BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Day 03 - A picture of you and your friends


tiba-tiba semangat nak sambung balik challenge ni
walaupun dah tak jadi 30 days challenge,
sekarang jadi "bila-bila free aku buat" challenge!


sepatutnya 'A pictures'
tapi dah jadi 'Pictures' sebab nak berlaku adil dengan kawan-kawan.
*wee*



gambar ini yang sepatutnya menjadi A Picture.
Puteri, Irma, Lala, Aifa, Caca
ke Majlis Berkahwin Alin.







pasti Alin tak puas hati kalau takder gambar dia.
kan Majlis dia.






haip, kalau gambar Alin ada,
gambar Nadia wajib lah ada.



Macam baru semalam pegi Johor,
sekarang lagi 1 bulan, 2 minggu untuk mereka-mereka ini datang Ipoh lak.

Tuesday, December 7, 2010

Tapi,tapi.....


aku ni tak chantek.



aku ni tak kesah.



aku tak marah.



aku tak heran.



tapi,tapi.


aku ada rasa. 


rasa cemburu.

jangan buat aku cemburu, boleh?



Friday, December 3, 2010

nak bagi tahu, sakit lah!

aduh. aduh!



sakitnya. aduh!


 
sakit, tahu?



ouch!



sakitnya rindu!



Wednesday, December 1, 2010

kecewanya dengar. seronoknya bersama.

dua perkara.

kecewa bila mendengar perkara yang agak biadap.

seronok bila bersama kamu.

takper,takper. 

sekarang, tiada kesah yang akan aku kesah.

dah lepas kan.

syukur. 

sangat bersyukur kerana ALLAH hadiahkan kamu kepada aku!



aku beri cinta pada kamu. kamu simpan. 
itu sahaja.
lagi 2 bulan.


Friday, November 26, 2010

rindu juga sama kamu!


rindu pula nak menulis dekat sini.
oh, 30 Days Challenges pun dah ke mana. *gelak*


ha, sibuk nak kawen kot.
jadi, kasi entri pendek jalah na.
nak pergi buat kerja dah.
babai!


Saturday, October 23, 2010

Your 1st surprise, totally surprise me!


oyyes! apa yang dinanti, telah tiba.
come on, sebulan lebih tunggu kot.
mestilah excited!

*lihat di bawah*

 


disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan,
i've decided to bought a friend.
nama dia LILUT.
*gelak*

kad di wiper LILUT ni hasil surprise en shahril.
*semua di bawah pula ialah lakonan semula*


en shahril: Lala, cina tu kata kete dapat jam 7 arini.

cik lala: takperlah, kite amik esok lah. nanti lambat balik lak.

en shahril: eh, takper. kite tunggu gak lah.

cik lala: hmm..oklah.. (rasa biasa dan mendengar kata)

Jam 5.29 hari yang sama, on the phone:

en shahril: Lala, jom.jom. kete dah siap. jom amik. kite naik kete g amik.

cik lala: jom.jom! (terlompat!)

En shahril tunggu di lobi, untuk naik ke tempat parking sama-sama. terlampau excited sampai jalan tak tentu arah. excited nak naik kete en shahril, pegi amik kete.

en shahril: uit, nak gi mane tu? (sambil menghala ke kereta orang sebelah)

cik lala: huh? eh?

en shahril: (tersengih dan muka macho-konon)

cik lala: aaaa...kete lala!!! (melonpat-lompat dah)



mana nak tau akan ada surprise dari en shahril. ada kad dan teddy kecik! oh, sangat terharu kali ini. *gelak*

disebabkan tak prepare aper2, jadi memang camera tiada di tangan. tu yang lakonan semula ni. padahal en shahril datang dekat umah, nak kuar dah ni.




en shahril kena paksa ikat balik kad tu macam maner dia ikat aritu.

 



spot the similarity of this two car?
sengaja beli no yang sama dengan en shahril!
lebih bererti.

*tak tau en shahril tengah buat apa dalam kete tu*


pendek kata,
lala gembira.
haruslah nak kata:
 ternyata menunggu itu sakit.

