*tangan chef*







hidangkan atas lantai (sebab banyak sangat benda),
bersama telur masin dan budu (yang diperah limau nipis dan dipotong lada)
*tangan chef*

oh, ada terselit gambar cokodok hangit.
cokodok pisang.
lagi hangit lagi sedap tahu?





telur masin.







Nasi Kerabu 3 Dara.
pastikan anda makan bila azan berkumandang (bulan puasa saja)



sangat puas hati!

terima kasih kak akma sebab ajar kami masak.
terharu!terharu!
dan tangan kak akma paling banyak.


p/s : maaf. entri panjang lagi.

oh, kalau tak paham, atau perlukan maklumat lanjut, sila hubungi chef.

Thursday, August 19, 2010

Sambutan birthday bersama terakhir ke?

masa Bday kak akma yang lalu,
kami pergi makan dekat Kunang-kunang Restaurant.
ni gzehans punya idea.
dan kak akma kena ikot saja.
sebab dia Bday girl.




best jugak makan kat sini.
siap berparkin.
macam berada dalam mini garden.
walaupun waktu ada promosi buffet, kami tetap pilih western food.
*gedix*
supaya nanti budak kecik lalu kat sebelah meja kami, boleh jerit
"mama, ada tiga orang mat salleh* - slang macam dalam iklan astro HD Messi dan Lampard.




disebabkan lala yang bayor, maka lala yang order, paham?
*muka serius nak pilih appetizer, makan, minum dan desert*
sampai desert order, macam fine dining.
tamak.
padahal terang-terang kek secret recipe (yang gzehans beli) tu pun banyak dah.








gambar tumpang dengan hadiah Bday girl.
hadiah ni untuk kak akma.
akan direveal sebentar lagi.
jangan kemana-mana dan teruskan membaca, paham?






jadi, sementara tunggu makanan sampai,
upacara nyanyi lagu dan bukak hadiah lah.





berdebar tak? berdebar tak?








kak akma dah tutup muka bila nampak hadiah apa.
walaupun kotak kasut, lala siap-siap kata, jangan expect kasut.
sebab tiap-tiap tahun pun hadiah untuk kak akma, lala guna kotak kasut.






tapi tahun ni, kak akma betul-betul dapat kasut!
yay!
kak akma terharu!
oyyes! sangat puas hati.
act, lala beli kasut tu petang sebelum nak pegi makan dekat klcc.
kelam kabut dan mencari masa untuk mencari hadiah kak akma.
and i know she loved shoes very much now.





dah. time makan lak!
lapor!






kami order semua western food, tahu?
kak akma dah gelojoh.
tapi lamb rack kak akma kena bawak balik, sebab banyak sangat.






ini appetizer.
fried calamari.
class nama, padahal sotong goreng tepung ja.
dan tidak recommend sangat,sebab kat gerai tepi jalan lagi sedap
*oops, celupar*








ini air lala order.
rose fruit juice.
dan sangat-sangat recommended.
ini baru best, baru berbaloi abiskan duet.






Bday girl.
sorry eh, baru nak tampal gambar-gambar kita kat sini.
sibuk nak tunang.
*alasan riak*





ok.ok.
tampal gambar gzehans jugak.
sebab gambar dia, ada desert kami iaitu blue milk jelly ape ntah.
dah lupa, tu pun tengok resit.






ini resitnya.
bukan nak tunjuk bil, tapi menu kami.
*double meaning*






yang penting, kak akma sangat puas hati.
dia first time makan chocolate indulgence.
*gambar blur, sengaja lagi*





ha, gambar cantek kamu!





gambar pahape kami.





dan ini yang terakhir.


hope ini bukan yang terakhir kita sambut birthday kamu eh, kak akma!

Thursday, June 17, 2010

kalau nak, cakap nak!

mula-mula memang nurin nak ikot, tapi disebabkan hatinya terusik bila kak intan kata baju dia nampak kecik,maka merajuk lebih-lebih lak.

lala pun beria-ria lah kata yang i-city best, ada lampu chantek, ada merak chantek, boleh tangkap gambar giler-giler (konon nak tarik perhatian), lagi lah nurin sakit hati kot. last-last tewas dan pergi jugak lah perjalanan malam tu.

bila tanya kenapa tiba-tiba nak pergi pulak, nurin jawab "kakak memang nak pergi, tapi maksu yang berlagak"

erk? bukan gaduh dengan kak intak dulu ke ha??
kalau nak, cakap nak!
takper,takper. dah salam dah dengan nurin. jadi, kami baek-baek ja selepas itu.

dilampirkan gambar-gambar kami. skema vs BERLAGAK.



*berlagak*




*skema*




*skema*
tengok muka nurin (berbaju kuning)




*skema + kurang berlagak*




*hampir skema*




*candid*
nak captured pokok-pokok




*skema*
ini nurin!


acara seterusnya,
membeli!
sponsored by Pn Hazilina!
nampak tak dia keluarkan purse merah dia tu?




*untuk peya*




*untuk nurin & didik*




*untuk kak intan pun ada*




*maksu pun dapat tau*




*berlagak*
diam dan jangan tanya kalau korang rasa muka maksu
lebih tembam dari kakaknya!

dan jom balik!
lepas isi perut dengan hotdog dan air mangga!


Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)