kak akma sayang lala..!
eh, bukan.
lala sayang kak akma!
hari ini birthday kak akma.
22.07.2010
yay! yang ke 26.
iye, 26 tahun hidup dan 5 tahun dengan lala.
even iming pun hidup dengan kak akma 2 1/2 tahun, tahu?
semalam masa nak taip msg nak bagi kak akma sempena birthday,
terasa emo lak. lala minta kak akma jangan tinggalkan lala walau apa yang terjadi.
sebab lala tahu lala ni selalu sakitkan hati dia, selalu bagi kak akma marah.
tapi tulah kakak ke4 lala ni.
lala tak kesah orang lain nak jauh, tapi jangan kak akma. orang lain, sikit pun lala tak kesah.
sekali pergi, orang itu tidak wujud lagi.
tapi kak akma? oh, jangan! she's my person, tahu?
kak akma,
happy birthday!
malam ni, kite pergi makan. lala bayor!
(gaji dah masuk)
terasa macam nak tampal gambar kami dulu-dulu
dari mula masuk UUM (top university in terms of location),
semester pertama, kelas Matematik.
lala jadi tutor kak akma.
dari mata pelajaran Matematik, sampai setiap mata pelajaran.
setiap study week, akan study berdua di Kolej Bank Mualamat kat pondok,
dengan angin menderu!
kami cerita tentang semuanya.
tentang boyfriend kak akma yang jahat (eh, tak. iming baek)
tentang boyfriend lala yang jahat (eh, tak. en shahril baek)
tapi kak akma ni tabah orangnya.
sebab dia nangis sorang-sorang. kalau nangis pun, dia masih gelak-gelak.
tapi lala pulak ngada-ngada, kalau dapat nangis, sampai kuar air hingus.
lala kuat ngadu dengan dia, lala suka menangis dengan kak akma.
sebab bila lala sedih atau menangis, lala akan cari kak akma.
sebab kak akma pandai mendengar dan tak pandai menasihati.
dan lala suka orang dengar lala dan jangan nasihat lala.
kak akma selalu kata lala betul walaupun lala sendiri tahu lala salah.
lala sayang kak akma.
macam sayang kakak sendiri.
lala tak pernah berkira dengan kak akma.
orang kedua yang lala suka dating ialah kak akma (selepas en shahril)
tu sebab lala suka ajak kak akma gi dating.
dan tu sebab juga iming selalu tak puas hati dengan lala,
sebab lala manja dengan kak akma!
kak akma juga suka buat orang gelak.
lala selesa dengan kak akma.
kalau lala marah, lala marah aja kak akma, pastu mesti kak akma pandai ja buat lala reda.
lala pernah cakap dengan kak akma,
kalau lah kak akma lelaki, lala dah lama simpan duet banyak-banyak
dan masuk meminang kak akma. (biar iming terlopong)
banyak betul kenangan lala dengan kak akma,
sampai tak boleh cerita satu persatu.
tapi betul, lala sayang kak akma.
kak akma pun sayang lala.
nanti nak bertunang, lala nak kak akma ada.
nanti nak berkahwin, lala nak kak akma ada.
kak akma ni kreatif,
pastu suka buat surprise, dulu bila lala demam, kak akma belikan kad
dan letak kat bawah bantal lala.
masa nak abis Universiti pun, kak akma ada buatkan kad nak pisah.
risau kami tak jumpa lagi.
sekali, nah amk! duduk serumah dan sebilik lagi sekarang!
kak akma juga selalu setuju dengan pilihan hati lala.
kak akma cuma nak lala bahagia. nak lala happy.
lala pun nak kak akma happy jugak!
tu sebab walaupun lala selalu gaduh dengan iming,
tapi lala jugaklah selalu pujuk kak akma kalau iming buat kak akma kecik hati.
lala tahu kak akma sayang betul-betul dengan iming tu.
mamat gelabah tu pun takot kalau kak akma nak tinggalkan iming (kononnya lah)
dalam 5 tahun kenal kak akma, lala cuma terasa bila kak akma tak layan lala ja.