Saturday, October 9, 2010

Rindu Luarbiasa


petang tadi en shahril message:
dia kata dia rindu luarbiasa kat lala.
dia message lagi:
dia doakan lala sihat walafiat, sentiasa dilindungi, murah rezeki,
dan tercapai segala hajat dan cita-cita.
lala tak balas.
sebab?
lala tengah tido.
*gelak*
sweetnya wahai kamu my tunang.


Friday, October 1, 2010

it's ten.

credit: deviant art


tahukah anda bahawa ini entry pertama oktober?
entri kedua selepas satu entry di bulan September.

banyaknye berlaku dekat lala.
but i've decided to not looking back,
tapi sentiasa tengok depan.

ada lagi 4 bulan nak kawen.
tolong doakan lala, segalanya lancar.
pleaseeeeeeee.....

moga ALLAH sentiasa berkati apa yang kami lakukan.
*amin*

*HASILA SAPIRI*


Thursday, August 19, 2010

Hadiah Birthday Lala!


mood menaip tengah ada.
dan rasa menunjuk pun ada sikit.


ala, just nak sharing all the birthday present yang lala dapat this year.
my best year.




yang pertama dan bakal mencairkan mulut anda ialah
merupakan sebuah kek seberat 2.1 kg from Secret Recipe
dihadiahkan pada lala oleh en shahril sempena birthday (08.08.10)
sedap tahu? kek coklat yang cair di mulut.
wing boleh makan, ekor boleh makan, mata pun boleh makan.
bekas plastik kat luar tu ja tak boleh makan.






kita mula dengan kad birthday.
ini dari kak akma.
tiap tahun kak akma tidak pernah terlepas bagi lala kad birthday.
pasti kata-kata kak akma akan naikkan semangat lala sentiasa.






ini pula dari gzehans.
tulisan kau buruk, gzehans!
*gelak*







ha, ni hadiah dari Biro Penerbitan.
lala menang peraduan Kuiz Word Search Deluxe.
no 1 we!
peraduan rasenya dah berzaman lala masuk, ingatkan kalah.
rupanya dapat no 1.
dan bukan dapat air 100 plus ye. tapi dapat RM30.
dalam air tin ni ada 150 keping duet 20sen.
tidak ke jadi RM30.00?
*dalam tu dah takder airnye, paham?






ni hadiah pertama lala dapat.
dari nurazlin amir.
shawl buatan nurazlin sendiri.
wah..terharu bangat.
sebab lala dah tempah suh alin buatkan, sekali alin bagi sebagai hadiah!
*air mata bertakung*





ini dari puteri.
beg dalam beg.
dalam beg kecil ni ada beg besar yang bercorak comey jugak.
beg diimport dari indonesia, tahu?







ni dari MQA.
memang semua orang pun dapat bila birthday.
tahun ni dapat jam dan notepad.
nampak tak ada notepad tu terselit sikit gambarnya kat tepi atas kiri?







seterusnya ialah dari Jia.
ada frame gambar dan tempat letak pensil.
comey lah.
sweet lah jia ni. selalu ingat lala!







toing!toing!
ini hadiah dari gzehans.
kalau namanya hommies, kad itu wajib.
hadiah itu sunat.
maka, gzehans bagi juga hadiah kat lala.
*gelak lagi*
tabung hello kitty tau!
jeleslah puteri.








kak akma bagi lala hadiah tahun ni!
lala dapat handbag!
weeee...sukanye!







ha, en shahril pun pastilah bagi hadiah untuk lala.
lala dapat Samsung!
*tidak perlu guna tangan lagi*
besar hadiah lala tahun ni.
agaknya dapat washing machine ni sebab en shahril risau bila lala
ngadu yang tangan dah kasar kena basuh baju dengan tangan kot.
*pengaduan sukses!sukses!*







dan hadiah paling besar lala dapat pula ialah,
Mohd Shahril Samad!
*gelak*
my fiance!



terima kasih kepada :
1. yang wish happy birthday kat lala
2. yang beri hadiah kat lala
3. yang dapat Bertunang Day lala yang merangkap Hari Lahir Day.

