BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 29, 2011

Gambar Baby!

seperti yang dijanjikan. walau lewat sehari. aku terfikir nak tulis entri ini.

masa mula-mula kahwin, rasa teringin ada anak tu sangat-sangat ada dalam jiwa!
sampaikan tiap-tiap malam doa, dapat bagi berita baik kat hubby.


teringat masa kursus dekat Port Dickson dulu, try pregnancy test tu and it's positive.
hubby jadi orang yang paling happy dan syukur sangat-sangat. rezeki DIA bagi awal. alhamdullillah lagi.
semangat ja berkursus..hehe waktu tu hubby pun kursus sama (maklum lah dulu satu office)


sekarang baby dah 21 weeks. alhamdullillah, sihat walafiat. masuk bulan ke-5, aku enjoy giler jadi mama-to-be. sickness dah takder. selera makan dah tiba. berat aku dah 61.4 kg dowh! pergh.. bayangkan betapa bulatnya. yes,yes. memang bulat. Kak Hima pun pandang 2x kat aku sebab tak percaya tengok aku. haha ha, aku taknak lagi buh gambor aku kat sini, biar dulu.


nak jadikan cerita, few days ni rasa tak best. ada down sikit. down sikit ja. sebab aku rasa serba salah dekat baby. ok, sekarang rasa macam nak nangis lak.


sebabnya, aku tak henti-henti minum ais. hubby marah, kawan aku marah. JIHAN marah dan nasihatkan aku sampai aku rasa, ok dah. takat ni ja aku minum ais. JIHAN kata, takot baby besar dan susah nak bersalin. takot jugak nanti baby akan ada lelah atau asma. bayangkan kalau baby tak sihat ja, tak boleh bersukan sebab penyakit asma ke. aku dah terhantuk. tak tau mana benar nya, tapi aku betul-betul terhantuk ni.


dah, taknak minum ais dah. kalau aku muntah balik pun, muntah lah. aku sanggup. demi baby. tu kes minum ais. ada lagi ni.


aku sangat susah minum susu. acid folic memang aku tak leh telan, aku akan demam dan lemah. can you imagine aku tak makan acid folic which acid folic lah benda paling penting. kalau driving sorang-sorang, aku akan fikir apa yang dah aku makan untuk baby. aku makan obimin, dan kismis tiap-tiap hari. aku suka kismis. hehe tu ja? orang lain makan banyak jenis vitamin untuk baby dorang. tengok, aku dah nangis lagi. serba salah.


ada satu lagi perkara buat aku serba salah. aku still tak tau mana nak bersalin. Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. i really need a recommendations. tanya hubby, hubby kata ikot mana suka. memang ler ikut suka, tapi kene ikot budget jugak kan. even sekarang every month check up aku dekat PoliKlinik An Nisa'. Doktor Izma best ho! aku selesa.


 nampak tak expected due date aku bila? hehe


persediaan jadi mama. aku sangat-sangat enjoy. dah start pakai baju preggy. ok, bukan baju preggy. baju blouse saiz besor ja. baju preggy aku tak berkenan. tak muat lengan. orang dah mula tegur baby dah besor. tapi bila dapat tahu kawan-kawan yang sama-sama bersalin pada bulan yang sama, aku dah serba salah. dorang dah survey barang-barang baby. dah survey barang-barang bersalin dan dah survey barang-barang untuk breastfeeding. aku? aku baru nak kumpul ilmiah. huuuuuu..


disebabkan banyak perkara nilah, kadang-kadang aku ngadu kat hubby. hubby gelak ja. aku yang gelabah cepat kot. yang kelakornya, aku bukan mintak hubby selesaikan masalah-masalah yang dinyatakan di atas, tapi aku boleh mintak nak pergi bercuti lak. hehehe dapat bercuti ke IPOH pun ok!hehe


ok, ada satu benda yang senangkan hati aku. tiap-tiap pagi aku bacakan surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi. taip-tiap malam, baba punya turn. dan part paling best, bila driving sorang-sorang, aku akan bersembang dengan baby. tu buat aku sengih. tak kesah lah orang kete sebelah kata apa. hehe


oh,yah. untuk kenangan bersama. gambar baby 18weeks. geram! rasa dah tak sabar nak dukung-dukung baby mama ni!


nama untuk baby dah ada.
nama baby girl ada, baby boy pun ada. 
hmm, yang mana satu akan digunakan?


mama say sorry to baby k! after this, no more ice. baby dengar cakap mama eh. jangan mintak macam-macam. jangan majuk na. love you, baby!
and love you, baba!

8 who cares:

SUHAIDA said...

alahh...so sweett..su suke..lala ingat su lagi tak..kembar lala?? rindu sama lala...

N a d i a said...

alololo..

sedihnya baca kisah ais kamu nih! takpe, nanti kamu dah bersalin, saya bagi hadiah 50 pek ais ketul yee. hik hik..


er.. 61.4kg? Dah lama tak jumpa lala, tak dapat nak imagine kegebuan kamu tu macammana.. hehehehe..

Can't wait to have a nice picture with you! =)

a L i N said...

rase syahdu plak bace entri kamu nie... Ape2 pn, kuatkan smgt lala!!! jgn minum ais okeh.. =)

x sabo nk tunggu baby keluar nnt..
Skarang nie, x tau lg laaa eh, baby girl @ boy?

Nadia, kamu kene jumpe lala.. Alin slalu jgk t'serempak.. Hiii.. comel!!!

Lala said...

sue! mestilah ingat. kembar lala, ada satu ja, sue lah tu!hehehe selalu baca entri sue, dan semua orang. hehe

nadia: esok boleh tangkap gmbor!hehe tembam we. hehe
promise ha! ais 50 ketul. saya claim nnt. hehe

alin: hehe, alin pun cakap tembam gak hahaha tak tau lagi baby boy and baby girl.

saifoel hafsham said...

so sweet..entry yg sungguh jujur.

~The One Who's Hate To Go~ said...

huhuu.. lm tul x dgr citer La.. hehe.. sedih plak baca. nt jgn minum ais lagi k. Jaga baby . Baby syg u lagi byk tau~

Anak Lebah Comot said...

Wah...cabaran ais...
sabarnyer lala.....take care little 1 nie...so don't be sad and enjoy ur preggy time....

Hirdayu Rahmat said...

TOLONG MAYA PLISS ^^

TLONG MAYA PILIHKAN GAMBAR YANG TERBAIK !!


http://mayalisaminamichan.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

tolong yeee ^^

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)