BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 29, 2010

tempat nak mengadu di tempat kerja.

tempat mengadu di tempat kerja ada 2,3,4,5 orang.
tapi yang ter-rapat ada 3 orang.

yang di bawah, dua orang yang senang.







































sengaja tidak diletakkan sebarang caption, kerana kadang-kadang tidak perlu terangkan pun apa yang terjadi semasa bergambar. pasti subjek dalam gambar tahu, malah gambar yang dilihat seakan-akan bergerak dan mengimbas apa yang terjadi. dan pasti, biarlah subjek-subjek gambar sahaja yang tersenyum melihat telatah sendiri yang bergerak itu.

Pn Ila Nadia & Pn Nurazlin

yang menaip : gadis yang percaya cara melawan kesepian dengan melihat gambar-gambar yang menggembirakan! dan gadis itu tidak kesepian, cuma perlukan perhatian. ( bila nak lunch sama-sama bertiga ) rindu!

bulan keempat lebih cemerlang!

lebih cemerlang kerana

TIADA MC.


dan



TIADA CUTI.



hanya



KERJA.


VISIT.


KERJA.


maka, wajah cemerlang APRIL adalah seperti di bawah!




tahniah,lala!

Sunday, April 25, 2010

nak ke taknak?nak ke taknak?

kalau kamu terasa yang dia sangat memenuhi kehendak hati kamu, nak ke taknak? nak ke taknak?


physically atau rupa paras, memadai jika menenangkan kamu. kalau dia pakai baju yang comel, dengan gaya yang kamu suka, nak ke taknak?


yang mempunyai minat sama seperti menjadi ahli movie marathon, menyanyi kuat-kuat dalam kereta, merasa segala jenis fast food yang ada, berebut-rebut siapa akan sambung Master dulu, berangan tinggi melangit dan tak takut jatuh. nak ke taknak?


kamu suka merajuk kerana kamu suka cara dia pujuk. kamu suka berdikari, tapi dia tetap nak tolong kamu supaya tak merasa susah. nak ke taknak?


kamu suka dia garang kerana garangnya itu seksi. kamu suka dia serius kerana seriusnya itu matang. kamu suka dia gelak kerana gelaknya itu nakal. kamu suka dia sukakan cheese dan chocolate kerana ketagihannya itu comel.


dia mampu membuatkan kamu rindu tiap-tiap pagi dengan morning wishes. dia mampu buat kamu senyum dengan panggilan-manja-yang-tiap-tiap-hari-ada-sahaja-panggilan-baru.


with this multi-function kind of 'him', do you want him to stay? or would you ever let him go?


orang hebat pernah berkata,
untuk 100% perasaan cinta kepada seseorang tu, kita cuma perlu beri 90%. Simpan 10% itu untuk benci. Supaya bila jadi apa2 nanti tak la kecewa sgt.


orang hebat lain pun pernah berkata,
how could i only give less than 100% to the person that i loved?


lala berkata (yang turut hebat),
mana mampu kita beritahu pada perasaan itu agar tidak melebihi 90%. mana boleh kita tahan kalau telah capai 100%. yang boleh, hanya meletakkan dia pada kedudukan yang tidak melebihi orang-orang penting dalam hidup. selepas parents dan family, boleh tak gitu?


hm...
kamu yang ke berapa ya?

Thursday, April 22, 2010

nak berangan yang best-best lah hari ini.

pejam mata.


dan


bayangkan.









































ha.
sudah.
sudah.


lala, stop.
jauh sangat dah kau pergi tu.

Friday, April 16, 2010

salah ke kalau rasa jealous?

salah ke kalau rasa jealous?
tak salah. tak salah. sebab orang kata jealous tanda sayang. jadi kalau nak tunjuk kita sayang, boleh lah rasa jealous kan? tapi jealous pun, kena lah bertempat. jealous yang boleh tunjuk kita sayang, bukan jealous yang boleh tunjuk kita 'kawal permaisuri' a.k.a queen control.


apabila diberi situasi di mana kamu terdengar cerita yang kekasih kamu bercinta dengan orang lain. ha. ini tidak perlu jealous. tapi mungkin kamu boleh senyum sikit sebab orang salah meneka tentang cinta kekasih kamu. kamu lah tu.