*senyum lebar-lebar*



reaching to the next step.



alhamdullilah.

dah jadi tunang orang.
(08.08.10)
best birthday ever.
doakan segalanya yah!
semoga lancar sehingga ke akad nikah.



Thursday, July 29, 2010

birthday kamu!



happy birthday, darl!






23.07.10

Wednesday, June 30, 2010

love is denial

do you know that love is totally denial..?
you will try to deny everything bad about him.

so all you got to do is to be honest.
honest is the second important item in relationship.
the first one?
communication


if you can be honest and communicate with anyone of this creatures,
that's the man!



so,
go find yours!



Friday, June 18, 2010

best sangat ke suami orang?

ramai orang terjebak atau senang jatuh cinta dengan suami orang. kenapa lah suka suami orang kan? macam suka kat norman hakim? suka-suka saja takper kan. sekadar memberi senyuman sebelum tido. beza kalau rampas dengan suami orang. macam rampas norman hakim.


tapi perempuan yang memilih untuk suka dengan suami orang selalunya berfikiran sanggup untuk bermadu (yang mulia sahaja). yang tak sanggup, pastilah memaksa suami orang tu berpisah dengan isteri pertama tu kan.


pendapat anda? mahu menjadi isteri pertama atau merampas kedudukan isteri pertama atau jadi saja yang kedua, ketiga dan keempat?


orang hebat pernah berkata (my fellow friend)
suami orang ni machonye lain. nampak matang. nampak pandai mengambil hati . pandai mencairkan wanita lah kirenye. penampilan pun makin mempersonakan.


kakak lala pernah kata, lelaki ini memang masa bercinta lain, dah kahwin lain. bila bercinta, susah betul tengok dia bertindak mengikut kesedaran, kebudak-budakan dan tak tunjukkan kelakuan sendiri yang sebenar (perempuan pun). tapi bila dah kahwin, lelaki ini barulah nampak matangnya juga. sebab masa nilah, baru ada pengalaman susahnya hidup bila orang lain bergantung pada dia. tu sebab lelaki yang dah berkahwin lebih matang kot.


kakak la lagi sorang pulak kata, setiap lelaki mesti teringin nak beristeri dua. (perempuan yang bersuamikan yang setia, bertuah!). bila lelaki minta izin untuk menghadiahkan kita madu, terima lah. kan akan dapat payung emas. jangan gundah gulana, walau macam mana pun, lelaki akan kembali juga kepada isteri pertama. kalau sakit, suami nakkan isteri pertama jaga kan. mesti punya. sebab isteri pertama lah yang hadapi susah senang.sebab isteri pertama itu adalah orang yang paling dia sayang, bukan yang kedua, ketiga atau keempat. biasalah lelaki, bila kemampuan, baru rasa teringin beristeri lagi tu muncul kan.


kalau fikir-fikir balik, kalau jadi isteri pertama dan dimadukan, boleh dapat payung emas dan disayangi lebih. malah,boleh tempuh susah payah bersama. untungnya jadi isteri pertama. kalau bukan jadi isteri pertama, anda boleh dibuang bila tidak diperlukan.


pendapat anda? mahu menjadi isteri pertama atau merampas kedudukan isteri pertama atau jadi saja yang kedua, ketiga dan keempat?




*gambar hiasan yang
oopps, terupload!*

Tuesday, June 1, 2010

Alif Lam Lam Ha



Alif Lam Lam Ha,
Kau, Aku yang punya!
insyaAllah.








p/s : macam budak2 nak alif lam lam ha.

Sunday, May 16, 2010

senyum!


You could reach me closer than I thought.
Congratulation, you’ve almost won.


Thursday, May 13, 2010

macam mana nak pujuk lelaki

kaum adam pun ada perasaan. bila terasa atau risau atau marah, mestilah memerlukan pujukan kaum hawa untuk kembali tenang.

Bagaimana nak pujuk?

mengikut kata-kata orang hebat yang telah digoogle.

1. Terangkan perkara sebenar
Ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada kamu.Berterus teranglah. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana kamu mengambil berat tentang dia.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, kamu haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya dia merajuk dan kamu tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, kamu kelihatan bijak dalam membuat keputusan.