bila dia penat, dia selalu jawab sepatah ja soalan lala.
tapi dalam 5 tahun kenal lala, tak tau lah betapa banyak kak akma terasa dengan lala.
tapi kan kak akma, lala tau kak akma sayang lala kan.
lala ni macam adik kak akma yang degil dan taknak kalah ja.
family lala dah kenal sangat dengan kak akma. lala selalu suruh mak lala doakan kak akma yang terbaek. family kak akma pun dah kenal lala. kak akma dah biasa sangat dengan umah lala. cuma lala tak pernah lagi pergi kelantan. umah kak akma tengah dalam proses. cepat ajak lala! lala teringin nak pergi tasek.
kami sharing things (things ok, bukan people)
semua yang boleh disharing.
oh, kasut tak boleh. lala size 4, kak akma size 7.
yang lain, kami tak kesah pun. macam adik beradik.
tapi ada juga yang kami tak share, cuba teka?
ha, tepat sekali! yang itu lah kami tak share.
yang related tu hygiene ok!
kami juga pernah buat giler masa belajar dulu.
dari changlun terperuk tu, pergi Gurney Plaza, Penang.
naik bas, tahu?
penat memang penat tapi best ho dating berdua.
puas hati dapat shopping dengan kak akma.
oyyes! aktiviti sekarang yang memuaskan hati ialah shopping.
bila dah kerja dan ada duet sendiri, mestilah shopping.
sekarang pun kami suka dating pergi Times Square,
untuk beli-belah. oyyes! memang masa terbaek kak akma dan lala!
sekarang pun kak akma dah pandai bergaya.
pandai make-up, pandai pilih baju. sekarang layan Loreal macam lala, tahu?
kalau dulu, lelaki kaco lala.
sekarang lelaki kaco kak akma dan lala
(lala still laku, tahu?)
hey, memang kak akma dah cantek!
cuma masa entry ini ditulis, kak akma tengah ada jerawat!
*gelak jahat*
sekarang juga kak akma dah bijak artis tau.
dulu jessey mcCartney pun jangan arap dia nak kenal.
sekarang dia lak explain kat lala, Iyaz tu yang mane.
lagu-lagu terkini pun dia tahu.
sekarang pun humming lagu Justin Bieber.
paling tidak pun, nyanyi lagu OMG-Usher.
gempak kan?
kak akma selalu wish nak kaya. lala pun selalu nak banyak duet.
semua orang pun fikir benda yang sama.
tapi kak akma lah orang yang paling sabar menanti.ewah!
kak akma lah orang paling berjimat.
tapi beli kasut penting! beli cardigan juga penting.
beli pin tudung bagi lala pinjam juga penting!
kak akma juga rajin. bakal isteri yang rajin, tahu?
untung dapat dia. dia rajin kemas bilik kalau lala takder.
eh, lala rajin juga. kami rajin kemas rumah ok?
rajin buang sampah, rajin cuci toilet, rajin mop lantai,
rajin sapu sampah, rajin kemas bilik.
kak akma orangnya pentingkan keluarga dan adik beradik.
biar dia susah, tapi dia takkan biarkan familynya susah.
walaupun iming tu dia sayang bangat, tapi family tetap comes first.
kak akma pandai buat keputusan untuk kebaikan semua.
perasan atau tidak, dah panjang berjela lala tulis.
mengenang semua nya untuk birthday kak akma.
she's my friend, my besties, my sister, my housemate, my roomate and my person. jangan ada sesiapa rampas satu title pun dari lala..!
dan sempena gambar terakhir ni..
frame yang kak akma beli (walaupun lala yang kata nak beli),
is frame yang tergantung (tapi dah jatuh) kat bilik kami.
sweet ok!
waa...kak akma!
selamat hari lahir..
moga kak akma dapat apa yang kamu mahu dalam hidup ni.
love u lah!
muah-muah!