macam mana pulak kalau kamu ternampak kekasih kamu bergambar dengan orang lain atau si G? (G untuk Gadis yang tiada hati atau perasaan pun kat kekasih kamu, atau G untuk Gadis yang ada hati tapi tahu kekasih kamu sudah ada kamu, atau G untuk Gadis yang ala-ala tergedik sikit sebab si G tidak tahu yang kekasih kamu sudah ada kamu) . ha. tak perlu jealous juga. tangkap gambar ja. perkara-perkara kecil ini jangan dijadikan hal untuk mencari punca bergaduh. walaupun kawan-kawan lain yang nampak peristiwa itu, memandang-mandang kamu, buat tak tahu. kes macam ni, tak der hal lah.


jangan pulak membalas dendam dengan menangkap gambar dengan lelaki lain. sangat lah tidak berperasaan waras atau matang. kalau betul ingin membalas, balas dengan ingin menangkap gambar dengan kekasih kamu itu. kan kamu menang tu.


macam mana pula kalau gambar diupload di social networking sites (nak jugak guna perkataan dalam exam SPA ni) sama ada Facebook, Myspace atau Twitter dengan status kepada gambar "BAGAI PINANG DIBELAH DUA"....? memang terasa macam "BAGAI HALILINTAR MEMETIR JANTUNG" kan. ha, tak perlu lah jealous. bukan kekasih kamu yang upload kan. kes ini boleh lah dibawa ke MAHKAMAH CINTA kamu untuk dibawa pertimbangan. boleh juga majuk-majuk manja. yelah, orang lain pula anggap kekasih kamu dengan si G sebagai pasangan yang sepadan. kamu dan kekasih kamu tidak sepadan ke?


perempuan memang senang nak rasa jealous kan. takper. takper. jealous perlu berpada-pada. jangan ikut perasaan. ikut kata hati yang sayangkan hubungan itu. percayakan kekasih kamu. jika kamu betul-betul inginkan dia sebagai Hubby dan bakal Papa!


p/s : rindunye nak balik ipoh....!

Tuesday, April 6, 2010

dari kerana mata yang mempunyai kuasa.

tahukah anda bahawa mata sangatlah mampu menunjukkan perasaan kita..?


ok, bayangkan anda suka atau sayang atau cinta dengan seseorang. pastilah anda dapat melihat orang itu dengan campur rasa sayang itu, dengan mata yang redup kan. bahkan, jika anda menjadi orang yang disayang-sayang pulak, pastilah anda dapat rasa yang orang yang memandang anda, memandang dengan rasa sayang kan. (sendiri pening dengan ayat yang dibina).


dan sebaliknya pula, kalau anda melihat orang dan bercampur dengan perasaan ala-ala menyampah atau tak suka atau benci, pastilah mata itu akan menyerlah perasaan walaupun bibir menguntum senyuman. dan juga orang yang anda ala-ala menyampah atau tak suka atau benci itu, pasti juga lah dapat merasakan itu. ada paham?


maka, benarlah kata lirik lagu, yang mata mempunyai kuasa..! mampu memberitahu kita tentang perasaan. iyelah, kadang-kadang terasa

sekarang kau muhasabah diri, sama ada orang itu benci kau ke tidak?

Monday, April 5, 2010

awak....happy birthday!

kepada Pn Nurazlin Amir

Awak...
selamat hari lahir.


saya tak pandai nak buat sajak macam Puan Ila Nadia, tapi saya wish awak dulu dari Ila Nadia kan, semalam. dah banyak kali saya ucap, moga bahagia selalu. jadi, moga awak bahagia selalu. penat saya cari-cari gambar awak sorang supaya awak boleh gila glamor dekat blog ni, tapi tak jumpa. yang ada gambar berdua. nak curi gambar kat facebook sekarang pun susah. jadi, terima lah gambar yang ada tau!

dan ucapan yang sering kali diucap oleh kami ( lala & ila ),
kami sayang anda!!!

setahun kenal, and we got lots of memories together.
sweet, funny and even sad kan..
yang sweet and funny, kita gunakan untuk lupakan yang sad, ok?

love you, much,much and much!



ala-ala gedik itu Cik Lala, ala-ala matang itu Puan Alin.



Puan Ila, Cik Lala dan Puan Alin.

BFF forever ya!
doakan Cik Lala jadi Puan Lala dengan kadar segera.
ngeh3.

Follow me, i'll follow back!

Heartbeat (Nak tau?sila klik)