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika dia tengah merajuk, cuba kamu bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power kamu dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti tadi.


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak kamu menyanyikan lagu untuk kekasih kamu? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. kalau dia tergelak, maka kamu ok. kalau dia kata kamu se---------wel, kamu perlu terus usaha.


dan sebenarnya banyak lagi cara-cara yang ada untuk bagi dia kembali ok.

contohnya, kamu tertinggal handphone di office, dan menyebabkan ramai orang risau, kamu hilang ke mana ntah. maka, dia pun turut risau hingga hampir sampai di Wangsa Maju dari PJ, dan pulang ke rumah (30km away lagi). walaupun pelbagai ayat-ayat comel dan segala maaf dipohon atas kecuaian, kamu tetap tidur tanpa nite wishes.

cara terbaik untuk pujuk? senang. Cornetto Show Love atau Cadbury Fruit & Nut kerana itu kegemarannya. dan tips di atas boleh diabaikan.


Sunday, May 9, 2010

this is love by AKIM

lagu dinyanyikan oleh akim.

Terpegun ku melihat kamu
Bergetar hatiku memandang mu
Dan terus datang mencuba
Adakah khayalku menjadi nyata

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku merasa cinta

Chorus
Mungkin inikah yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa bila kau kata cinta
Siang yang suram kini menjadi ceria
Hati yang gelisah akhirnya kini menjadi bahagia

Oh resah hati gelisah
Ku takut tak diterima
Rupanya kau juga sama
Seperti aku yang merasakan cinta

Ulang Chorus

Sungguh susahnya aku mendekati mu
Mengambil kesempatan untuk tunjukkan cintaku
Rasa bahagia bila kau menerimaku
Indah semuanya hilang semua resahku
Kita berdua kini menjalin cinta
Inilah cinta kita
Akhirnya kini menjadi bahagia

Inilah cintaku
Inilah sayangku
Inilah cinta

credit to anizyn

this song has been chosen by US because of this lyrics. bak kata KAMU, the lyrics shows how our love is. how i felt to you when love is around (mr panda cakap dalam bahasa melayu lah, lala saja translate). maka, ini adalah lagu rasmi kerajaan kami.
and cornetto show your love turut menjadi makanan rasmi kerajaan kami.

cuba menjadi se-sweet yang boleh!

baru nak bising. kerana lambat. kamu memang seorang yang selalu tidak pernah datang tepat seperti yang dijanjikan. bagus. sila amal selalu.

lucky that KAMU rasuah dengan Cornetto SHOW YOUR LOVE, Ferrero Rocher & cute duck mug! yes, KAMU shows your love..!



aiskrim yang dikongsi telah habis.


dan thanks juga kerana belikan dua hadiah yang lain.(RAHSIA BESAR KERAJAAN CINTA KAMI) YES, KAMU memang Sweet! Lala suka!

Saturday, May 1, 2010

hitam kepada warna-warni.

dari hitam kepada warna warni sebab kamu warnakan.

Bila aku lihat kamu!

semua perlukan inspirasi.
semua perlukan lagu.
melodi yang indah.
ketika malam terasa panjang.

kerana tiada jaminan bahawa hidup ini mudah.

ketika hidupku terasa sukar
ketika tiada satu cahaya pun untuk menghilangkan gelap.
ketika itu aku lihat kamu.
aku lihat kamu.

ketika ombak membasahi pantai.
dan ketika tidak aku ketemui jalan pulang.
ketika itu aku lihat kamu.
aku lihat kamu.

ketika aku lihat kamu, aku lihat kemaafan.
aku lihat kebenaran.
kamu cintakan aku kerana diriku.
seperti bintang yang menjaga bulan.
sentiasa ada.
ada aku tahu, aku tidak keseorangan.

kamu ada seperti mimpi.
ada seperti warna kaleidoscope yang menerangi.
yang aku perlu satu nafas.
satu nafas yang aku perlukan.
tidakkah kamu tahu,
kamu indah.

kamu ada seperti mimpi.



p/s : credit to miley cyrus with her song When i look at you.
dan lagu ini untuk KAMU.

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)